Subscribe News Feed Subscribe Comments

Ainul Mardiah


Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari- bidadari tersebut).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati wlaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Kisah:

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (nama puteri bongsu saya-bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa)ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi.Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama....

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... takpernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu
menjawab ehh tidakk, saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini... ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata ... akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.... subhanallah...

Mitos kesihatan yang sering kita percaya...


Aku ada baca banyak mitos kesihatan yang sering kita percaya dan mengamalkannya.Kita percaya semua mitos tersebut daripada percakapan orang yang dibawa dari mulut ke mulut walhal ada diantara mitos tersebut langsung tidak benar.Apabila kita hendak menurunkan berat badan, macam-macam yang kita buat kan, itulah, inilah. Alih-alih berat badan kita langsung tidak turun dan semua ini adalah kerana kita percaya sesuatu yang tidak betul.Informasi kesihatan yang salah sering berlegar dalam pengetahuan kita kerana iklan berterusan pengeluar makanan yang ingin menarik pembeli. Di bawah merupakan antara mitos-mitos kesihatan yang sempat aku baca dan kumpul.


1. Makan selepas pukul 8 malam menyebabkan kegemukan

Sebenarnya : Peningkatan ataupun pengurangan berat badan kita adalah sangat bergantung kepada perbezaan antara jumlah kalori yang diambil, jumlah tenaga yang digunakan serta kadar metabolisma badan. Kenyataan diatas mungkin boleh diterimapakai, namun tidak semua individu akan mengalami hal yang sama. Kita ambil contoh terdekat dengan melihat rakan-rakan, mahupun, ahli keluarga kita sendiri yang mungkin sering makan ketika larut malam. Sekalipun begitu, sesetengah mereka tetap tidak mengalami masalah berat badan.

Suatu kajian telah dilakukan oleh Pusat Nutrisi Dunn di Cambridge, dengan menggunakan beberapa sukarelawan. Dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama diberikan makanan tengah hari yang berat dan makanan malam yang lebih ringan. Kumpulan kedua pula, diberikan makanan tengah hari yang ringan dan makanan malam yang berat. Dengan menggunakan ‘whole body calorimeter’ yang berfungsi untuk mengukur jumlah kalori yang telah digunakan dan disimpan, kesemua sukarelawan menunjukkan tiada hubungkait antara makanan berat pada waktu malam dengan pembentukan lemak.Tidak kiralah, pukul berapa kita makan, apa yang menjadi penentu utama adalah jumlah kalori yang kita ambil dalam masa 24 jam perlulah selari dengan aktiviti fizikal yang kita lakukan.

2.Makan Lobak Merah Meningkatkan Daya Penglihatan


Benar lobak merah (carrot) mengandungi kandungan vitamin A yang tinggi (kekurangan vitamin A boleh membutakan). Namun, tidak kira berapa banyak vitamin A yang dimasukkan ke dalam badan, mata anda tidak akan menjadi mata robot, boleh melihat sejelas-jelasnya seperti kanta X-ray. Walaubagaimanapun, lumrah setiap sesuatu saling berkait. Apabila anda mengalami kesusutan vitamin A, makan lobak merah boleh membantu meningkatkan kembali tahap penglihatan.

3. Memakai Losyen Menghindari Anda Dari Kanser Kulit

Kebenaran di sini, pemakaian losyen perlindungan sinar UV boleh membuatkan anda sebagai pengguna rasa terselamat dari kanser akibat pendedahan terus cahaya matahari. Sebenarnya, losyen pelindung UV sekalipun tidak memberi perlindungan 100% kepada kanser akibat UV. UV masih boleh mencapai bahagian kulit anda. Mungkin dapat mengelakkan rasa kulit terbakar, namun perubahan genetik akibat terdedah pada cahaya matahari masih boleh berlaku. Jadi tidak kira dimana anda berada, jangan terlalu suka berjemur, kesan ekologi rumah hijau abad 21 akibat industri kita manusia patut dipersalahkan dalam hal ini.

4. Boleh Mendapat Kanser Makan Makanan Barbeku/ Bakar

Akibat kajian saintis pada asap hitam (ash), semua yang dibakar menggunakan arang dan mengeluarkan asap hitam dikatakan pemangkin kanser (carcinogen). Walaupun benar asap hitam mengandungi heterocyclic aromatic amines (HAAs), tiada bukti perkaitan terus yang menunjukkan makanan barbeku/dibakar boleh menyebabkan kanser. Ini kerana bahan carcinogen (walaupun ada) yang terdapat dalam makanan barbeku adalah terlalu sedikit (not biologically significant) tidak mencapai tahap yang boleh memulakan kanser dalam badan.

5. Minum ‘Coffee’ berperanan menurunkan berat badan

Mengamalkan minum kopi setiap pagi dianggap mengurangkan selera makan dan meningkatkan kadar metabolisma badan. Tetapi, sebenarnya kesan ‘tiada selera makan’ yang dicetuskan daripada minuman kopi ini hanya sementara dan tidak memberikan impak yang nyata dalam penurunan berat badan.Mengamalkan kopi ini sebenarnya bukan sahaja mengakibatkan gangguan tidur, bahkan turut boleh mengakibatkan kegemukan. Kenapa? Sekurang-kurangnya dua kajian telah membuktikan individu yang mengalami gangguan tidur (salah satu faktor : mengamalkan kopi) cenderung untuk meghasilkan lebih banyak hormon ghrelin, hormon yang meningkatkan selera makan. Selain daripada itu, hormon leptin, hormon untuk mengurangkan selera makan, kurang dihasilkan. Justeru, individu tersebut semakin berselera untuk makan lantas menjadi punca kepada kegemukkan. Ini merupakan kajian yang dibuat di Universiti California.


6. Diet Rendah Lemak Adalah Cara Sihat Mengurangkan Berat Badan

Pengambilan makanan rendah lemak (jika keterlaluan), boleh menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk pertumbuhan badan yang sihat. Hakikatnya, obsesi pada makanan rendah lemak dikatakan menjadi punca kepada penentangan badan terhadap insulin. Cara terbaik dan sihat untuk mengurangkan berat badan adalah hanya melalui pemakanan seimbang dan senaman berterusan.

7. Pisang Menggemukkan

Sebenarnya pisang adalah rendah lemak, hanya setengah gram lemak dan 95 gram kalori di dalamnya. Malah, pisang adalah tinggi potassium dan pelbagai pakej kesihatan yang banyak. Juga, pisang adalah lebih berkhasiat berbanding epal.

8. Tidak Mengapa Langkau Makan Pagi/Sarapan

Sarapan adalah penting. Sebenarnya makan pagi juga boleh diibaratkan sebagai sesi berbuka puasa setelah semalaman tidak makan (tidur). Walaupun ramai orang dapat mengembalikan tenaga semula pada sesi makan tengahari, namun tiada sesi makan yang lebih efisien berbanding serapan khasiat dan tenaga yang mampu diperolehi akibat bersarapan.

9. Asalkan makan makanan sihat, makan banyak mana sekalipun tidak mengapa

Tidak! Anda silap. Makanan sihat sekalipun, tetap memiliki kalori. Kalori tetap kalori. Sungguhpun oatmeal makanan sihat, sekiranya diambil empat cawan oatmeal, kalorinya akan terjumlah yang boleh memudarat dan seterusnya menjejaskan perancangan diet anda.

10. Berlapar boleh membantu dalam mengurangkan berat badan

Apabila berpuasa, badan kita akan mula membakar lemak yang ada tersimpan untuk menghasilkan tenaga. Hasilnya berat badan kita akan turun seperti yang diharap-harapkan. Tetapi, menurut Claire MacEvilly, pakar nutrisi di MRC Pusat Kajian Nutrisi Manusia di Cambridge, “Berlapar atau berpuasa bukan sahaja membakar lemak, bahkan turut membuatkan pengecutan otot berlaku”

Sekiranya Pengecutan otot berlaku, ini membuatkan kadar metabolisma badan kita mula menurun. Kadar metabolisma ini merupakan kayu-ukur kepada kalori yang diperlukan oleh badan dalam sehari. Apabila kadar metabolisma menurun, badan kita memerlukan kalori yang lebih kecil berbanding sebelumnya. Sekiranya kita berhenti mengamalkan rutin berlapar, dan mula makan seperti biasa. Justeru, kalori yang diambil sudah pasti lebih tinggi daripada keperluan badan, lantas kita akan cenderung untuk mengalami peningkatan berat badan.


11. Orang Gemuk Kerana Memiliki Metabolisma Badan Yang Rendah

Mitos ini adalah tanggapan biasa di kalangan mereka yang mengalami kegemukan. Namun, anda tidak boleh menyalahkan faktor ini sahaja terhadap keadaan fizikal anda yang berlebihan berat badan. Malah, kajian terkini menyatakan orang gemuk memiliki tahap metabolisma badan yang lebih tinggi berbanding orang biasa, dalam erti kata lain, orang gemuk kebiasaannya cepat lapar.

12. Anda Hilang Banyak Haba Melalui Kepala

Tiada keistimewaan langsung antara haba badan dan bahagian kepala anda. Haba badan boleh keluar melalui mana-masa sahaja bahagian badan yang tidak tertutup.

13. Suhu Sejuk Menyebabkan Anda Sakit

Dalam kajian pindahan penyakit akibat suhu sejuk, mereka yang berehat di dalam rumah lebih mudah jatuh sakit berbanding mereka yang keluar masuk. Kebarangkalian suhu sejuk menyebabkan ramai berlindung di dalam rumah dan pada masa yang sama pengudaraan yang tidak baik dan keadaan lembap memberi kelebihan bagi bakteria terperangkap menjangkiti anda.

14. Perlu Buang Air Besar Sekurang-kurangnya Sekali Sehari

Pendapat ini hanya setengah betul. Kerap buang air besar memang benar boleh mengilangkan rasa tidak selesa dan sembelit namun orang yang sihat tidak semestinya perlu membuang air besar setiap hari. Malah sembelit hanya didefinasikan sebagai orang yang membuang air besar kurang dari tiga kali seminggu.

15. Makanan Yang Terjatuh Dan Diambil Kembali Cepat-Cepat Adalah Selamat

Makanan yang terjatuh pada lantai tile dan kayu mengambil bakteria dengan banyak. Makanan yang jatuh diatas karpet bersih bagaimanapun tidak mengambil banyak bakteria namun mengambil bulu karpet yang terlekat padanya.

Seorang budak dan pokok epal


Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pohon apel yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pohon apel ini setiap hari.Dia memanjat pohon tersebut, memetik serta memakan apel sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia beristirahat lalu terlelap di perdu pohon apel tersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon apel itu juga menyukai anak tersebut.

Masa berlalu... anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon apel tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon apel tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon apel itu." Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab remaja itu." Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pohon apel itu berkata,

“Kalau begitu, petiklah apel-apel yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."

Remaja itu dengan gembiranya memetik semua apel di pohon itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pohon apel itu merasa sedih. Masa berlalu...Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.

Pohon apel itu merasa gembira."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon apel itu."Aku tiada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya anak itu."

Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pohon apel itu memberikan cadangan.Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon apel itu dan pergi dengan gembiranya. Pohon apel itu pun turut gembira tetapi kemudiannya merasa sedih karena remaja itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon apel itu. Dia sebenarnya adalah anak lelaki yang pernah bermain-main dengan pohon apel itu. Dia telah matang dan dewasa."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon apel itu." Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi anak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu."

Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pohon ini untuk dijadikan boat. Kau akan dapat belayar dengan gembira," kata pohon apel itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pohon apel itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu. Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pohon apel itu. Dia adalah anak lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon apel itu."

Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untukdiberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pohon apel itu dengan nada pilu."
Aku tidak mahu apelmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pohonmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa lelah dan ingin istirahat," jawab lelaki tua itu."

Jika begitu, istirahatlah di perduku," kata pohon apel itu.Lalu lelaki tua itu duduk di perdu pohon apel itu dan beristirahat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

Tersebut. Sebenarnya, pohon apel yang dimaksudkan di dalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka.Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuanmereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka,dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita didalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.Anda mungkin terfikir bahwa anak lelaki itu bersikapkejam terhadap pohon apel itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kepada kita. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun.

Aku dan Filem Melayu...


Semalam aku sempat meluangkan masa untuk tengok cerita Nur Kasih dan Dalam Mihrab Cinta. Orang lain dah lama tengok, aku baru nak tengok kan. Maklumlah sekarang dah kerja sambilan, tak sempat la nak tengok . Balik kerja je, terus tertidur keletihan. Takpelah, bukan cepat atau lambat tu yang penting kan, tapi apa pengajaran yang kita dapat ambil, tu lah yang paling utama. Betul tak. Aku tengok filem Melayu sekarang ni, bukannya mementingkan pengisian tapi keuntungan. Bila tayangan seminggu dah mencecah berjuta-juta ringgit mulalah heboh satu Malaysia. Filem tergempar tahun ni la, filem wajib tonton la, itulah, inilah. Padahal apa yang dibawa langsung tidak sampai malah lagi teruk, filem tu tak bagi apa-apa pun melainkan hiburan,gelak ketawa dan aksi semata-mata. Langsung tidak mengajak penonton untuk berfikir. Filem macam ni ok je bagi aku sebenarnya. Bila seharian penat bekerja, belajar atau buat aktiviti seharian, duduk sambil menonton filem sebegini, memang sesuatu yang boleh menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan. Tapi bila selalu dilambakkan dengan benda yang sama setiap masa, orang pun bosankan. Apabila ada filem Melayu baru keluar, seperti sudah tahu bagaimana ia berjalan. Tapi itulah filem Melayu. Memang kena terima hakikat.Alih-alih cinta. Alih-alih seram. Dan aku rasa filem seramlah yang paling banyak sehingga orang dah nak termuntah pun ada. Fikiran orang melayu sebenarnya telah diracuni cerita-cerita seperti ini sehingga nak pergi tandas malam-malam pun perlu berteman disebabkan hantu yang selalu malu untuk menampakkan dirinya sendiri. .huhu

Eh, dah jauh aku melalut ni. Sebenarnya nak cakap pasal filem-filem yang aku baru tonton semalam iaitu Nur Kasih. Aku sebenarnya bukan pengikut setia drama Nur Kasih ni macam kebanyakan orang. Jadi mungkin aura Nur Kasih tu aku tak berkesan dalam hati aku ni walaupun orang cakap filem ni bergerak dengan sendiri. Overall, bagi aku, filem ni ok je walaupun tak dapat buat aku menangis seperti orang lain. Ciri-ciri Islamik yang cuba dimasukkan memang bagus tetapi efek yang dilakukan tak berapa menjadi. Aku memang suka la apabila sebuah filem tu diterapkan dengan unsur Islamik dan berkisar tentang kehidupan. Kepada pelakon, tahniah sebab berjaya menjiwai watak walaupun aku rasa macam ada something je yang hilang.Tak tau la apa..huhu. Filem yang seterusnya aku sempat tengok ialah Dalam Mihrab Cinta dari Indonesia.Filem ni merupakan adaptasi dari novel oleh penulis terkenal Indonesia, Kang Abik yang turut menjadi pengarah filem ni. Bagi aku filem ni ok dan plotnya sangat simple. Watak utama dalam filem ni tidak terlalu diberi cabaran yang besar dan masalah yang dihadapi tidak terlalu serius. Tak seperti filem yang lain seperti Ayat-ayat cinta dan Ketika Cinta Bertasbih, watak utama lebih diberi banyak dugaan tidak kiralah dimasukkan ke dalam penjara ataupun bekerja siang malam untuk menyara keluarga..Bagi aku, kedua-dua filem memang best sebab banyak pengisian yang boleh kita dapat. Aku bukannya hendak membandingkan filem Malaysia dan Indonesia. Bagi aku dunia perfileman kedua-dua negara semakin lama semakin berkembang maju. Kedua-duanya ada cara yang berbeza dalam mempersembahkan karya masing-masing.

Aku tengok, Malaysia sangat kurang filem adaptasi dari novel seperti filem inggeris mahupun Indonesia. Adakah novel di Malaysia tidak berkualiti sehingga tidak boleh diangkat menjadi filem.Aku rasa ini tidak boleh menjadi alasan. Banyak novel di Malaysia mempunyai jalan cerita yang menarik sehingga mendapat status novel paling laris ataupun bestseller. Aku ni kalau cakap pasal filem adaptasi novel tak sah kalau tak sebut Ramlee Awang Mursyid kan. Bukan apa, nak sangat tengok novel RAM diangkat ke layar perak. Walaupun lebih kepada thriller, tetapi unsur Islamik tetap diterapkan. Wah, tak boleh bayangkan kalau Laksamana Sunan tu jadi live-action. Siapa yang sesuai jadi pelakon aku tak tahulah.Filem adaptasi novel dari Malaysia ni bukannya tak ada, ada sebenarnya.Tapi ia lebih kepada filem cinta. Contoh yang terbaru ialah Lagenda Budak Setan. Novel-novel yang lain lebih diadaptasi kepada drama. Mungkin ceritanya terlalu panjang sehingga terpaksa menjadi drama. Kenapa filem adaptasi novel kurang pulak? Mungkin pengarah di Malaysia takut hendak menerbitkan filem adaptasi kerana bimbang apa yang cuba dipertontonkan tidak sampai. Mungkin betul juga.Mana taknya, apabila tersilap buat atau ditokok tambah, maka akan berbunyilah suara-suara yang tidak senang didengar daripada peminat-peminat novel ataupun penulis itu sendiri.Maklumlah, penceritaan filem itu tidak mencapai ke tahap yang diiginkan. Kalau nak buat filem adaptasi novel pun susah baik aku buat filem sendiri, lagi senang kan..huhu.

Kalau di Hollywood, filem adaptasi novel seperti Harry Potter dah menjadi satu fenomena dunia. Sekarang pun dah sampai filem akhir yang akan ke pawagam tidak lama lagi. Tengok trailer macam gempak je.Huh! Tak sabar rasanya aku nak tengok walaupun aku bukanlah peminat tegar budak sihir yang popular ni. Malaysia bila lagi ye nak buat filem adaptasi yang hebat macam ni.Susah la awak, aksi yang betul-betul real memang susah nak buat dan lagi kena ada bajet yang banyak tau.Industri filem Malaysia tak setaraf lagi dengan Hollywood. Macam tu ye.emm. Kalau susah sangat sekurang-kurangnya buat la filem yang setaraf Ayat-Ayat Cinta ke. Aku rasa tak banyak pun aksi dalam filem tu..huhu. Nur Kasih tu macam mana?? Ermmm..Boleh la. Aku tengok sekarang banyak drama kat tv3 banyak menjurus kepada islamik dan keinsafan. Bagus la tu tapi kalau pelakon duk sama macam tu je tak berubah-ubah tak bagus juga tu kan. Kita bagi mesej yang baik kat orang lain tapi kita sendiri tak insaf.Macam mana tu. Apa-apa pun majulah industri filem untuk memartabatkan Islam itu sendiri.

p/s : Aku dengar filem baru KL Gangster, kutipan dah mencecah 10 juta, best sangat ke? Emm..

Memandu Kereta vs SMS..


TrittTrittt!! TrittTritt!! Telefon bimbit berbunyi menandakan mesej masuk. Namun, kereta kancil terus dipandu laju tanpa mempedulikan mesej yang menunggu untuk dibaca . Tiba saja di lampu isyarat merah, kereta diberhentikan. Handfon diambil dan mesej terus dibaca. Rupa-rupanya mesej tu dari kawan aku yang mengajak aku keluar. Kawan aku sorang ni memang dah lama tak jumpa, sejak sekolah menengah lagi. Masa cuti panjang ni la, nak lepak-lepak dengan kawan lama kan, bila lagi. Maklumlah tempat belajar lain-lain. Cuti pun lain-lain. Boleh la nak melepaskan kerinduan kan( yela tu). Kali ni je cuti sama. Sebabnya kerajaan nak selaraskan semua cuti kat ipta. Adoi, nak bagi cuti pun lama-lama kan. Habis hilang semua momentum nak belajar.Cuti. Siapa tak suka cuti kan. Tapi cuti sampai 4 bulan, siapa la yang suka. Kalau orang yang tak tau nak buat apa tu, memang boleh mati disebabkan kebosanan yang terlampau.

PonnPonn!! PonnPonn!! Bunyi hon kereta belakang menusuk telinga aku. Rupa-rupanya lampu isyarat dah bertukar hijau. Aku bermesej dengan kawan aku sampai lupa yang aku tengah bawak kereta.Keluar bab cuti pulak tu..huhu. Tengok kereta kat depan, semua dah tak ada. Memang patut la kena hon. Bila aku gerak je kereta, lampu isyarat berkelip-kelip menandakan warna merah akan mengambil alih. Aku terus pecut kereta. Tengok-tengok, kereta belakang tak lepas lampu isyarat tadi. Padan muka. Siapa suruh hon aku sangat kan. Jahat la pulak aku ni. Tak apa la, dah nasib dia kan.Mesti tengah marah sangat-sangat tu.Minta maaf banyak-banyak ya bang. Tak sengaja.

Bila kereta tengah bergerak, handfon terus berbunyi. Aku apa lagi, sambil bawa kereta sambil bermesej dengan kawan aku tu. Sebelah tangan pegang stereng dan sebelah lagi pegang handfon. Wah, dua dalam satu, hebat tu(hebat la sangat kan). Tiba- tiba, datang kereta Toyota Hillux masuk sebelah kanan aku. Laju pulak tu. Apa lagi, brek mengejut la aku jawabnya. Serius, aku tak perasan langsung kereta tu masuk tadi. Nyaris-nyaris aku nak langgar kereta tu. Berapa inci lagi tu. Bahaya betul. Lepas tu, aku terus off handfon. Sebab benda ni la, aku hampir nak makan kereta orang tadi. Itu la, siapa suruh buat jahat kat pakcik tadi, kan dah kena.

Peristiwa tu berlaku 2 hari lepas. Sampai sekarang, bila bawak je kereta, aku akan offkan handfon aku. Da insaf dah. Trauma hari tu tak hilang-hilang lagi ni. Aku nak cakap sikit kat sini la.Majoriti orang ni memang suka bermesej atau menggunakan handfon ketika memandu kereta termasuklah aku sendiri. Mana tak nya, bila ada je mesej masuk, perasaan curiosity tu membuak-buak kan. Siapa la mesej aku ni? Apa dia nak? Tu la, ni la. Walaupun tak nak baca mesej tu, tapi secara automatiknya kita akan membuka dan membaca mesej tersebut walaupun tengah memandu kereta. Tak ada pun perasaan macam ni : Ehh, ada mesej, takpelah, aku tengah bawak kereta ni, nanti sampai aku baca la ok. Sama lah kalau ada orang call, kita akan terus angkat kan. Call ni takpelah, dia ade handsfree, ok la sikit kan. Tapi bahaya dia sama je rasanya. Guna handfon masa memandu kereta ni bahaya sebenarnya. Mana taknya, fokus tu bleh hilang. Eleh, SMS tak sampai pun seminit, tu pun bleh hilang fokus ke. Yang tak sampai seminit tu lah yang boleh buat kita accident. Ingat! Bila bawa kereta tu, every second count ok. Jangan perasan kita dah expert bawak kereta, kita boleh berSMS dan buat sesuka hati. Risikonya tetap ada.

Di Malaysia, kita jarang dengar orang accident sebab berSMS tapi kalau kat US tu, ramai yang dah meninggal dunia dan sebabnya hanya satu, berSMS ketika memandu. Aku ada baca yang ada kajian menunjukkan penggunaan handfon ketika memandu sama saja seperti kita mabuk sebab benda ni memberi gangguan pada konsentrasi. Masa tengah, drive otak kita kena focus dan tumpuan kita akan terganggu bila berSMS di handfon. Kita akan kurang peka dengan persekitaran sebab asyik duk tengok kat handfon tu. Kalau tak tahan nak SMS sangat tu, elok berhentikan lah kereta kat tepi kejap ok. Aku baca ada orang yang SMS sambil bawak motorsikal. Wah, aku takleh bayangkan, macam mana la tu. Mat rempit pun tak boleh buat tu. Tapi berani buat berani tanggung la. No texting while driving ok. Handfon boleh la topup, tapi nyawa boleh ke nak top up?

Selamat Hari Ibu, Mak, Umi, Mama, Bonda...


Selamat Hari Ibu kepada ibuku Roselina Abu Bakar( I Luv U so Much)dan juga ibu-ibu di seluruh dunia. Siapalah kita sekarang ini kan tanpa didikan dan ajaran daripada seorang insan bergelar ibu.Kasih sayang seorang ibu memang tiada penghujungnya.Sempena hari ibu ni, aku nak berkongsi satu kisah berkenaan pengorbanan seorang ibu.Bacalah lah k.

Pada zaman dahulu, di sebuah perkampungan yang kecil, tinggallah seorang perempuan bernama Solehah dan anaknya ,Amru yang baru berusia 5 tahun. Suaminya telah meninggal dunia ketika di medan perang. Maka tinggallah Solehah dan anaknya sehelai sepinggan meneruskan kehidupan di sebuah rumah kecil peninggalan suaminya. Kerja solehah sebagai penenun kain menjadikan hidup mereka serba sedikit senang. Dia dan anaknya masih boleh mengisi perut dan menjalani kehidupan walaupun tidak semewah orang lain. Sekurang-kurang mereka tidak perlu mengemis untuk mendapatkan sesuap nasi. Jika ramai orang yang mengupah solehah untuk menenun kain, maka berisi lah perut mereka hari itu , tetapi jika tiada pelanggan, maka mereka terpaksa makan makanan simpanan sebelum ini yang sedikit untuk mengalas perut.Begitulah kerja Solehah yang tidak menentu setiap hari.

Pada suatu hari, tidak ada seorang pun yang datang ke rumah Solehah untuk mengupahnya menenun kain. Nasib baiklah, dia telah menyimpan sedikit roti untuk anaknya.

“Amru sayang, Umi minta maaf sebab hari ini hanya ada sedikit roti untuk amru makan, tapi Umi janji, esok kita makan nasi ya,” Solehah berkata kepada sambil menghulurkan beberapa keping roti untuk Amru.

“Umi, kalau Amru makan roti ni, Umi nak makan apa?” Amru menyoal ibunya yang masih tidak berhenti membelai rambutnya itu.

“Umi tak penting pun Amru. Amru makan kenyang-kenyang ya. Umi tengok Amru kenyang pun Umi rasa dah kenyang. Amru jangan risaukan Umi.” Solehah menjawab soalan Amru yang kelihatan masih setahun jagung itu. Bagi Solehah, dia tidak kisah untuk berlapar. Melihat anaknya ceria dan tersenyum setiap hari, itu sudah cukup membuat hatinya gembira.

“Umi, Amru janji, bila Amru besar nanti, Amru nak bekerja rajin-rajin. Amru nak bagi Umi makan enak-enak.” kata Amru pandai menjaga hati ibunya. Kemudian, dia menyuap sedikit roti ke mulut ibunya itu. Solehah hanya tersenyum dengan gelagat anak kecilnya itu.

Sejak kecil, Amru dididik dan dijaga oleh Solehah sepenuh kasih sayang. Dia diberi didikan agama yang sempurna dan diasuh bagai menatang minyak yang penuh, seekor nyamuk pun tidak dibiarkan hinggap di badan Amru. Baginya, Amru merupakan satu-satunya harta peninggalannya. Setelah beberapa tahun berlalu, Amru telah membesar menjadi seorang pemuda yang segak dan tampan. Solehah pula semakin lama, semakin tua tetapi keringatnya terus jatuh ke bumi mencari nafkah buat keluarganya.Perubahan mendadak ditunjukkan pada sikap Amru. Dia sering keluar untuk bersukaria bersama kawan-kawannya. Dia juga semakin degil dan selalu melawan cakap ibunya. Walaupun disuruh oleh ibunya untuk mencari kerja, tetapi nasihat ibunya yang tua itu langsung tidak diendahkan.Malah Amru sering menengking dan berkasar sehingga membuat ibunya itu terguris.

Solehah tidak tahu mengapa Amru bersikap sedemikian terhadapnya. Dia tidak pernah mengajar anaknya untuk berkasar. Setiap hari, dia berdoa agar tuhan sentiasa melindungi Amru daripada sebarang perkara yang tidak baik. Amru pula, langsung tidak berubah, selalu keluar berfoya-foya dengan kawan-kawannya. Dia akan ke pekan untuk menghabiskan wang yang diberi oleh ibunya untuk melakukan perkara yang tidak senonoh. Duit itu banyak dihabiskannya untuk berjudi.Disebabkan berjudi itu juga, dia selalu dipukul kerana tidak dapat membayar wang yang sepatutnya. Begitulah rutin harian Amru. Dia tidak serik untuk berjudi walaupun tahu akibatnya. Apabila balik ke rumah, badan Amru akan cedera dan luka di sana-sini akibat dipukul. Solehah jugalah orang yang akan merawatnya. Dia menyapu ubat di badan Amru sambil menitiskan air mata melihat anaknya itu. Semahunya, dia tidak ingin perkara itu berlaku pada anak kesayangannya itu.

“Sakitkah anakku? Umi sapu perlahan-lahan ya.Kamu sudah besar Amru. Umi, sudah beberapa kali pesan jangan berkawan dengan orang yang tidak elok akhlaknya. Kamu juga yang susah nanti,” ujar solehah memberi nasihat kepada anaknya itu.Begitulah kata-kata yang sama keluar dari mulut solehah tiap kali merawat Amru. Amru hanya membisu seribu bahasa. Kesakitan yang dialami menutup mulutnya.

Namun Amru tetap tidak berubah. Perangainya masih sama seperti dahulu. Kerap kali keluar ke pekan bersama kawan-kawanya untuk berjudi. Tiap kali dia berjudi tiap kali itu jugalah dia kalah. Nasib langsung tidak menyebelahinya. Dan tiap kali dia kalah tiap kali itu jugalah badannya akan menerima padahnya. Begitulah nasib Amru setiap hari. Nasib baiklah dia mempunyai seorang ibu penyayang yang masih mengambil berat akannya.

Setiap hari seperti biasa amru akan meminta wang daripada ibunya sebelum keluar.

Umi!! Amru nak wang lagi!! Cepatlah Umi, kawan-kawan amru tunggu Amru tu!! Tengking Amru kepada ibunya yang telah tua itu.

“Semua wang Umi sudah habis Amru. Wang semalam ialah wang terakhir dari simpanan Umi. Umi sudah tiada wang untuk diberi kepada Amru.” Jawab solehah pilu. Semua wangnya telah diberi kepada Amru tanpa sempat pun dia membeli sedikit makanan.

“Umi tipu!!! Umi masih ada wang tapi Umi tidak mahu beri pada Amru kan??!!” Tengking amru. Jawapan ibunya itu membuatkannya marah. Kemudian dia terus menggeledah seluruh isi rumah untuk mencari wang. Namun usahanya itu tidak berhasil kerana sekeping wang pun tidak berjaya dijumpai.

“Perempuan tua tak guna!!” Jerit Amru. Dia kemudian menolak ibunya sehingga rebah dan keluar dari rumah dengan perasan yang hampa. Amru benar-benar tertekan kerana jika tiada wang maka tiadalah keseronokan dalam hidupnya.

Di pertengahan jalan, Amru diberhentikan oleh seorang pemuda yang langsung tidak dikenalinya. Pemuda itu kelihatan kaya dengan pakaiannya yang mahal. Amru tidak sedar bahawa pemuda itu sebenarnya adalah syaitan yang menyamar sebagai manusia. Syaitan itu hanya ingin memerangkap amru.Bagi syaitan itu, Amru adalah orang yang sangat mudah diperdaya dengan harta dan wang.

“Apa sebenarnya yang kamu mahu ?” tanya Amru kepada pemuda segak yang berdiri di hadapannya.

“Aku hanya mahu menolong kamu. Bukankah kamu kesempitan wang sekarang? Aku mahu memberi kamu wang yang banyak.” Jawab syaitan itu memperdaya Amru.

“Memberi aku wang yang banyak?!” Amru terperanjat dan gembira.

“Ya. Wang yang banyak. Tapi dengan satu syarat.” Ujar syaitan bijak bermain dengan kata.

“Apakah syarat tersebut. Cakaplah apa yang tuan mahu? Segera juga aku penuhinya.

Syaratnya, bawa hati ibu kamu kepada aku dan wang yang banyak akan menjadi milik kamu.

Tanpa banyak berfikir, Amru terus berlari ke rumahnya. Tanpa belas kasihan amru membunuh menanam,dan mengambil hati ibunya.Ibu yang selama ini menjaga dan membesarkannya dengan penuh kasih sayang. Ibu yang sanggup berlapar demi anaknya. Ibu yang sanggup bekerja demi mencari sesuap nasi untuk anaknya.Ibu yang selalu merawatnya semasa sakit. Malah, ketika Amru pulang, ibunya sedang menyiapkan masakan kegemaran Amru tanpa terasa sedikit pun akan perbuatan Amru sebelum ini.
Amru sangat gembira kerana dengan hati ibunya itu, dia akan mendapat wang yang banyak. Dia terus berlari untuk mendapatkan pemuda yang berjanji dengannya tadi sambil membawa hati ibunya itu. Semasa berlari keseronokan membayangkan dia akan mendapat wang yang banyak, tanpa disedari Amru tersepak batu lalu terjelopok ke tanah.Dia mengerang kesakitan.

“Sakitkah anakku?” dengan izin Allah,tiba-tiba sahaja hati milik ibunya itu bercakap apabila melihat anak kesayangannya sakit akibat jatuh tersungkur.Dengan penuh kasih sayang hati itu terus bertanya. Soalan tersebut ditanya berulang-ulang kali sehingga membuatkan Amru terperanjat. Tanpa mempedulikan kata-kata hati itu, Amru terus mengambil dan membawanya kepada pemuda yang menyamar sebagai syaitan. Syaitan berasa amat gembira sekali kerana misinya berjaya. Sebagai balasan Amru diberikan wang yang banyak sebagaimana yang telah dijanjikan.

Dengan wang yang banyak itu, Amru meneruskan kehidupannya dengan berjudi. Akhirnya sekelip mata sahaja wang banyak yang diberikan oleh syaitan tadi habis digunakan. Seperti biasa Amru akan dipukul. Apabila balik ke rumah, tiada lagi kedengaran suara bimbang ibunya. Tiada lagi ibunya untuk merawat segala luka-luka di badannya. Tiada lagi ibunya untuk memasak makanan kegemarannya. Tiada lagi ibunya untuk membelai-belai menidurkannya. Akibat sikap Amru yang suka berjudi, rumahnya dijual. Akhirnya Amru menjadi pengemis dan mati di tepi jalan akibat kelaparan.

Begitulah kisah menyayat hati seorang ibu dan anaknya. Kisah kasih sayang ibu kepada anaknya yang tidak berbelah bagi. Kisah pengorbanan seorang ibu. Betapa sayangnya seorang ibu kepada anaknya itu sehingga hati masih mampu berkata-kata, risau melihat anaknya sakit. Kita pula bagaimana? Sayangkah kita pada ibu kita? Pernahkah kita membuat ibu kita menangis? Pernahkah kita bayangkan kanak-kanak yatim piatu yang tidak mempunyai ibu? Bagaimanakah nasib mereka? Kita ni sememangnya bertuah kerana mempunyai ibu. Jadi hargailah ibu anda sebaik-baiknya.

Kisah aku dan hantu gigi..


Malam tadi aku terjaga secara tiba-tiba. Jam masa tu menujukkan pukul 2.20 a.m. Adoi, macam mana la boleh mimpi pelik pulak kan. Jangan fikir bukan-bukan. Bukan mimpi basah k. Tu la tido tak basuh kaki sangat kan.(Selalu bukan basuh pn kan..huhu) Nak tau mimpi ape. Mimpi pasal hantu gigi.(jgn gelak k) Bukannya seram pun, kelakar ada lah. Siap joget-joget lagi hantu tu. Macam budak-budak la pulak kan mimpi pasal hantu gigi ni. Nak buat macam mana kan, da nak mimpi pasal bende tu. Nasib baik la tak mimpi pasal hantu kak limah kan, tak pun hantu karipap.(lagi la tak takut) Bila hantu tu nak mesin gigi aku, aku terus je tersedar. Terbangun je dari tido, sesuatu yang tidak diingini berlaku. Benda ni buat aku tak boleh tido sampai lah ke pagi.

Nak tau ape. Jeng3!!. Sakit gigi datang menyerang pada malam bulan mengambang. Patut pun aku mimpi pasal hantu gigi, rupa-rupanya, sakit gigi nak datang.Datang tak dijemput pulak tu. Sekurang-kurangnya bagi la salam dulu kan. Aish. Pastu,aku buat la bende yang sepatutnya. Berkumur la, berus gigi la, taruk ubat la, tu lah, ni lah. Tapi sakit ni memang kebal sangat-sangat. Tak mahu hilang jugak. Tension betul. Sakit woo..nak tido pun tak boleh. Kenape la sakit gigi ni bukan macam sakit perut ye. Kalau sakit perut, masuk jamban, buang ape yang sepatutnya, terus hilang kan. Ni tak, da buat macam-macam, tapi lagi sakit ada la. Tak boleh duduk diam aku semalam. Nasib baik la ada match bola kan, tapi gigi punya pasal, selera bola aku pun hilang ditelan kesakitan yang boleh menggugat keimanan.

Sebenarnya, gigi geraham aku yang satu ni memang dah berlubang pun. Tu pun disebabkan peristiwa malang yang dikatakan tak berbau tu. Nak cerita ke. Cerita je lah sikit.Cecite cecite. Sebelum ni aku ada la makan kat warung kat hostel aku. Kalau tak silap, malam tu aku makan nasi ayam kicap yang sedap.(perlu ke?) Makan punya makan, Krakk!! Tetiba je ada satu bunyi yang tidak disenangi. Masa tu tak rasa ape-ape lagi. Bila kunyah balik, tengok-tengok, aku tergigit batu yang jahat dan tidak berperikebatuan. Sampai berlubang gigi aku dibuatnya. Sakit sangat-sangat. Walaupun sakit, nasi malam tu berjaya dihabiskan dengan perasaan yang sedih memikirkan gigi aku yang malang ni. Kenapalah malang tak berbau kan. Kalau berbau wangi ke tetiba, boleh la aku detect awal-awal kan.(Salahkan pada bende yang tak sepatutnya).

Keesokan harinya, aku terus pergi klinik gigi UIA, tempat aku belajar. Maklumlah percuma kan. Aku pun tak tau la kenapa orang suka sangat benda percuma ni. Kalau sumua nak free macam mana la nak maju kan. Berbalik pada klinik gigi tadi, disebabkan doktor gigi yang banyak songeh, aku pun balik lah dengan gigi yang masih berlubang. Ada ke patut dia cakap buat appointment dulu la, tunggu tiga minggu lagi la, buat kat klinik luar la, awak comel la.Betul la ape yang doktor cakap tu kot. Mana la aku tahu bende-bende ni, maklumlah, pergi klinik gigi pun bukan selalu. Last pun masa aku kecik dulu. Sampai sekarang aku tak pergi klinik gigi lagi. Bukan ape, rasa macam da tak sakit kan gigi tu. Makan pun macam tak ada pape. Lubang kat gigi tu pun macam tertutup dengan sendiri..huhu. Sehinggalah semalam, bila sakit gigi kembali menghantui orang yang baik hati ini. Pagi tadi aku terjaga pukul 6.30. Dalam gigi yang sakit tu, boleh jugak aku tertido ye. Bagus la. Yang paling penting gigi aku da tak sakit.Happy!!

Sekarang untuk sudut pengisian. Ermm..sekarang baru aku perasan, yang aku tak pernah sakit gigi. Kali terakhir sakit gigi pun masa umur 6,7 tahun dulu.Lainlah kalau gigi tu baru nak tumbuh kan. Memang sakit la. Aku rasa majoriti orang pun macam ni.Jarang sakit gigi. Disebabkan perkara itu jarang berlaku, maka soal menjaga gigi macam kurang dan tidak diendahkan sangat. Betul. Kita selalu memberus gigi. Tapi perkara tu dah macam satu kewajipan kan. Memang la, siapa nak mulut berbau kan. Cuba bayangkan kalau kita bangun pagi mulut tak berbau dan plak-plak kat gigi tak ada. Adakah kita kisah untuk memberus gigi? Lagi satu, adakah memberus gigi itu sudah cukup untuk kita menjaga gigi? Contohnya macam aku ni. Aku ni dalam kategori tak pandai jaga gigi walaupun aku gosok gigi tiap hari sebab aku makan tak ingat dunia sehingga gigi boleh rosak. Nak cakap kat sini, nikmat yang Allah bagi tu tak kiralah gigi ke, apa ke, kita kenalah jaga baik-baik. Bila dah sakit barulah sedar betapa indahnya nikmat gigi tu kan. Masa elok dulu tak ambik kisah pun nak menjaganya kan. Itu lah manusia. Walaupun ujian tu datang lambat kita kenalah selalu bersedia kan macam gigi kita ni. Walaupun tak selalu sakit gigi, kita kenalah pandai menjaganya.Dulu, bila kawan tanya kat aku. Sakit apa yang paling sakit? Aku jawab sakit leher.Betul la kan. Tapi bila ditanya balik soalan yang sama lagi, for sure aku akan jawab.. sakit gigi !!!
 
Aku dan Kau Berbeza... | TNB