Subscribe News Feed Subscribe Comments

Ainul Mardiah


Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari- bidadari tersebut).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati wlaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Kisah:

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (nama puteri bongsu saya-bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa)ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi.Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama....

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... takpernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu
menjawab ehh tidakk, saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini... ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata ... akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.... subhanallah...

Mitos kesihatan yang sering kita percaya...


Aku ada baca banyak mitos kesihatan yang sering kita percaya dan mengamalkannya.Kita percaya semua mitos tersebut daripada percakapan orang yang dibawa dari mulut ke mulut walhal ada diantara mitos tersebut langsung tidak benar.Apabila kita hendak menurunkan berat badan, macam-macam yang kita buat kan, itulah, inilah. Alih-alih berat badan kita langsung tidak turun dan semua ini adalah kerana kita percaya sesuatu yang tidak betul.Informasi kesihatan yang salah sering berlegar dalam pengetahuan kita kerana iklan berterusan pengeluar makanan yang ingin menarik pembeli. Di bawah merupakan antara mitos-mitos kesihatan yang sempat aku baca dan kumpul.


1. Makan selepas pukul 8 malam menyebabkan kegemukan

Sebenarnya : Peningkatan ataupun pengurangan berat badan kita adalah sangat bergantung kepada perbezaan antara jumlah kalori yang diambil, jumlah tenaga yang digunakan serta kadar metabolisma badan. Kenyataan diatas mungkin boleh diterimapakai, namun tidak semua individu akan mengalami hal yang sama. Kita ambil contoh terdekat dengan melihat rakan-rakan, mahupun, ahli keluarga kita sendiri yang mungkin sering makan ketika larut malam. Sekalipun begitu, sesetengah mereka tetap tidak mengalami masalah berat badan.

Suatu kajian telah dilakukan oleh Pusat Nutrisi Dunn di Cambridge, dengan menggunakan beberapa sukarelawan. Dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama diberikan makanan tengah hari yang berat dan makanan malam yang lebih ringan. Kumpulan kedua pula, diberikan makanan tengah hari yang ringan dan makanan malam yang berat. Dengan menggunakan ‘whole body calorimeter’ yang berfungsi untuk mengukur jumlah kalori yang telah digunakan dan disimpan, kesemua sukarelawan menunjukkan tiada hubungkait antara makanan berat pada waktu malam dengan pembentukan lemak.Tidak kiralah, pukul berapa kita makan, apa yang menjadi penentu utama adalah jumlah kalori yang kita ambil dalam masa 24 jam perlulah selari dengan aktiviti fizikal yang kita lakukan.

2.Makan Lobak Merah Meningkatkan Daya Penglihatan


Benar lobak merah (carrot) mengandungi kandungan vitamin A yang tinggi (kekurangan vitamin A boleh membutakan). Namun, tidak kira berapa banyak vitamin A yang dimasukkan ke dalam badan, mata anda tidak akan menjadi mata robot, boleh melihat sejelas-jelasnya seperti kanta X-ray. Walaubagaimanapun, lumrah setiap sesuatu saling berkait. Apabila anda mengalami kesusutan vitamin A, makan lobak merah boleh membantu meningkatkan kembali tahap penglihatan.

3. Memakai Losyen Menghindari Anda Dari Kanser Kulit

Kebenaran di sini, pemakaian losyen perlindungan sinar UV boleh membuatkan anda sebagai pengguna rasa terselamat dari kanser akibat pendedahan terus cahaya matahari. Sebenarnya, losyen pelindung UV sekalipun tidak memberi perlindungan 100% kepada kanser akibat UV. UV masih boleh mencapai bahagian kulit anda. Mungkin dapat mengelakkan rasa kulit terbakar, namun perubahan genetik akibat terdedah pada cahaya matahari masih boleh berlaku. Jadi tidak kira dimana anda berada, jangan terlalu suka berjemur, kesan ekologi rumah hijau abad 21 akibat industri kita manusia patut dipersalahkan dalam hal ini.

4. Boleh Mendapat Kanser Makan Makanan Barbeku/ Bakar

Akibat kajian saintis pada asap hitam (ash), semua yang dibakar menggunakan arang dan mengeluarkan asap hitam dikatakan pemangkin kanser (carcinogen). Walaupun benar asap hitam mengandungi heterocyclic aromatic amines (HAAs), tiada bukti perkaitan terus yang menunjukkan makanan barbeku/dibakar boleh menyebabkan kanser. Ini kerana bahan carcinogen (walaupun ada) yang terdapat dalam makanan barbeku adalah terlalu sedikit (not biologically significant) tidak mencapai tahap yang boleh memulakan kanser dalam badan.

5. Minum ‘Coffee’ berperanan menurunkan berat badan

Mengamalkan minum kopi setiap pagi dianggap mengurangkan selera makan dan meningkatkan kadar metabolisma badan. Tetapi, sebenarnya kesan ‘tiada selera makan’ yang dicetuskan daripada minuman kopi ini hanya sementara dan tidak memberikan impak yang nyata dalam penurunan berat badan.Mengamalkan kopi ini sebenarnya bukan sahaja mengakibatkan gangguan tidur, bahkan turut boleh mengakibatkan kegemukan. Kenapa? Sekurang-kurangnya dua kajian telah membuktikan individu yang mengalami gangguan tidur (salah satu faktor : mengamalkan kopi) cenderung untuk meghasilkan lebih banyak hormon ghrelin, hormon yang meningkatkan selera makan. Selain daripada itu, hormon leptin, hormon untuk mengurangkan selera makan, kurang dihasilkan. Justeru, individu tersebut semakin berselera untuk makan lantas menjadi punca kepada kegemukkan. Ini merupakan kajian yang dibuat di Universiti California.


6. Diet Rendah Lemak Adalah Cara Sihat Mengurangkan Berat Badan

Pengambilan makanan rendah lemak (jika keterlaluan), boleh menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk pertumbuhan badan yang sihat. Hakikatnya, obsesi pada makanan rendah lemak dikatakan menjadi punca kepada penentangan badan terhadap insulin. Cara terbaik dan sihat untuk mengurangkan berat badan adalah hanya melalui pemakanan seimbang dan senaman berterusan.

7. Pisang Menggemukkan

Sebenarnya pisang adalah rendah lemak, hanya setengah gram lemak dan 95 gram kalori di dalamnya. Malah, pisang adalah tinggi potassium dan pelbagai pakej kesihatan yang banyak. Juga, pisang adalah lebih berkhasiat berbanding epal.

8. Tidak Mengapa Langkau Makan Pagi/Sarapan

Sarapan adalah penting. Sebenarnya makan pagi juga boleh diibaratkan sebagai sesi berbuka puasa setelah semalaman tidak makan (tidur). Walaupun ramai orang dapat mengembalikan tenaga semula pada sesi makan tengahari, namun tiada sesi makan yang lebih efisien berbanding serapan khasiat dan tenaga yang mampu diperolehi akibat bersarapan.

9. Asalkan makan makanan sihat, makan banyak mana sekalipun tidak mengapa

Tidak! Anda silap. Makanan sihat sekalipun, tetap memiliki kalori. Kalori tetap kalori. Sungguhpun oatmeal makanan sihat, sekiranya diambil empat cawan oatmeal, kalorinya akan terjumlah yang boleh memudarat dan seterusnya menjejaskan perancangan diet anda.

10. Berlapar boleh membantu dalam mengurangkan berat badan

Apabila berpuasa, badan kita akan mula membakar lemak yang ada tersimpan untuk menghasilkan tenaga. Hasilnya berat badan kita akan turun seperti yang diharap-harapkan. Tetapi, menurut Claire MacEvilly, pakar nutrisi di MRC Pusat Kajian Nutrisi Manusia di Cambridge, “Berlapar atau berpuasa bukan sahaja membakar lemak, bahkan turut membuatkan pengecutan otot berlaku”

Sekiranya Pengecutan otot berlaku, ini membuatkan kadar metabolisma badan kita mula menurun. Kadar metabolisma ini merupakan kayu-ukur kepada kalori yang diperlukan oleh badan dalam sehari. Apabila kadar metabolisma menurun, badan kita memerlukan kalori yang lebih kecil berbanding sebelumnya. Sekiranya kita berhenti mengamalkan rutin berlapar, dan mula makan seperti biasa. Justeru, kalori yang diambil sudah pasti lebih tinggi daripada keperluan badan, lantas kita akan cenderung untuk mengalami peningkatan berat badan.


11. Orang Gemuk Kerana Memiliki Metabolisma Badan Yang Rendah

Mitos ini adalah tanggapan biasa di kalangan mereka yang mengalami kegemukan. Namun, anda tidak boleh menyalahkan faktor ini sahaja terhadap keadaan fizikal anda yang berlebihan berat badan. Malah, kajian terkini menyatakan orang gemuk memiliki tahap metabolisma badan yang lebih tinggi berbanding orang biasa, dalam erti kata lain, orang gemuk kebiasaannya cepat lapar.

12. Anda Hilang Banyak Haba Melalui Kepala

Tiada keistimewaan langsung antara haba badan dan bahagian kepala anda. Haba badan boleh keluar melalui mana-masa sahaja bahagian badan yang tidak tertutup.

13. Suhu Sejuk Menyebabkan Anda Sakit

Dalam kajian pindahan penyakit akibat suhu sejuk, mereka yang berehat di dalam rumah lebih mudah jatuh sakit berbanding mereka yang keluar masuk. Kebarangkalian suhu sejuk menyebabkan ramai berlindung di dalam rumah dan pada masa yang sama pengudaraan yang tidak baik dan keadaan lembap memberi kelebihan bagi bakteria terperangkap menjangkiti anda.

14. Perlu Buang Air Besar Sekurang-kurangnya Sekali Sehari

Pendapat ini hanya setengah betul. Kerap buang air besar memang benar boleh mengilangkan rasa tidak selesa dan sembelit namun orang yang sihat tidak semestinya perlu membuang air besar setiap hari. Malah sembelit hanya didefinasikan sebagai orang yang membuang air besar kurang dari tiga kali seminggu.

15. Makanan Yang Terjatuh Dan Diambil Kembali Cepat-Cepat Adalah Selamat

Makanan yang terjatuh pada lantai tile dan kayu mengambil bakteria dengan banyak. Makanan yang jatuh diatas karpet bersih bagaimanapun tidak mengambil banyak bakteria namun mengambil bulu karpet yang terlekat padanya.

Seorang budak dan pokok epal


Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pohon apel yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pohon apel ini setiap hari.Dia memanjat pohon tersebut, memetik serta memakan apel sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia beristirahat lalu terlelap di perdu pohon apel tersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon apel itu juga menyukai anak tersebut.

Masa berlalu... anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon apel tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon apel tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon apel itu." Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab remaja itu." Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pohon apel itu berkata,

“Kalau begitu, petiklah apel-apel yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."

Remaja itu dengan gembiranya memetik semua apel di pohon itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pohon apel itu merasa sedih. Masa berlalu...Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.

Pohon apel itu merasa gembira."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon apel itu."Aku tiada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya anak itu."

Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pohon apel itu memberikan cadangan.Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon apel itu dan pergi dengan gembiranya. Pohon apel itu pun turut gembira tetapi kemudiannya merasa sedih karena remaja itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon apel itu. Dia sebenarnya adalah anak lelaki yang pernah bermain-main dengan pohon apel itu. Dia telah matang dan dewasa."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon apel itu." Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi anak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu."

Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pohon ini untuk dijadikan boat. Kau akan dapat belayar dengan gembira," kata pohon apel itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pohon apel itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu. Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pohon apel itu. Dia adalah anak lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon apel itu."

Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untukdiberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pohon apel itu dengan nada pilu."
Aku tidak mahu apelmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pohonmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa lelah dan ingin istirahat," jawab lelaki tua itu."

Jika begitu, istirahatlah di perduku," kata pohon apel itu.Lalu lelaki tua itu duduk di perdu pohon apel itu dan beristirahat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

Tersebut. Sebenarnya, pohon apel yang dimaksudkan di dalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka.Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuanmereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka,dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita didalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.Anda mungkin terfikir bahwa anak lelaki itu bersikapkejam terhadap pohon apel itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kepada kita. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun.

Aku dan Filem Melayu...


Semalam aku sempat meluangkan masa untuk tengok cerita Nur Kasih dan Dalam Mihrab Cinta. Orang lain dah lama tengok, aku baru nak tengok kan. Maklumlah sekarang dah kerja sambilan, tak sempat la nak tengok . Balik kerja je, terus tertidur keletihan. Takpelah, bukan cepat atau lambat tu yang penting kan, tapi apa pengajaran yang kita dapat ambil, tu lah yang paling utama. Betul tak. Aku tengok filem Melayu sekarang ni, bukannya mementingkan pengisian tapi keuntungan. Bila tayangan seminggu dah mencecah berjuta-juta ringgit mulalah heboh satu Malaysia. Filem tergempar tahun ni la, filem wajib tonton la, itulah, inilah. Padahal apa yang dibawa langsung tidak sampai malah lagi teruk, filem tu tak bagi apa-apa pun melainkan hiburan,gelak ketawa dan aksi semata-mata. Langsung tidak mengajak penonton untuk berfikir. Filem macam ni ok je bagi aku sebenarnya. Bila seharian penat bekerja, belajar atau buat aktiviti seharian, duduk sambil menonton filem sebegini, memang sesuatu yang boleh menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan. Tapi bila selalu dilambakkan dengan benda yang sama setiap masa, orang pun bosankan. Apabila ada filem Melayu baru keluar, seperti sudah tahu bagaimana ia berjalan. Tapi itulah filem Melayu. Memang kena terima hakikat.Alih-alih cinta. Alih-alih seram. Dan aku rasa filem seramlah yang paling banyak sehingga orang dah nak termuntah pun ada. Fikiran orang melayu sebenarnya telah diracuni cerita-cerita seperti ini sehingga nak pergi tandas malam-malam pun perlu berteman disebabkan hantu yang selalu malu untuk menampakkan dirinya sendiri. .huhu

Eh, dah jauh aku melalut ni. Sebenarnya nak cakap pasal filem-filem yang aku baru tonton semalam iaitu Nur Kasih. Aku sebenarnya bukan pengikut setia drama Nur Kasih ni macam kebanyakan orang. Jadi mungkin aura Nur Kasih tu aku tak berkesan dalam hati aku ni walaupun orang cakap filem ni bergerak dengan sendiri. Overall, bagi aku, filem ni ok je walaupun tak dapat buat aku menangis seperti orang lain. Ciri-ciri Islamik yang cuba dimasukkan memang bagus tetapi efek yang dilakukan tak berapa menjadi. Aku memang suka la apabila sebuah filem tu diterapkan dengan unsur Islamik dan berkisar tentang kehidupan. Kepada pelakon, tahniah sebab berjaya menjiwai watak walaupun aku rasa macam ada something je yang hilang.Tak tau la apa..huhu. Filem yang seterusnya aku sempat tengok ialah Dalam Mihrab Cinta dari Indonesia.Filem ni merupakan adaptasi dari novel oleh penulis terkenal Indonesia, Kang Abik yang turut menjadi pengarah filem ni. Bagi aku filem ni ok dan plotnya sangat simple. Watak utama dalam filem ni tidak terlalu diberi cabaran yang besar dan masalah yang dihadapi tidak terlalu serius. Tak seperti filem yang lain seperti Ayat-ayat cinta dan Ketika Cinta Bertasbih, watak utama lebih diberi banyak dugaan tidak kiralah dimasukkan ke dalam penjara ataupun bekerja siang malam untuk menyara keluarga..Bagi aku, kedua-dua filem memang best sebab banyak pengisian yang boleh kita dapat. Aku bukannya hendak membandingkan filem Malaysia dan Indonesia. Bagi aku dunia perfileman kedua-dua negara semakin lama semakin berkembang maju. Kedua-duanya ada cara yang berbeza dalam mempersembahkan karya masing-masing.

Aku tengok, Malaysia sangat kurang filem adaptasi dari novel seperti filem inggeris mahupun Indonesia. Adakah novel di Malaysia tidak berkualiti sehingga tidak boleh diangkat menjadi filem.Aku rasa ini tidak boleh menjadi alasan. Banyak novel di Malaysia mempunyai jalan cerita yang menarik sehingga mendapat status novel paling laris ataupun bestseller. Aku ni kalau cakap pasal filem adaptasi novel tak sah kalau tak sebut Ramlee Awang Mursyid kan. Bukan apa, nak sangat tengok novel RAM diangkat ke layar perak. Walaupun lebih kepada thriller, tetapi unsur Islamik tetap diterapkan. Wah, tak boleh bayangkan kalau Laksamana Sunan tu jadi live-action. Siapa yang sesuai jadi pelakon aku tak tahulah.Filem adaptasi novel dari Malaysia ni bukannya tak ada, ada sebenarnya.Tapi ia lebih kepada filem cinta. Contoh yang terbaru ialah Lagenda Budak Setan. Novel-novel yang lain lebih diadaptasi kepada drama. Mungkin ceritanya terlalu panjang sehingga terpaksa menjadi drama. Kenapa filem adaptasi novel kurang pulak? Mungkin pengarah di Malaysia takut hendak menerbitkan filem adaptasi kerana bimbang apa yang cuba dipertontonkan tidak sampai. Mungkin betul juga.Mana taknya, apabila tersilap buat atau ditokok tambah, maka akan berbunyilah suara-suara yang tidak senang didengar daripada peminat-peminat novel ataupun penulis itu sendiri.Maklumlah, penceritaan filem itu tidak mencapai ke tahap yang diiginkan. Kalau nak buat filem adaptasi novel pun susah baik aku buat filem sendiri, lagi senang kan..huhu.

Kalau di Hollywood, filem adaptasi novel seperti Harry Potter dah menjadi satu fenomena dunia. Sekarang pun dah sampai filem akhir yang akan ke pawagam tidak lama lagi. Tengok trailer macam gempak je.Huh! Tak sabar rasanya aku nak tengok walaupun aku bukanlah peminat tegar budak sihir yang popular ni. Malaysia bila lagi ye nak buat filem adaptasi yang hebat macam ni.Susah la awak, aksi yang betul-betul real memang susah nak buat dan lagi kena ada bajet yang banyak tau.Industri filem Malaysia tak setaraf lagi dengan Hollywood. Macam tu ye.emm. Kalau susah sangat sekurang-kurangnya buat la filem yang setaraf Ayat-Ayat Cinta ke. Aku rasa tak banyak pun aksi dalam filem tu..huhu. Nur Kasih tu macam mana?? Ermmm..Boleh la. Aku tengok sekarang banyak drama kat tv3 banyak menjurus kepada islamik dan keinsafan. Bagus la tu tapi kalau pelakon duk sama macam tu je tak berubah-ubah tak bagus juga tu kan. Kita bagi mesej yang baik kat orang lain tapi kita sendiri tak insaf.Macam mana tu. Apa-apa pun majulah industri filem untuk memartabatkan Islam itu sendiri.

p/s : Aku dengar filem baru KL Gangster, kutipan dah mencecah 10 juta, best sangat ke? Emm..

Memandu Kereta vs SMS..


TrittTrittt!! TrittTritt!! Telefon bimbit berbunyi menandakan mesej masuk. Namun, kereta kancil terus dipandu laju tanpa mempedulikan mesej yang menunggu untuk dibaca . Tiba saja di lampu isyarat merah, kereta diberhentikan. Handfon diambil dan mesej terus dibaca. Rupa-rupanya mesej tu dari kawan aku yang mengajak aku keluar. Kawan aku sorang ni memang dah lama tak jumpa, sejak sekolah menengah lagi. Masa cuti panjang ni la, nak lepak-lepak dengan kawan lama kan, bila lagi. Maklumlah tempat belajar lain-lain. Cuti pun lain-lain. Boleh la nak melepaskan kerinduan kan( yela tu). Kali ni je cuti sama. Sebabnya kerajaan nak selaraskan semua cuti kat ipta. Adoi, nak bagi cuti pun lama-lama kan. Habis hilang semua momentum nak belajar.Cuti. Siapa tak suka cuti kan. Tapi cuti sampai 4 bulan, siapa la yang suka. Kalau orang yang tak tau nak buat apa tu, memang boleh mati disebabkan kebosanan yang terlampau.

PonnPonn!! PonnPonn!! Bunyi hon kereta belakang menusuk telinga aku. Rupa-rupanya lampu isyarat dah bertukar hijau. Aku bermesej dengan kawan aku sampai lupa yang aku tengah bawak kereta.Keluar bab cuti pulak tu..huhu. Tengok kereta kat depan, semua dah tak ada. Memang patut la kena hon. Bila aku gerak je kereta, lampu isyarat berkelip-kelip menandakan warna merah akan mengambil alih. Aku terus pecut kereta. Tengok-tengok, kereta belakang tak lepas lampu isyarat tadi. Padan muka. Siapa suruh hon aku sangat kan. Jahat la pulak aku ni. Tak apa la, dah nasib dia kan.Mesti tengah marah sangat-sangat tu.Minta maaf banyak-banyak ya bang. Tak sengaja.

Bila kereta tengah bergerak, handfon terus berbunyi. Aku apa lagi, sambil bawa kereta sambil bermesej dengan kawan aku tu. Sebelah tangan pegang stereng dan sebelah lagi pegang handfon. Wah, dua dalam satu, hebat tu(hebat la sangat kan). Tiba- tiba, datang kereta Toyota Hillux masuk sebelah kanan aku. Laju pulak tu. Apa lagi, brek mengejut la aku jawabnya. Serius, aku tak perasan langsung kereta tu masuk tadi. Nyaris-nyaris aku nak langgar kereta tu. Berapa inci lagi tu. Bahaya betul. Lepas tu, aku terus off handfon. Sebab benda ni la, aku hampir nak makan kereta orang tadi. Itu la, siapa suruh buat jahat kat pakcik tadi, kan dah kena.

Peristiwa tu berlaku 2 hari lepas. Sampai sekarang, bila bawak je kereta, aku akan offkan handfon aku. Da insaf dah. Trauma hari tu tak hilang-hilang lagi ni. Aku nak cakap sikit kat sini la.Majoriti orang ni memang suka bermesej atau menggunakan handfon ketika memandu kereta termasuklah aku sendiri. Mana tak nya, bila ada je mesej masuk, perasaan curiosity tu membuak-buak kan. Siapa la mesej aku ni? Apa dia nak? Tu la, ni la. Walaupun tak nak baca mesej tu, tapi secara automatiknya kita akan membuka dan membaca mesej tersebut walaupun tengah memandu kereta. Tak ada pun perasaan macam ni : Ehh, ada mesej, takpelah, aku tengah bawak kereta ni, nanti sampai aku baca la ok. Sama lah kalau ada orang call, kita akan terus angkat kan. Call ni takpelah, dia ade handsfree, ok la sikit kan. Tapi bahaya dia sama je rasanya. Guna handfon masa memandu kereta ni bahaya sebenarnya. Mana taknya, fokus tu bleh hilang. Eleh, SMS tak sampai pun seminit, tu pun bleh hilang fokus ke. Yang tak sampai seminit tu lah yang boleh buat kita accident. Ingat! Bila bawa kereta tu, every second count ok. Jangan perasan kita dah expert bawak kereta, kita boleh berSMS dan buat sesuka hati. Risikonya tetap ada.

Di Malaysia, kita jarang dengar orang accident sebab berSMS tapi kalau kat US tu, ramai yang dah meninggal dunia dan sebabnya hanya satu, berSMS ketika memandu. Aku ada baca yang ada kajian menunjukkan penggunaan handfon ketika memandu sama saja seperti kita mabuk sebab benda ni memberi gangguan pada konsentrasi. Masa tengah, drive otak kita kena focus dan tumpuan kita akan terganggu bila berSMS di handfon. Kita akan kurang peka dengan persekitaran sebab asyik duk tengok kat handfon tu. Kalau tak tahan nak SMS sangat tu, elok berhentikan lah kereta kat tepi kejap ok. Aku baca ada orang yang SMS sambil bawak motorsikal. Wah, aku takleh bayangkan, macam mana la tu. Mat rempit pun tak boleh buat tu. Tapi berani buat berani tanggung la. No texting while driving ok. Handfon boleh la topup, tapi nyawa boleh ke nak top up?

Selamat Hari Ibu, Mak, Umi, Mama, Bonda...


Selamat Hari Ibu kepada ibuku Roselina Abu Bakar( I Luv U so Much)dan juga ibu-ibu di seluruh dunia. Siapalah kita sekarang ini kan tanpa didikan dan ajaran daripada seorang insan bergelar ibu.Kasih sayang seorang ibu memang tiada penghujungnya.Sempena hari ibu ni, aku nak berkongsi satu kisah berkenaan pengorbanan seorang ibu.Bacalah lah k.

Pada zaman dahulu, di sebuah perkampungan yang kecil, tinggallah seorang perempuan bernama Solehah dan anaknya ,Amru yang baru berusia 5 tahun. Suaminya telah meninggal dunia ketika di medan perang. Maka tinggallah Solehah dan anaknya sehelai sepinggan meneruskan kehidupan di sebuah rumah kecil peninggalan suaminya. Kerja solehah sebagai penenun kain menjadikan hidup mereka serba sedikit senang. Dia dan anaknya masih boleh mengisi perut dan menjalani kehidupan walaupun tidak semewah orang lain. Sekurang-kurang mereka tidak perlu mengemis untuk mendapatkan sesuap nasi. Jika ramai orang yang mengupah solehah untuk menenun kain, maka berisi lah perut mereka hari itu , tetapi jika tiada pelanggan, maka mereka terpaksa makan makanan simpanan sebelum ini yang sedikit untuk mengalas perut.Begitulah kerja Solehah yang tidak menentu setiap hari.

Pada suatu hari, tidak ada seorang pun yang datang ke rumah Solehah untuk mengupahnya menenun kain. Nasib baiklah, dia telah menyimpan sedikit roti untuk anaknya.

“Amru sayang, Umi minta maaf sebab hari ini hanya ada sedikit roti untuk amru makan, tapi Umi janji, esok kita makan nasi ya,” Solehah berkata kepada sambil menghulurkan beberapa keping roti untuk Amru.

“Umi, kalau Amru makan roti ni, Umi nak makan apa?” Amru menyoal ibunya yang masih tidak berhenti membelai rambutnya itu.

“Umi tak penting pun Amru. Amru makan kenyang-kenyang ya. Umi tengok Amru kenyang pun Umi rasa dah kenyang. Amru jangan risaukan Umi.” Solehah menjawab soalan Amru yang kelihatan masih setahun jagung itu. Bagi Solehah, dia tidak kisah untuk berlapar. Melihat anaknya ceria dan tersenyum setiap hari, itu sudah cukup membuat hatinya gembira.

“Umi, Amru janji, bila Amru besar nanti, Amru nak bekerja rajin-rajin. Amru nak bagi Umi makan enak-enak.” kata Amru pandai menjaga hati ibunya. Kemudian, dia menyuap sedikit roti ke mulut ibunya itu. Solehah hanya tersenyum dengan gelagat anak kecilnya itu.

Sejak kecil, Amru dididik dan dijaga oleh Solehah sepenuh kasih sayang. Dia diberi didikan agama yang sempurna dan diasuh bagai menatang minyak yang penuh, seekor nyamuk pun tidak dibiarkan hinggap di badan Amru. Baginya, Amru merupakan satu-satunya harta peninggalannya. Setelah beberapa tahun berlalu, Amru telah membesar menjadi seorang pemuda yang segak dan tampan. Solehah pula semakin lama, semakin tua tetapi keringatnya terus jatuh ke bumi mencari nafkah buat keluarganya.Perubahan mendadak ditunjukkan pada sikap Amru. Dia sering keluar untuk bersukaria bersama kawan-kawannya. Dia juga semakin degil dan selalu melawan cakap ibunya. Walaupun disuruh oleh ibunya untuk mencari kerja, tetapi nasihat ibunya yang tua itu langsung tidak diendahkan.Malah Amru sering menengking dan berkasar sehingga membuat ibunya itu terguris.

Solehah tidak tahu mengapa Amru bersikap sedemikian terhadapnya. Dia tidak pernah mengajar anaknya untuk berkasar. Setiap hari, dia berdoa agar tuhan sentiasa melindungi Amru daripada sebarang perkara yang tidak baik. Amru pula, langsung tidak berubah, selalu keluar berfoya-foya dengan kawan-kawannya. Dia akan ke pekan untuk menghabiskan wang yang diberi oleh ibunya untuk melakukan perkara yang tidak senonoh. Duit itu banyak dihabiskannya untuk berjudi.Disebabkan berjudi itu juga, dia selalu dipukul kerana tidak dapat membayar wang yang sepatutnya. Begitulah rutin harian Amru. Dia tidak serik untuk berjudi walaupun tahu akibatnya. Apabila balik ke rumah, badan Amru akan cedera dan luka di sana-sini akibat dipukul. Solehah jugalah orang yang akan merawatnya. Dia menyapu ubat di badan Amru sambil menitiskan air mata melihat anaknya itu. Semahunya, dia tidak ingin perkara itu berlaku pada anak kesayangannya itu.

“Sakitkah anakku? Umi sapu perlahan-lahan ya.Kamu sudah besar Amru. Umi, sudah beberapa kali pesan jangan berkawan dengan orang yang tidak elok akhlaknya. Kamu juga yang susah nanti,” ujar solehah memberi nasihat kepada anaknya itu.Begitulah kata-kata yang sama keluar dari mulut solehah tiap kali merawat Amru. Amru hanya membisu seribu bahasa. Kesakitan yang dialami menutup mulutnya.

Namun Amru tetap tidak berubah. Perangainya masih sama seperti dahulu. Kerap kali keluar ke pekan bersama kawan-kawanya untuk berjudi. Tiap kali dia berjudi tiap kali itu jugalah dia kalah. Nasib langsung tidak menyebelahinya. Dan tiap kali dia kalah tiap kali itu jugalah badannya akan menerima padahnya. Begitulah nasib Amru setiap hari. Nasib baiklah dia mempunyai seorang ibu penyayang yang masih mengambil berat akannya.

Setiap hari seperti biasa amru akan meminta wang daripada ibunya sebelum keluar.

Umi!! Amru nak wang lagi!! Cepatlah Umi, kawan-kawan amru tunggu Amru tu!! Tengking Amru kepada ibunya yang telah tua itu.

“Semua wang Umi sudah habis Amru. Wang semalam ialah wang terakhir dari simpanan Umi. Umi sudah tiada wang untuk diberi kepada Amru.” Jawab solehah pilu. Semua wangnya telah diberi kepada Amru tanpa sempat pun dia membeli sedikit makanan.

“Umi tipu!!! Umi masih ada wang tapi Umi tidak mahu beri pada Amru kan??!!” Tengking amru. Jawapan ibunya itu membuatkannya marah. Kemudian dia terus menggeledah seluruh isi rumah untuk mencari wang. Namun usahanya itu tidak berhasil kerana sekeping wang pun tidak berjaya dijumpai.

“Perempuan tua tak guna!!” Jerit Amru. Dia kemudian menolak ibunya sehingga rebah dan keluar dari rumah dengan perasan yang hampa. Amru benar-benar tertekan kerana jika tiada wang maka tiadalah keseronokan dalam hidupnya.

Di pertengahan jalan, Amru diberhentikan oleh seorang pemuda yang langsung tidak dikenalinya. Pemuda itu kelihatan kaya dengan pakaiannya yang mahal. Amru tidak sedar bahawa pemuda itu sebenarnya adalah syaitan yang menyamar sebagai manusia. Syaitan itu hanya ingin memerangkap amru.Bagi syaitan itu, Amru adalah orang yang sangat mudah diperdaya dengan harta dan wang.

“Apa sebenarnya yang kamu mahu ?” tanya Amru kepada pemuda segak yang berdiri di hadapannya.

“Aku hanya mahu menolong kamu. Bukankah kamu kesempitan wang sekarang? Aku mahu memberi kamu wang yang banyak.” Jawab syaitan itu memperdaya Amru.

“Memberi aku wang yang banyak?!” Amru terperanjat dan gembira.

“Ya. Wang yang banyak. Tapi dengan satu syarat.” Ujar syaitan bijak bermain dengan kata.

“Apakah syarat tersebut. Cakaplah apa yang tuan mahu? Segera juga aku penuhinya.

Syaratnya, bawa hati ibu kamu kepada aku dan wang yang banyak akan menjadi milik kamu.

Tanpa banyak berfikir, Amru terus berlari ke rumahnya. Tanpa belas kasihan amru membunuh menanam,dan mengambil hati ibunya.Ibu yang selama ini menjaga dan membesarkannya dengan penuh kasih sayang. Ibu yang sanggup berlapar demi anaknya. Ibu yang sanggup bekerja demi mencari sesuap nasi untuk anaknya.Ibu yang selalu merawatnya semasa sakit. Malah, ketika Amru pulang, ibunya sedang menyiapkan masakan kegemaran Amru tanpa terasa sedikit pun akan perbuatan Amru sebelum ini.
Amru sangat gembira kerana dengan hati ibunya itu, dia akan mendapat wang yang banyak. Dia terus berlari untuk mendapatkan pemuda yang berjanji dengannya tadi sambil membawa hati ibunya itu. Semasa berlari keseronokan membayangkan dia akan mendapat wang yang banyak, tanpa disedari Amru tersepak batu lalu terjelopok ke tanah.Dia mengerang kesakitan.

“Sakitkah anakku?” dengan izin Allah,tiba-tiba sahaja hati milik ibunya itu bercakap apabila melihat anak kesayangannya sakit akibat jatuh tersungkur.Dengan penuh kasih sayang hati itu terus bertanya. Soalan tersebut ditanya berulang-ulang kali sehingga membuatkan Amru terperanjat. Tanpa mempedulikan kata-kata hati itu, Amru terus mengambil dan membawanya kepada pemuda yang menyamar sebagai syaitan. Syaitan berasa amat gembira sekali kerana misinya berjaya. Sebagai balasan Amru diberikan wang yang banyak sebagaimana yang telah dijanjikan.

Dengan wang yang banyak itu, Amru meneruskan kehidupannya dengan berjudi. Akhirnya sekelip mata sahaja wang banyak yang diberikan oleh syaitan tadi habis digunakan. Seperti biasa Amru akan dipukul. Apabila balik ke rumah, tiada lagi kedengaran suara bimbang ibunya. Tiada lagi ibunya untuk merawat segala luka-luka di badannya. Tiada lagi ibunya untuk memasak makanan kegemarannya. Tiada lagi ibunya untuk membelai-belai menidurkannya. Akibat sikap Amru yang suka berjudi, rumahnya dijual. Akhirnya Amru menjadi pengemis dan mati di tepi jalan akibat kelaparan.

Begitulah kisah menyayat hati seorang ibu dan anaknya. Kisah kasih sayang ibu kepada anaknya yang tidak berbelah bagi. Kisah pengorbanan seorang ibu. Betapa sayangnya seorang ibu kepada anaknya itu sehingga hati masih mampu berkata-kata, risau melihat anaknya sakit. Kita pula bagaimana? Sayangkah kita pada ibu kita? Pernahkah kita membuat ibu kita menangis? Pernahkah kita bayangkan kanak-kanak yatim piatu yang tidak mempunyai ibu? Bagaimanakah nasib mereka? Kita ni sememangnya bertuah kerana mempunyai ibu. Jadi hargailah ibu anda sebaik-baiknya.

Kisah aku dan hantu gigi..


Malam tadi aku terjaga secara tiba-tiba. Jam masa tu menujukkan pukul 2.20 a.m. Adoi, macam mana la boleh mimpi pelik pulak kan. Jangan fikir bukan-bukan. Bukan mimpi basah k. Tu la tido tak basuh kaki sangat kan.(Selalu bukan basuh pn kan..huhu) Nak tau mimpi ape. Mimpi pasal hantu gigi.(jgn gelak k) Bukannya seram pun, kelakar ada lah. Siap joget-joget lagi hantu tu. Macam budak-budak la pulak kan mimpi pasal hantu gigi ni. Nak buat macam mana kan, da nak mimpi pasal bende tu. Nasib baik la tak mimpi pasal hantu kak limah kan, tak pun hantu karipap.(lagi la tak takut) Bila hantu tu nak mesin gigi aku, aku terus je tersedar. Terbangun je dari tido, sesuatu yang tidak diingini berlaku. Benda ni buat aku tak boleh tido sampai lah ke pagi.

Nak tau ape. Jeng3!!. Sakit gigi datang menyerang pada malam bulan mengambang. Patut pun aku mimpi pasal hantu gigi, rupa-rupanya, sakit gigi nak datang.Datang tak dijemput pulak tu. Sekurang-kurangnya bagi la salam dulu kan. Aish. Pastu,aku buat la bende yang sepatutnya. Berkumur la, berus gigi la, taruk ubat la, tu lah, ni lah. Tapi sakit ni memang kebal sangat-sangat. Tak mahu hilang jugak. Tension betul. Sakit woo..nak tido pun tak boleh. Kenape la sakit gigi ni bukan macam sakit perut ye. Kalau sakit perut, masuk jamban, buang ape yang sepatutnya, terus hilang kan. Ni tak, da buat macam-macam, tapi lagi sakit ada la. Tak boleh duduk diam aku semalam. Nasib baik la ada match bola kan, tapi gigi punya pasal, selera bola aku pun hilang ditelan kesakitan yang boleh menggugat keimanan.

Sebenarnya, gigi geraham aku yang satu ni memang dah berlubang pun. Tu pun disebabkan peristiwa malang yang dikatakan tak berbau tu. Nak cerita ke. Cerita je lah sikit.Cecite cecite. Sebelum ni aku ada la makan kat warung kat hostel aku. Kalau tak silap, malam tu aku makan nasi ayam kicap yang sedap.(perlu ke?) Makan punya makan, Krakk!! Tetiba je ada satu bunyi yang tidak disenangi. Masa tu tak rasa ape-ape lagi. Bila kunyah balik, tengok-tengok, aku tergigit batu yang jahat dan tidak berperikebatuan. Sampai berlubang gigi aku dibuatnya. Sakit sangat-sangat. Walaupun sakit, nasi malam tu berjaya dihabiskan dengan perasaan yang sedih memikirkan gigi aku yang malang ni. Kenapalah malang tak berbau kan. Kalau berbau wangi ke tetiba, boleh la aku detect awal-awal kan.(Salahkan pada bende yang tak sepatutnya).

Keesokan harinya, aku terus pergi klinik gigi UIA, tempat aku belajar. Maklumlah percuma kan. Aku pun tak tau la kenapa orang suka sangat benda percuma ni. Kalau sumua nak free macam mana la nak maju kan. Berbalik pada klinik gigi tadi, disebabkan doktor gigi yang banyak songeh, aku pun balik lah dengan gigi yang masih berlubang. Ada ke patut dia cakap buat appointment dulu la, tunggu tiga minggu lagi la, buat kat klinik luar la, awak comel la.Betul la ape yang doktor cakap tu kot. Mana la aku tahu bende-bende ni, maklumlah, pergi klinik gigi pun bukan selalu. Last pun masa aku kecik dulu. Sampai sekarang aku tak pergi klinik gigi lagi. Bukan ape, rasa macam da tak sakit kan gigi tu. Makan pun macam tak ada pape. Lubang kat gigi tu pun macam tertutup dengan sendiri..huhu. Sehinggalah semalam, bila sakit gigi kembali menghantui orang yang baik hati ini. Pagi tadi aku terjaga pukul 6.30. Dalam gigi yang sakit tu, boleh jugak aku tertido ye. Bagus la. Yang paling penting gigi aku da tak sakit.Happy!!

Sekarang untuk sudut pengisian. Ermm..sekarang baru aku perasan, yang aku tak pernah sakit gigi. Kali terakhir sakit gigi pun masa umur 6,7 tahun dulu.Lainlah kalau gigi tu baru nak tumbuh kan. Memang sakit la. Aku rasa majoriti orang pun macam ni.Jarang sakit gigi. Disebabkan perkara itu jarang berlaku, maka soal menjaga gigi macam kurang dan tidak diendahkan sangat. Betul. Kita selalu memberus gigi. Tapi perkara tu dah macam satu kewajipan kan. Memang la, siapa nak mulut berbau kan. Cuba bayangkan kalau kita bangun pagi mulut tak berbau dan plak-plak kat gigi tak ada. Adakah kita kisah untuk memberus gigi? Lagi satu, adakah memberus gigi itu sudah cukup untuk kita menjaga gigi? Contohnya macam aku ni. Aku ni dalam kategori tak pandai jaga gigi walaupun aku gosok gigi tiap hari sebab aku makan tak ingat dunia sehingga gigi boleh rosak. Nak cakap kat sini, nikmat yang Allah bagi tu tak kiralah gigi ke, apa ke, kita kenalah jaga baik-baik. Bila dah sakit barulah sedar betapa indahnya nikmat gigi tu kan. Masa elok dulu tak ambik kisah pun nak menjaganya kan. Itu lah manusia. Walaupun ujian tu datang lambat kita kenalah selalu bersedia kan macam gigi kita ni. Walaupun tak selalu sakit gigi, kita kenalah pandai menjaganya.Dulu, bila kawan tanya kat aku. Sakit apa yang paling sakit? Aku jawab sakit leher.Betul la kan. Tapi bila ditanya balik soalan yang sama lagi, for sure aku akan jawab.. sakit gigi !!!

Ciptaan tamadun lampau yang canggih..


Aku ada baca satu artikel yang mengisahkan betapa majunya tamadun terdahulu. Dengan banyak ciptaan-ciptaan yang canggih, benda ni sebenarnya unbelievevable. Betul ke ni. Macam tak caye je..huhu. Tapi bila aku buat research pasal robot Ma daifeng, ada betul la jugak kan.Aku kongsi artikel ni dengan korang.Mungkin ramai yang dah baca, tapi aku baru baca. Ketinggalan betul aku ni.huhu. Aku ni memang suka sangat-sangat baca pasal sejarah ni, sebab tu nampak macam teruja je..pape je la..

Penemuan saintis dan ahli arkeologi sejak beberapa tahun kebelakangan ini seolah-olah menafikan tanggapan umum yang dunia silam adalah dunia mundur, tidak bertamadun serta belum terdedah kepada teknologi.Malah, saintis kini semakin kebingungan memikirkan penemuan artifak purba menjurus kepada kenyataan yang keadaan dunia kuno sebenarnya sudah begitu maju dari segi sains dan teknologi malah mungkin lebih futuristik daripada zaman sekarang!Kenyataan itu memang sukar dipercayai tambahan pula kita dimaklumkan yang era perkembangan sains dan teknologi hanya bermula sekitar 200 lalu malah teknologi komputer berasaskan elektronik saja hanya bermula sekitar 1940.

Akan tetapi, artefak purba serta catatan kuno yang ditemui saintis menceritakan sebaliknya – masyarakat zaman purba sudah memiliki teknologi hebat serta maju dalam pelbagai bidang terutama sains.Bagaimanapun, atas sebab tertentu yang masih menjadi misteri, zaman purba yang serba canggih dan futuristik itu akhirnya lenyap sehingga dunia kembali menjadi mundur, tidak bertamadun dan jauh daripada perkembangan teknologi.Sehinggalah kira-kira 200 tahun lalu, manusia kembali meneroka rahsia sains dan dunia sekali lagi melangkah ke arah perkembangan teknologi. Berikut adalah antara penemuan teknologi silam yang menunjukkan seolah-olah dunia purba lebih maju atau menyamai kemajuan teknologi ketika ini:

Penemuan bateri dari Baghdad, Iraq
Pada 1930, ahli arkeologi Austria, Dr Wilhem Konig yang menjalankan kerja mencarigali di daerah Khujut Rabula, dekat Baghdad; menemui suatu objek aneh tertanam di tapak itu. Objek itu terdiri daripada silinder tembaga, batang besi serta aspal yang disusun dalam sebuah bekas tanah liat seperti tempayan kecil setinggi 14 sentimeter (sm) dan berdiameter lapan sm.

Penyelidikan lanjutan mendapati objek aneh itu ternyata berfungsi seperti bateri malah bateri kuno itu dianggarkan berusia 2,000 hingga 5,000 tahun lalu! Penemuan menggemparkan itu secara tidak langsung mencabar sejarah berikutan bateri dikatakan pertama kali dicipta pada 1800 oleh Count Alessandro Volta.Penemuan itu juga secara tidak langsung menunjukkan masyarakat purba yang wujud 5,000 tahun lalu sudah menemui tenaga elektrik sekali gus ‘menafikan’ Michael Faraday sebagai individu pertama menemui induksi elektromagnetik dan hukum elektrolisis pada 1831.Uji kaji mendapati bateri kuno itu mampu menghasilkan tenaga elektrik antara 1.5 volt hingga dua volt.

Kalkulator kuno.
Pada 1901, penyelam di perairan pulau Antikythera, Greece menemui artifak berusia lebih 2,000 tahun dari sebuah runtuhan dasar laut. Artifak menyerupai jam itu dikaji penyelidik, Derek J De Solla Price dan didapati ia berfungsi sebagai ‘kalkulator’ yang menghitung pergerakan bintang dan planet.

Reaktor nuklear berusia dua juta tahun.
Pada 1972, sebuah reaktor uranium yang sudah wujud sejak dua juta tahun lalu ditemui di Oklo di Republik Gabon, Afrika.Kajian reka bentuk dan struktur lombong purba itu mendapati ia dapat mengekang radioaktif daripada tersebar malah teknologi reaktor dan kaedah digunakan pada zaman purba itu jauh lebih canggih daripada kaedah reaktor nuklear digunakan pada zaman kini.Penemuan itu menimbulkan persoalan sama ada manusia pada dua juta tahun lalu sudah menguasai teknologi atom dan menggunakan sumber nuklear sama ada sebagai sumber tenaga untuk kegunaan harian atau peperangan.

Kanta optik
Di lokasi sama dengan penemuan bateri kuno di Baghdad, Iraq; turut ditemui kanta optik purba yang dihasilkan kira-kira 2,200 tahun lalu.Kanta purba sebesar kira-kira dua ibu jari itu dijumpai dengan bahagian kacanya sedikit retak. Sebelum penemuan menggemparkan itu, kanta dikatakan pertama kali dihasilkan di Eropah pada abad ke-16. Bagaimanapun penemuan kanta kuno itu menunjukkan masyarakat purba sudah lama mengetahui kaedah menghasilkan kanta serta mengaplikasikannya dalam kehidupan.

Jantung buatan
Di dada kiri mumia anak lelaki dalam sebuah piramid Mesir, penyelidik menemui jantung buatan. Sejarah ilmu perubatan pada masa kini memperlihatkan jantung buatan hanya dihasilkan beberapa puluh tahun lalu tetapi penemuan itu memungkinkan jantung buatan sudah dihasil dan dipasang pada 5,000 tahun lalu.

Robot

Pada zaman pemerintahan Kaisar Mu (976 hingga 922 SM) di China, pencipta berbakat, Ma Daifeng menghasilkan aplikasi robotik yang dibina tetapi berasaskan mekanisme mekanikal. Robot yang dibina dapat bernyanyi dan menari seperti manusia, membawa peralatan kepada tuannya selain mempunyai organ tubuh seperti tulang, otot, sendi, kulit dan rambut.Turut dicipta Ma Daifeng pada zaman berkenaan adalah alat merekod jarak perjalanan selain aplikasi untuk industri kilang yang mampu bekerja tanpa kawalan manusia.

Ada apa dengan buku..


Semalam aku sampai ke Kelantan dari Kuala Lumpur jam 7 malam. Aku ke Kl dengan menaiki kereta api dan balik ke Kelantan dengan menaiki bas. Walaupun sebelum ni aku pernah menaiki kereta api dan bas tetapi aku tidak pernah membuat perbandingan antara keduanya. Naik kereta api ni satu, makan masa yang lama dan tak ada ruang untuk aku solat(kena la solat duduk). Dah la makanan kat dalam mahal.(Sape suh makan sgt kan) Kalau naik bas pulak sebaliknya la kan walaupun semalam aku sampai lambat .Tapi yang penting aku akan mendahului bas dari kereta api. Emm..apalah yang aku merepek pagi-pagi ni kan. Tajuk entri aku hari ni berkenaan dengan buku. Aku pergi ke Kl pun hanya dengan satu tujuan iaitu ke Pesta Buku Antarabangsa dan seterusnya membeli buku dan apa-apa sahaja yang berkaitan dgn buku seperti novel dan majalah. Nak cakap aku ni peminat buku atau novel yang tegar, takdelah sgt kan. Tapi bila aku dah pegang buku ni, memang tak ingat benda lain la jawabnya.Dulu aku ni memang tak suka baca buku lagi-lagi buku yang tebal-tebal kan.Masa zaman sekolah dulu, bukan main lama lagi nak habiskan satu novel Komsas yang wajib dibaca tu.Tapi bila masuk ke alam universiti, mulalah berjinak-jinak dengan buku. Maklumlah dah besar dan matang kan. Lama-kelaman tu baru rasa baca buku ni best jugak ye.Buku yang dimaksudkan kat sini ialah buku seperti novel, buku islamik, travelog, biografi, buku pasal sejarah dan macam-macam lagi yang sewaktu dengannya. Buku pasal pelajaran macam biologi takde ke? Emm..buku pelajaran dan buku-buku yang diterangkan kat atas ni lain sikit..hehe.Maksud aku buku-buku ni boleh dibaca untuk santai-santai dan relaks bukan macam buku pelajaran yang perlukan keseriusan.

Bercakap pasal buku ataupun novel, aku lebih suka pada novel yang berunsurkan thriller, seram dan penyiasatan di samping novel yang diselitkan unsur-unsur islamik. Maaf la sebab novel cinta ataupun jiwang yang plot hampir sama semuanya kurang berkesan pada jiwa aku. Aku ingat lagi novel pertama yang aku baca ditulis oleh Ramlee Awang Mursyid(RAM) bertajuk ADAM kalau tak silap. Aku memang suka genre thriller yang diterapkan. Sehingga hari ni, novel RAM menjadi kegemaran aku dan novel RAM jugalah yang paling banyak kat rak buku aku. Bermula dengan RAM seterusnya Hlovate, Habiburrahman, Faisal Tehrani, Hilal Aysraf dan macam-macam lagi. Sekarang aku tengah membaca novel tulisan Bahruddin Bekri. Bagi aku, novel dia lebih bercerita tentang kehidupan sambil dimasukkan unsur-unsur humor yang memang kelakar. Bagi kaki-kaki novel, penulis-penulis kat atas memang tak asing lagi gn diorang dan bagi yang kurang membaca novel, jgn buat-buat kenal plak sebab korang memang tak kenal pn..huhu.

Bila sampai je kat bookfair, mata aku terus melilau ke sana-sini. Mana taknya, buku memang banyak sangat-sangat.(Dah namanya bookfair kan..huhu). Syarikat penerbitan yang membuat penjualan memang banyak la. Karangkraf, PTS, Galeri Ilmu, DBP dan macam-macam lagi la.Siap ada dewan sendiri plak tu.Tak habis kalau sehari berjalan. Dah la promosi dan diskaun pun banyak kan, borong buku la aku jawabnya hari tu.Dah la sebelum pergi tu, da ada list buku yang nak dibeli walaupun tak cukup bajet. Sedar tak sedar bila nak balik tu, plastik buku penuh kat tangan. Habis duit banyak-banyak pun tak kisah janji puas dapat buku yang dimahukan. Padahal buku-buku kat rumah pun tengah menunggu untuk dibaca kan..huhu. Takpelah, dah alang-alang datang dari jauh kan, lagi pn setahun sekali je bookfair besar camni.Dengar orang cakap, RAM akan datang untuk merasmikan novel barunya, Sutera Bidadari. Tapi masa tu, aku dah balik la.Sabar je la. Yang bestnya, bila naik komuter tu, ramai sangat orang macam tin sardin. Dengan buku yang banyak dan dihimpit berpuluh-puluhan orang, aduh..bayangkanlah sendiri. Boleh pengsan aku. Akhirnya sampai juga aku di rumah kawan aku dengan selamat bersama buku-buku yang tersayang..huhu

Bercakap pasal novel ni jugak kan, aku tengok novel-novel pada zaman sekarang ni tak sah kalau judul dia takde perkataan cinta kan. Karipap-karipap cinta lah, planet-planet cinta lah, Laskar cinta lah dan macam-macam lagi la yang ada cinta. Sikit-sikit cinta kan.Kalau tak cinta, sayang kan. Sesuatu yang berputar pada benda yang sama. Bosan betul.Nasib baik judul facebook cinta takde lagi..huhu. Adakah orang Melayu ni suka sangat pada cinta ni sehingga novel pun perlu ada cinta. Kalau tak, tak beli kan. Orang cakap judul novel yang ada cinta akan lebih laris jualannya. Betul ke.? Kalau aku ke kedai buku, novel yang ada judul cinta-cinta ni aku tak terdetik pun nak tengok dan belek-belek sebenarnya. Lainlah kalau novel tu bagus kan, macam Bumi Cinta ke. Novel Melayu sekarang sudah sisinonimkan dengan novel cinta. Walaupun isi tidak bercerita tentang cinta tetapi tajuk perlu ada cinta. Mungkin perkataan cinta ada tarikan yang tersendiri sehingga membuat orang mahu membelinya. Don’t judge a book by its cover? Betul ke? Zaman sekarang, orang membeli buku melihat pada cover dia. Itu first impression. Lepas tu tengok judul buku pulak. Kalau ada cinta, buku itu dibelek-belek dan begitulah sebaliknya. Then,tengok penulis pulak kan. Kalau penulis yang tersohor, novel tu terus dibeli tanpa banyak tanya kan.Apa-apa pun, majulah industri novel untuk Negara..huhu

Belajar daripada kesilapan?


Jarum jam menunjukkan lebih kurang pukul 1.40 ptg apabila aku tersentak dari tido. “Zarif..tolong ambik adik kat sekolah pukul 1.15 nanti ok”. Pesan mak masih tergiang-ngiang dalam kepala aku. Wahh! Nampaknya memang dah terlewat sangat-sangat la aku ni. Macam mana la aku boleh tertido pulak kan. Mungkin rancangan Melodi sangat bosan sehinga membuat aku terlelap.(Tak best la plak Zizan jadi pengacara ni) Setelah bersiap secepat mungkin, aku terus memecut kereta sehingga ke tahap pemandu F1. Maklumlah cuaca bukan main panas lagi, kesian plak kat adik aku tunggu lama-lama ni. Dalam sedar tak sedar aku memecut kereta, tiba-tiba aku perasan ada sekatan jalan ataupun roadblock yang dibuat oleh polis.Ni memang takda keje la ni, tak pun polis-polis ni dah habis duit kot.Nasib baik la diorang ni tak perasan aku bawak laju tadi. Bila lalu je kat depan polis, kereta aku disuruh berhenti kat tepi jalan. Aku pelik jugak kan, apa la salah aku plak ni. Nak tau. Rupa-rupanya, aku tak pakai tali pinggang keledar. .hahaha.Tak kelakar langsung pun. Serius aku langsung tak ingat nak pakai. Maka bermulalah adegan soal menyoal dengan polis ni. Macam-macam abang polis ni tanya aku. Terpaksalah aku membuat-buat muka simpati ditambah dengan dialog sedih yang dibuat-buat(pakai hentam je). Akhirnya aku terlepas dan terus memecut kereta sambil memakai apa yang sepatutnya. Aku sampai kat sekolah dalam pukul 2.30 ptg. Cari punya cari adik aku ni, rupa-rupanya, dia tengah main kejar-kejar dgn kawan-kawan dia. Seronok pulak tu. Ceh..buat penat je risau tadi. Dah la main polis entri. Aku dah la nyaris-nyaris nak kena saman boleh pulak die jadi polis.

Peristiwa yang diceritakan ini berlaku semalam. Kalau nak tahu, ini merupakan kali keempat aku ditahan oleh sebab yang sama. Tidak memakai tali pinggang keledar. Tiga kali oleh polis dan sekali oleh JPJ. Tiga kali di Kelantan dan sekali di Kuantan. Wah3..Hebat la jugak aku ni.(hebat la sangat kan). Nasib baik lah semua terlepas. Kalau tak, memang melayang la duit aku RM300.Cuba bayangkan tak pakai seatbelt pun dah kena saman RM300 kan. Kalau salah lain lagilah banyak kan. Nasib baik aku pandai cakap kan ditambah lagi dengan muka aku yang nampak baik ni.(Yela tu) Bila difikirkan balik, nak tergelak pun ada. Padahal bukan main terketar-ketar bila nak jawab polis tanya kan.(saya jnji tak buat lagi cik..hahaha) Polis-polis kat Malaysia ni boleh la dikatakan baik dan berperikemanusiaan. Bagus-bagus, ni yang aku suka sangat-sangat ni. Kalau nak saman, saman Dato-dato yang pakai kereta Mercedes ok, aku pakai kereta kancil je.hehe

Persolan timbul kat sini. Ade ke istilah belajar dari kesilapan sebenarnya. Kalau orang buat silap contohnya, ramai orang akan cakap, “ Relak la, takpe, kalau kau tak buat silap, bila lagi kan kau nak belajar. Sekurang-kurangnya benda ni buat kau lagi matang. Betul ke sebenarnya? Kalau aku la, bila aku dah buat silap, memang aku tak boleh lari dari mengulanginya. Tengok la sendiri peristiwa aku dengan tali pinggang keledar tu. Ni aku cakap pasal diri aku sendiri la. Tak tau la orang lain macam mana kan. Tapi bagi aku la, aku tengok majoriti orang ni, memang tak belajar daripada kesilapan. Mereka akan terus mengulanginya tak kiralah dua kali, tiga kali, mahupun seribu kali. Contohnya kat sini, kalau perompak dimasukkan penjara. Apabila mereka dibebaskan, mereka akan terdorang untuk terus merompak sebab itulah tabiat mereka. Lagi di sini, seseorang yang dulunya penuh dengan dosa dan bergelumang dengan maksiat, mahu berubah menjadi lebih baik dan mendekatkan diri dengan agama. Tapi kelama-lamaan, tabiat lama kembali dan menghimpit diri. Penyesalan dan perubahan yang dulu berlaku hanya sementara. Apabila ditimpa bala, ia akan insaf tetapi kelama-lamaan kembali ke tabiat lama. Begitulah proses pertukaran yang silih berganti. Begitu mudah.Itulah namanya manusia. Kesilapan yang dulu tidak digunakan untuk dijadikan pengajaran, malah terus melakukan kesilapan yang lebih besar.

Kata orang, orang yang melakukan silap dua kali boleh dikategorikan dalam orang yang bodoh. Mana taknya kan, dia buat silap tapi buat lagi. Tak ke bodoh tu namanya(terkena dgn btg hidung sendiri). Senang cakap kat sini, manusia memang tidak boleh lari dari melakukan kesilapan tapi kita boleh berusaha sedaya upaya untuk tidak mengulanginya kan.Memang susah tapi tidak mustahil kan kita boleh buat. Nothing is imposibble right..Chaiyok2!! Yang penting, kena tahan dgn polis buat kali ke lima sebab tak pakai seatbelt tidak akan berlaku dalam hidup aku lagi buat selama-lamanya.

Jujurlah dalam bergurau


Bergurau. Semua orang suka bergurau kan. Selepas seharian penat bekerja atau belajar, gelak ketawa, bergurau bersama-sama kawan memang sesuatu yang menjadikan kita lebih ceria dan gembira. Bercakap pasal bergurau ni, ada satu istilah yang berbunyi, bergurau tu biarlah bertempat. Orang yang kematian keluarga contohnya, tiba-tiba sahaja kita bergurau sesuatu yang tidak patut. Lagi, kita bergurau dengan seseorang tetapi tiba-tiba sahaja kena marah kan.Itu maknanya, kita kenalah pandai bergurau mengikut situasi kan.

Aku ikut juga la raja lawak kat tv ni. Aku tengok ade beberapa kumpulan yang suka membuat lawak berbaur lucah dan mengutuk orang lain. Memang la lawak yang dibuat tu kelakar tapi aku memang tak suka apabila unsur sebegitu diselitkan, tak elok rasanya. Mereka menghiburkan orang ramai dengan benda yang tak sepatutnya kan. Benda seperti ni sepatutnya tidak boleh dipermain-mainkan sebab ia boleh menimbulkan sesuatu yang tak baik.

Dalam Islam, bergurau ini boleh dilakukan sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w, baginda sering mengajak isteri dan para sahabatnya bercanda dan bersenda gurau untuk mengambil hati serta membuatkan mereka gembira.Namun, canda baginda tidak berlebihan dan masih ada batasnya.

Bergurau dengan niat yang benar dan tidak berlebihan.
Mulakan sesuatu amalan itu dengan niat yang benar, termasuklah ketika bergurau senda. Contohulah Rasulullah s.a.w dan teladanilah suruhannya. Perbuatan ini akan menjadi sia-sia jika ia tidak dilandasi dengan syariat yang diberikan. Usahlahh berlebihan ketika bergurau kerana ia akan mengeraskan hati serta menjatuhkan kewibawaan kita di hadapan orang lain.

Jangan bergurau dengan orang yang tidak suka bergurau.

Setiap orang mempunyai sifat yang berbeza-beza. Sesetengah orang suka bergurau dan ada juga yang tidak suka dan lebih serius sikapnya.Justeru, bataskan perbualan dan kenali sifat orang lain terlebih dahulu ketika bergaul.Jangan biarkan gurauan kita itu mendatangkan masalah pada perhubungan.

Hal-Hal yang diharamkan ketika bergurau.

1.Bercanda atau bermain-main dengan syariat Allah SWT.


Orang yang bermain atau mengejek syariat Allah, Al-Quran atau Rasullullah serta sunnah, maka sesungguhnya dia kafir kepada Allah SWT. Allah SWT telah berfirman, maksudnya:

“ Dan jika kamu tanyakan kepada mereka(tentang apa yang mereka lakukan), tentulah mereka akan menjawab, “Sesungguhnya kami hanyalah bergurau senda dan bermain-main saja.”Katakanlah apakah denagn Allah, ayat-ayatNya dan rasulNya kamu selalu berolok-olok?” Tidak usah engkau meminta maaf, kerana engkau telah kafir sesudah beriman..”(At-Taubah: 65-66)

Ayat ini turun berkaitan dengan seorang lelaki yang berdusta denagan mengatakan bahawa Rasulullah dan sahabatnya orang yang paling ‘buncit perutnya,’ pengecut dan dusta lisannya.Padahal lelaki ini hanya bermaksud untuk bercanda sahaja. Namun bergurau dengan mengejek syariat agama adalah dilarang bahkan akan menjatuhkan pelakunya pada kekafiran.

2.Berdusta ketika bergurau

Ada sebahagian orang yang meremehkan dosa dusta ketika bercanda dengan alasan,ia bertujuan untuk menceriakan suasana. Perkara ini telah dijawab oleh sabda Rasulullah s.a.w.

“ Aku memberi jaminan sebuah taman di tepi syurga bagi orang yang meninggalkan debat meskipun ia berada di pihak yang benar, sebuah istana di bahagian tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta meskipun dia bercanda, dan istana di bahagian atas syurga bagi seseorang yang baik akhlaknya.” (Riwayat Abu Daud)

Rasullullah s.a.w juga bergurau, namun tetap jujur serta tidak ditambahi dengan kata-kata dusta.Baginda bersabda, “Sesungguhnya aku juga bercanda, dan aku tidak mengatakan kecuali yang benar,”(Riwayat At-Thabrani)

Dalam hadis lain Rasulullah s.a.w bersabda, “Celakalah seseorang yang berbicara dusta untuk membuat orang tertawa, celakalah ia.” (Riwayat Ahmad)

3.Menakut-nakutkan orang ketika bergurau.

Tidak dibolehkan seseorang itu menakut-nakutkan orang lain dengan bergurau.Bayangkan jika orang itu terkejut sedangkan dia mempunyai sakit jantung. Sudah tentulah perkara ini membawa kemudaratan yang lebih besar, iaitu meninggal secara tiba-tiba. Rasulullah s.a.w pernah bersabda,

“Janganlah salah seorang dari kalian mengambil barang milik saudaranya baik bercanda ataupun bersungguh-sungguh, barangsiapa mengambil barang saudaranya hendaklah dia mengembalikannya.” (Riwayat Abu Daud)

10 Racun Popular

10.Kacang Castor

Minyak Castor digunakan sebagai perasa tambahan di dalam gula-gula dan coklat. Kajian telah menemukan bahawa buah tanaman itu, biji Castor mengandungi tahap supertoxic dan beracun. Jika satu biji buah itu dimakan, bisanya boleh mengakibatkan kematian. Namun, menurut nombor dari American Association of Poison Control Centre (AAPC) hanya dua korban berkaitan dgn buah ini tercatat dalam tempoh 1999-2004.

9.Belladonna

Dengan nama yang bererti wanita cantik, ekstrak dari tanaman belladonna digunakan pada zaman Renaissance sebagai produk kecantikan. Apabila diterapkan pada mata ia membesarkan anak mata dan memberikan penampilan bermata lebar kepada perempuan. Penggunaan yang tidak masuk akal dan berbahaya dari tanaman ini sering membuat pemikir zaman sekarang mengagumi kebodohan nenek moyang mereka. Biasanya keracunan dari belladonna terjadi kerana beberapa orang yang salah telah menganggap bahawa daun ini kononnya mempunyai daya halusinasi yang tinggi. Hal ini hampir membuat penggunaan belladonna untuk membesarkan anak mata tampak masuk akal walaupun ia sebenarnya tidak.

8.Bisa labah-labah Fiddleback

Kurang dari setengah inci panjang, Fiddleback adalah salah satu labah-labah yang paling berbisa di dunia. Berasal dari 25 negara (terutama bahagian selatan dan barat-tengah), gigitan dari Fiddleback biasanya tidak menimbulkan rasa sakit tetapi, selepas lapan jam, mangsa akan kesakitan. Kematian kini jarang, berkat kemajuan dalam rawatan perubatan. Namun, dengan gigitan yang menggalakkan gejala muntah-muntah, lecet, delirium dan nekrosis - labah-labah ini sebaiknya dihindari.


7.Ikan Buntal

Bahagian beracun dari buntal adalah tetraodontoxin yang ditemui dalam ovarinya. Racun ini tidak musnah apabila dimasak meskipun para ahli pakar mengatakan, jika isi perut dikeluarkan sebelum dimasak, ikan biasanya tidak berbahaya. Digunakan dalam hidangan Fugu Jepun, buntal hanya boleh dimasak dan disiapkan oleh chesf khusus yang terlatih dan berlesen. Walaupun demikian, dari tahun 1955 hingga 1975, ada lebih dari 1,500 kematian disebabkan oleh memakan hidangan Fugu tanpa persiapan yang sempurna.


6.Heroin

Sejenis racun yang mempengaruhi sistem pernafasan. Heroin menekan pusat sistem saraf dan mencipta perasaan euforia(gembira).Kadar kematian yang tinggi di antara pengguna Heroin membuatkan ubat ini sukar untuk difahami. Gejala termasuk kejang, penglihatan terganggu, tekanan darah rendah, koma dan kematian akibat kegagalan pernafasan.

5.Hemlock

Hemlock adalah racun yang digunakan untuk mematikan Socrates.Dalam Water Hemlock, kepekatan tertinggi racun cicutoxin boleh ditemui pada akar dan satu gigitan ini boleh menyebabkan kematian pada orang dewasa. Water Hemlock boleh menyebabkan kejang-kejang dan kematian. Poison Hemlock menyebabkan kegagalan otot dan kematian.

4.Bisa Ular

Ketoksikan gigitan ular bergantung pada banyak faktor,termasukklah dari panjang masa berlalu sejak terkena gigitan, sehingga ke tahap bahaya ular meyerang mangsanya. Ular yang paling beracun adalah ular viper dan cobra. Gejala keracunan gigitan ular termasuk pembengkakan, kegagalan organ, muntah-muntah, pendarahan dari mata dan hidung dan gusi serta kesakitan jelas di lokasi gigitan ular tersebut.Menariknya, ular putih jantan bertanggungjawab untuk lebih 3/4 dari korban gigitan ular.

3.Arsenik

Dalam sejarah, arsenik merupakan pilihan kegemaran pembunuh dan selalu menjadi salah satu alat kegemaran dalam digunakan dalam cerita misteri pembunuhan. Di England, ia sentiasa tersedia dan bebas dibeli dari ahli farmasi untuk membantu dalam infestasi tikus. Jejak arsenik yang terdapat di dalam tisu manusia adalah elemen kedua puluh yang paling biasa ditemui badan. Apabila digunakan sebagai racun, gejala termasuk muntah, ketidakselesaan pada perut, muntah-muntah dan cirit birit berdarah.

2.Strychnine

Salah satu bentuk racun yang lebih popular pada awal abad kedua puluh, strychnine menyerang pusat sistem saraf dan menyebabkan reaksi refleks berlebihan. Dengan dos yang betul, mangsa boleh mati dalam sepuluh hingga dua puluh minit - yang mengalami penderitaan contortions dan pergolakan kematian.Strychnine adalah senjata pembunuhan dalam misteri pertama Agatha Christie- The Mysterious Affair at Styles. Racun ini bertindak cepat, rawatan yang berkesan sekarang adalah tidak mustahil. Ia hanya boleh dilihat sebagai senjata pembunuhan cekap dalam fiksyen.

1.Cyanide




Cyanide membunuh dengan mencegah sel-sel darah merah dari menyerap oksigen. Hal ini menghasilkan proses yang dikenali sebagai kapsul cyanide "Internal asphyxia." Cyanide digunakan dalam Perang Dunia II oleh perisik sebagai pilihan melarikan diri mudah untuk mengelakkan daripada ancaman penyeksaan dan kematian. Rasputin diberikan dos cyanide yang seharusnya mematikan. Apabila tidak ada kesan sampingan yang dihasilkan, musuh-musuhnya memutuskan untuk menembak dan melemaskannya.Pasukan CSI dapat mengesan keracunan cyanide tanpa meninggalkan pejabat atau melihat mangsa. Namun, untuk suatu bentuk rekaan keracunan, dan untuk kemasyhuran, cyanide layak duduk di nombor satu dalam senarai ini.

Sumber: toptenz

Biar apa pun yang berlaku, life must go on..


Dah sebulan rasanya tak update blog aku ni. Maklumlah sbuk dgn asgnment, kuiz, exam dan macam2 lagi. Sekarang exam dah abis dan cuti pn dah bermula, maka bolehlah aku mula bermanja2 dengan blog aku ni. Cuti kali ni boleh la dikatakan agak lama. Walaupun ramai orang yg suka, tapi aku betul2 tak suka cuti lama-lama ni. Momentum blaja tu boleh hilang tau. Maklumlah, cuti ni bukannya kisah untuk membelek buku pn. Lain lah novel kan..haha

Semalam aku sampai kt rumah dalam pukul 5.30 ptg. Perjalanan dari Kuantan ke Kota Bharu dengan memandu kereta memang sangat2 memenatkan. Sampai je rumah terus rebah. Perjalanan kali ni cuaca memang pelik sikit.Bukan sikit tapi banyak. Bukan apa, kejap hujan, kejap tak hujan. Kadang2 tu hujan turun bukan main lebat lagi, tak nmpak ape-ape pn.Nak bwak kereta pn takut kn. Kadang2 tu plak hujan turun tak sampai seminit lpas tu terus berhenti. Yang kelakarnya plak, aku balik rumah kali ni dengan roadtax yang dah mati(last2 minit baru perasan..haha) Bukan sebab tak nak buat tapi ayah aku cakap roadtax tu ke buat baru kt Kelantan. Maka, baliklah jugak aku. Nak buat mcm mne kn, klau tak, tak terbalik rumah la aku jawabnya. Cuak jgak aku, kalau2 ada polis buat roadblock, macam mne la aku nk mnjawabnya. Tapi akhirnya aku sampai jgak di rumah dengan selamat.

Yang kelakarnya, bila sampai rumah tu, aku check la lesen kereta aku. Tgok2, dah mati rupanya. Lesen kereta aku mati bulan 3 lagi.Mcm mna la aku tak prasan kan. Ini maknanya, aku bawak kereta dengan roadtax dan lesen yang dah mati. Wahh..hebat gila aku ni. Kalau kena tahan polis baru padan muka. Esoknya je terus pg wt lesen baru..haha. Pengajarannya di sini, hidup ni mesti berani ambil risiko. Betul ke ni..huhu. Banyak la kau.Bukan2, kita ni kalau nk buat sesuatu kne la ade persediaan. Ni baru betul kn. Klau nk exam contohnya, kne la wt preparation kn. Sampai tumbuh airbag kt bwh mata baru betul kn(yela tu). Kalau kita nak balik jauh plak, mesti kita check kereta kita kan. Angin tayar ngan air cukup ke tak. Minyak plak kne isi penuh. Macam2 lagi la. Tapi bukan 2 je, roadtax ngan lesen kereta pn kene la check gak kn. Kes aku ni lain skit..hehe( Berani buat berani tanggung la)

Sedar tak sedar, rupa-rupanya, aku dah menghabiskan setahun masa aku di uia kuantan ni. Bila fikir balik, kejapnya masa berlalu.Rasanya mcm smlam bru masuk kt uia ni. Pejam celik, pejam celik, tengok2 dah abis sem 2.Maknanya aku ada 3 tahun lagi untuk kahwin.. Eh..silap2 untuk abis belajar..hahaa. Ermmm, klu nk dibandingkan dengan sem yg lepas, aku rasa sem 2 yg aku habiskan ni mcm ade smething yang lain. Aku pn tak tau la ape yg len tu. Mybe perasaan aku je kot. Klu cerita bab study ni, aku rasa sem ni, lebih kurang je mcm sem yg lepas. Kadang2 semangat dan kadang2 tu memang malas giler. Byk tido..huhu. Nnt kne ubah niat balik ni. Sem 2 ni aku amik 5 subjek pn da kelam kabut,sem depan tak tahu la mcm mne. Tgk subjek sem depan mcm lagi banyak je.Sabar je la kan.Dah namanya blaja.

Aku rase dalam sem 2 ni, last2 minggu nak exam baru aku semangat nak study.Siap pergi library lagi tiap2 hari. Study kat bilik memang tak bleh concentrate lgsg. Pengajarannya di sini, hidup kne la sentiasa konsisten. Macam kita tengok drama korea contohnya kn, arini tgk satu episod, esok satu episod lg dan berterusan la sampai habis. Kalau kita mkn ubat untuk menguruskan badan plak, kne la selalu makan kn. Baru la effect tu nmpak kn. Ini tak, bila ubat tak bagi effect ape2, mulalah bising, salahkan itu la, ini la. Pdhal kita sendiri yang tak konsisten makan ubat tu kan. Macam tu la jugak blaja kan, kne la selalu konsisten. Ini tak, bila time nak exam, bru nak kelam kabut stdy. Tapi inilah lumrah kalau mnjadi seorang pelajar. Lain yang difikir lain plak yang dibuat kan. Ape- ape pun, aku suka sgt dengan ayat ni. Biar ape pn yang berlaku, life must go on.

Salam Maulidur Rasul...


Kisah Rasulullah S.A.W sebagai pengajaran;

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

Kalau orang kita : Nak tampal sendiri- jangan harap.Suruh bini jahitkan dan kalau bini pun tak pandai jahit - hantar kedai, silap-silap simpan jer dalam almari untuk dibuang.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

Kalau orang kita: Membebel sambil buka astro atau baca surat khabar menunggu bini masak.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'

Kalau orang kita : Balik masjid lepak-lepak dulu di warung kopi sambil cerita politik.

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya
Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' )
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.'
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

Kalau orang kita : Start motor/kereta terus minum kat kedai pekena roti canai.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w.
'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? '

Kalau orang kita: Degil eh? Nah amik kau dish dish..


6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Kalau orang kita : Semakin ada pangkat mula nak cari perempuan lain, bini kat rumah dah mula nak lupa.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.

Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'

'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan
bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini
sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

Kalau orang kita : Lagi tinggi pangkat lagi power, cakap jer nak makan apa.

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

Kalau orang kita : Sure geli dan tak lalu makan.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Kalau orang kita: Pijak kepala lembu

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

Kalau orang kita : Lagi berkuasa makin lupa Allah. Kalau dulu tak pandai pergi disko kini dah pandai, kalau dulu tak pandai main golf sekarang sarapan pun kat tepi padang golf.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

Kalau orang kita: Konon dia seorang yang alim . Syurga belum confirm tetapi pandai menggelar orang lain sesat dan ahli neraka.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?'
Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

Kalau orang kita : Lupa diri adalah hamba.

Tingginya darjat Rasullullah SAW, kisah ini sebagai renungan sahaja memang tidak boleh dibandingkan kita ni umat Baginda berbanding dengan Rasulullah SAW sendiri tapi cuba sama-sama muhasabah diri kita.

Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKAN LAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT.

Lelaki yang dijanjikan syurga..


Pada suatu malam Nabi s.a.w telah memperkenalkan seorang lelaki penduduk asal kota Madinah.Wajah lelaki itu amat bersih serta janggutnya disisip begitu rapi.

“ Malam ini saya ingin memperkenalkan salah seorang calaon penghuni syurga” kata Nabi sambil menoleh ke arah lelaki itu.

“Lelaki ini adalah calon penghuni syurga” kata Nabi s.a.w kepada sejumlah sahabat yang ada setelah sembahyang Isyak. Antara sahabat yang hadir pada malam itu Anas bin Malik dam Abdullah bin Umar.Mereka begitu tertarik untuk menyelidiki ibadat lelaki itu. Mereka tertanya sesama sendiri mengapa lelaki itu ditunjukkan. Dan apakah jenis ibadat yang telah dilakukannya sehingga belum lagi dia wafat dia telah dipastikan akan masuk syurga.

Lelaki itu bukanlah seorang alim. Malah ibadatnya biasa saja. Dan tidak pula terlihat hal-hal istimewa pada dirinya selama ini. Malahan, ketika Nabi s.a.w memperkenalkannya tadi dia telah bersiap-siap hendak pulang ke rumah.Adakah Rasulullah hendak bergurau? Mustahil baginda berkata sesuatu andaikata baginda tidak mendapat wahyu.Maka ucapan Nabi pada malam itu pastilah berdasarkan wahyu dari Ilahi. Sebab hanya Ilahi asajalah yang berhak menentukan seseorang manusia itu masuk syurga atau neraka.

Dan yang lebih mengkagumkan para sahabat terhadap lelaki itu ialah kerana bukan malam itu sahaja Nabi menyatakan lelaki itu sebagai calon penghuni syurga.
Malah keesokan paginya apabila Nabi bertemu dengan para sahabat dia akan tetap menyatakan perkara yang sama.

Maka Abdullah bin Umar semakin ingin menyelidiki ibadat lelaki itu. Adakah lelaki itu cuma berlagak seperti orang biasa di masjid dan di rumahnya dia selalu beribadat kepada Allah s.w.t. Dan adakah dia begitu tulus sehingga tak sedikit pun daripada ibadatnya boleh diketahui orang.

Dan Abdullah bin Umar pula tak sanggup menahan keinginannya, apabila Nabi sekali lagi memperkanalkan lelaki itu sebagai calon ahli syurga.Setelah selesai mengerjakan sembahyang Isyak pada malam itu Abdullah bin Umar mengikut lelaki itu dari belakang keluar dari masjid. Lelaki itu berasa hairan melihat telatah Abdullah lantas dia pun bertanya:

“Saya ingin menginap di rumah saudara malam ini.Apakah saudara sudi menerima saya sebagai tamu selama tiga malam”, tanya Abdullah.

“Sungguh besar hati saya kerana saudara sudi bermalam di rumah saya” sahut lelaki itu kehairanan.

“Apakah saudara benar-benar hendak bermalam di rumah saya” tanya lelaki itu lagi untuk mendapatkan kepastian.

“Sungguh, memang saya ingin bermalam di rumah saudara. Rasullulah telah memperkenalkan saudara sebagai orang yang paling baik. Dan saya ingin mencontohi ibadat saudara kerana saya pun ingin masuk syurga”, jawab Abdullah.

“Tapi, saya tidak ada ibadat lain selain dari apa yang saudara saksikan” jelas lelaki itu lagi.

“Tapi saya ingin menginap di rumah saudara.”

“Kalau begitu silalah ke rumah saya” balas lelaki itu lagi.

Abdullah bin Umar yakin dia akan menyelidiki ibadat lelaki itu. Sebaik sahaja dia sampai di rumah lelaki pada malam itu, dia terus meminta izin untuk tidur lebih awal.Ini kerana dia hendak mengintip ibadat lelaki tersebut. Dia berpura-pura tidur tetapi dia sendiri tidak mengantuk. Dia tetap mengintai dan memasang telinganya secara berhati-hati.

Menurut Anas bin Malik, Abdullah telah mengintip lelaki itu tiga hari tiga malam tanpa tidur, tetapi tidak ada suatu pun istimewa yang dilihatnya.Lelaki itu tidak pernah berzikir, membaca Quran bahkan dia juga tidak bangun bersembahyang tahajud yang sangat disukai Rasulullah.

Pada malam pertama sejak Abdullah membaringkan diri, lelaki itu turut baring di sebelahnya. Tetapi semasa Abdullah berpura tidur dilihatnya lelaki itu telah benar nyenyak.

Tetapi tatkala dia terjaga tengah malam saya perhatikan apa yang dilakukan oleh lelaki itu,” kata Abdullah bin Umar.

“Apa yang saudara saksikan” tanya Anas.
Sangkaan saya meleset, saya sangka dia akan melakukan pelbagai ibadat rupanya dia cuma bangun sekadar membalikkan badannya dan setelah itu dia mengucapkan “Ya Allah” kemudian dia tidur semula’ jawab Abdullah.

“Pada malam kedua bagaimana” tanya Anas lagi.
“Pada malam kedua pun dia terbangun tengah malam dan setelah menyebut nama Allah dia kembali tidur semula.”

“Dan malam ketiga pula bagaimana” tanya Anas inginkan kepastian, “Malam ketiga pun dia tidak melakukan apa-apa, tidak ada bezanya diantara malam pertama dan kedua,”
Tapi Abdullah bin Umar menduga boleh jadi lelaki itu tidak melakukan pelbagai ibadat kerana jiwanya teramat ikhlas.Maka sebelum dia meninggalkan rumah lelaki itu, Abdullah pun bertanya:

“Wahai saudaraku, saya ingin sekali mengetahui ibadatmu.Sudilah kiranya saudara menerangkan hal-hal yang boleh pula membawa saya ke syurga,”

“Tidak ada ibadat saya selain daripada apa yangsaudara saksikan” jawab lelaki itu bersungguh-sungguh.

Setelah mendengar jawapan lelaki itu, Abdullah pun tidak bertanya lagi. Setelah itu dia pun mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu kerana telah sudi menerimanya sebagai tetamu selama tiga malam.Tetapi sebelum Abdullah pergi dari situ, lelaki itu memanggilnya seraya berkata:

“Saudara ..memang tiada ibadatku selain daripada apa yang saudara saksikan dengan mata dan kepala saudara sendiri.Tetapi di samping itu, saya tidak pernah iri hati terhadap sesiapa pun, jelas lelaki itu ringkas.

Merah padam muka Abdullah bin Umar mendengar pengakuan lelaki itu. Sikapnya selama tiga malam berturut-turut jelas memperlihatkan betapa iri hatinya dia terhadap lelaki tersebut.

Dia meminta maaf kepada lelaki tersebut dan berjanji akan mempertingkat bukan sahaja ibadat malah sikapnya itu sendiri yang masih lemah. Dia juga gembira kerana turut mendapat pengajaran yang sangat berguna pada hari itu.

Lelaki itu dijanjikan Allah syurga hanya kerana satu alasan, dia langsung tiada perasaan iri hati dan buruk sangka kepada orang lain.

Kita pula bagaimana? Sikap irihati, cemburu mahupun dengki memang tidak boleh lari dari kehidupan seharian kita. Apabila melihat seseorang berjaya, mula lah kita tidak senang duduk. Perasaan cemburu membuak-buak dalam diri kita. Aku belajar bukan main nak rak lagi, dia relax je, tapi kenapa dia dapat keputusan tinggi dari aku? Aku kerja bukan main rajin lagi, dia goyang-goyang kaki je,tapi kenapa dia pula yang naik pangkat? Itulah inilah. Macam-macam yang keluar dari mulut kita kan. Sedar tidak sedar, hidup kita telah diracuni oleh perasaan cemburu itu sendiri. Dalam akhbar, terpampang muka depan, isteri dibunuh oleh suami, isteri terjun bangunan disebabkan suami curang, anak perempuan dilarikan kekasih lama, macam-macam lagilah berita yang terpapar. Semua hanya kerana satu sebab. Cemburu. Bukan itu saja, filem mahupun drama-drama tempatan, semuanya menyelitkan unsur cemburu sebagai plot utama. Watak jahat timbul kerana cemburu kepada watak baik.Tidak kiralah kehidupan seharian ataupun di pejabat. Maka bermula unsur khianat, sabotaj, pergaduhan adik beradik dll. Mmg senang hendak meramal filem melayu bagaimana. Kalau tiada unsur cemburu memang kelihatan janggal. Sesungguhnya sifat cemburu memang susah untuk dibuang dalam diri kita. Tapi kalau berusaha untuk membuangnya dari sehari ke sehari memang tidak mustahil sifat cemburu boleh hilang kan. Always feel happy to see others people happy. It’s not hard right?
 
Aku dan Kau Berbeza... | TNB