Subscribe News Feed Subscribe Comments

Hujan..



Hari ini hujan turun jua setelah lama menyepi di sebalik sinaran cahaya matahari. Titisan air yg turun renyai-renyai menjadikan suasana yang sepi, berlagu perlahan-lahan oleh derapan air hujan yang langsung tidak malu untuk berhenti. Tanah yang dahulunya kelihatan gersang, segar kembali disapa oleh kelembutan dan kesejukan air hujan. Pokok2 bagai hidup semula disuntik oleh kemesraan ciptaan bernama air. Hujan seolah-olah memberi kekuatan kepada setiap penghuni alam untuk terus berjalan dan meneruskan kehidupan. Bagi insan yang bernama manusia, hujan memberi seribu satu jawapan kepada semua persoalan. Namun, hujan juga diertikan bagai sesuatu yang menimbulkan kekacauan dan kegundahan. Tatkala hujan, tiada apa yang bermain di fikiran selain kebasahan yang merimaskan. Rancangan yang berkaitan terpaksa dibatalkan hanya kerana satu sebab, hujan. Memang satu lumrah kehidupan yang sentiasa penuh dengan ketidakseimbangan. Satu kenyataan yang memang langsung tidak dapat dinafikan oleh pemikiran. Hujan disukai tetapi pada suatu ketika dibenci oleh hati-hati yang masih tidak mengerti akan keindahan dan keunikan ciptaan Ilahi.

Aku. Apa sebenarnya hujan bagiku. Ia sesuatu yang nyaman dan mendamaikan. Penyejuk kepada segala kekusutan yang bersimpulan. Hatiku bagai dibuai-buai oleh sesuatu perasaan yang tidak dapat dibayangkan tatkala hujan bersiulan. Hujan mengingatkanku akan suatu kenangan silam yang memang tidak dapat aku padamkan dari ingatan. Otakku masih segar akan coretan yg memang mengeletek perasaan.

Saat itu, aku masih bergelar pelajar sekolah rendah. Memang sudah menjadi rutin harianku menunggang basikal ke sekolah. Pada suatu pagi, hujan turun lebat sekali, seakan-akan menafikan pemergianku ke sekolah. Walaupun disapa ayah untuk sama-sama menaiki kereta bersama adik ke sekolah, namun hatiku tetap berdegil untuk menunggu hujan serik dan seterusnya pergi ke sekolah dengan basikal kesayanganku itu. Maklumlah, dah menjadi kebiasaanku ditambah lagi dengan rancanganku untuk berjalan-jalan bersama rakan2 selepas tamatnya sesi persekolahan. Apabila ku lihat hujan yg lebat beransur-ansur reda, aku apalagi, terus memecut basikal ke sekolah yang boleh la dikatakan dekat dengan rumahku itu. Namun, nasib agaknya tak menyebelahi aku kerana hujan yg bagaikan sudah letih itu tiba-tiba sahaja menjadi buas.

Aku terus menjadi kelam kabut mencari tempat untuk meneduhkan diri. Pada masa itu, aku langsung tidak berfikir apa-apa, kosong, hanya memecut basikalku selaju yg mungkin untuk sampai ke destinasi. Hari itu, nasibku begitu malang sekali, hujan yang tiba2 saja lebat itu, mengaburkan pandangan mataku sehingga menyebabkan basikalku terbabas ke dalam parit berdekatan dengan sekolah. Semua pakaian aku, buku2, habis basah kehitaman dek air longkang. Aduh, memang malu sangat2 time 2. Aku siap menangis lagi, maklumlah, budak kecik lagi. Mujurla masa 2, ada pakcik yang tolong aku. Hari 2, seperti biasa, aku tetap pergi ke kelas, setelah menyalin pakaian yg dibawa oleh ayahku yg terpaksa dtg secara tiba2. Dia bukannya simpati kt aku, siap perli aku lagi. Kesian kt aku masa 2. Nasib baikla xde ape yg cedera, kecuali basikalku yg terpaksa dibaiki setelah bermandi air longkang bersama tuannya yg tersyang..huhu.



Begitulah, kisah malang aku semasa hujan. Tak pasal2 kena mandi air longkang free. Bila time hujan je, mesti aku ingat dua benda, satu pasal accident ngn basikal ni la, n satu lg pasal benda yg memang sedih sgt2. Nntla, klu hujan lg, ak cite k. So, jgn plak cakap yg aku ni benci kt hujan. Dendam ckit2 2 ade la..huhu. Aku ni sebenarnya suka jgk la kt hujan, tp tgk keaadan la..da~

p/s : Klu band hujan 2memang aku suka dengar lagu diorag…hu3

Ada Apa Pada Nama

Nama.Apa yang istimewa sangat pasal nama ni. Jika difikirkan, nama sebenarnya memainkan peranan penting dalam membentuk seseorang insan tu. Bila nama 2 dah elok, perangai pn elok la kan. Macam 2 la sebaliknya. Orang kata nama tu sebenarnya doa. Bila dah org duk asyik pggil 2, jd doa la kn. So, pernahkah korang tau ape sebenarnya makna nama korang? X penting? Iskh, memang la benda ni x masuk exam but if korang sorang yang alert, korang memang patut tahu apa sebenarnya maksud yg tersirat dalam nama yg diberikan oleh kedua ibu bapa korang yg tercinta itu. Dalam islam ni, memang banyak sangat nama2 yg mempunyai makna yang baik. Bunyinya pun sedap didengar. Kalau korang nak tau, cari la sendiri buku Islamic yg bagi semua nama sekali ngan maksudnya tu. Klau aku, nama diberi Tengku Zharif. Tengku 2 memang xde kaitan lgsg pn sebab tu keturunan. Klu Zharif 2, ade la makna die yang tersendiri. Zharif 2 makna die Kebijaksanaan. Aku ni bijak ke? Xdela sgt, but klu org dah pggil tiap2 ari, mne tau jadi btul2 kan. Doala katakan..huhu. Aku ade surf satu wbsite ni, kelakar la jugak cara die define nama. Aku dah test, n memang ade la ckit2 perangai aku yg sama dengan apa yg diorang cakap. Tp bende ni xyah la percaya btul2, sekadar untuk ske2 jew. So, apalagi, test la nama korang, n tgk, sama x dgn perangai korang..huhu

Contohnya cmni :

Nama Ali..

A - Agak pendiam sekira terdapat sesuatu perkara bermain-main dalam fikiran mu.

L- Kamu amat percaya pada cinta.

I- Kamu murah dengan senyuman dan sentiasa membuat orang lain tersenyum.




Senarai Huruf

A - Agak pendiam sekira terdapat sesuatu perkara bermain-main dalam fikiran mu.

B- Berhati-hati apabila bertemu individu yang baru dikenali

C- Kamu masih sembunyikan sesuatu dalam diri kamu.Kamu masih lagi belum menonjolkan bakat atau kebolehan yang ada dalam diri kamu sepenuhnya.

D- Kamu bermasalah untuk mempercayai orang lain.

E- Kamu tergolong dalam kategori individu yang menyeronokkan.

F- Semua orang menyayangi kamu.

G - Kamu memiliki cara yang tersendiri untuk memerhati dan menilai individu.

H- Kamu tidak mempunyai kepakaran dalam mengadilli sesuatu perkara.

I- Kamu murah dengan senyuman dan sentiasa membuat orang lain tersenyum.

J - Opps.. kamu agak cemburu orangnya.

K - Kamu gemar mencuba sesuatu perkara yang baru.

L- Kamu amat percaya pada cinta.

M- Kejayaan hadir dengan mudah dalam kehidupanmu.

N- Kamu gemar bekerja tetapi kamu sentiasa inginkan waktu untuk berehat.

O- Kamu tergolong dalam kategori individu yang berfikiran terbuka.

P - Kamu seorang yang peramah dan amat memahami.

Q- Kamu amat hipokrit. Awas!!!

R- Kamu gemar bersosial dan berhibur.

S- Kamu memiliki tahap pemikiran yang luas dan jauh kehadapan.

T- Sikap kamu adakalanya agak mengjengkelkan orang disekeliling mu.Hindari dari sikap suka berlagak mu itu!

U- Kamu sentiasa berperasaan bahawa kamu harus setanding dengan individu disekelilingmu walaupun ia diluar kemampuan diri mu yang sebenar.

V- Wow! Kamu memiliki rupa dan fizikal yang menarik!

W- Kamu sentiasa mementingkan waktu-waktu yang ada. Kamu akan cuba mempergunakannya sebaik mungkin.

X- Kamu tidak suka pada arahan. Bagi kamu, kamu tidak perlukan arahan orang lain dalam hidup ini!

Y- Kamu sering menimbulkan pelbagai masalah kepda orang lain bahkan diri kamu sendiri.

Z- Kamu sentiasa bergaduh dengan seseorang!

So, cmne? Testla..huhu Ni aku punya..

Tengku Zharif

T- Sikap kamu adakalanya agak mengjengkelkan orang disekeliling mu.Hindari dari sikap suka berlagak mu itu!

E- Kamu tergolong dalam kategori individu yang menyeronokkan

N- Kamu gemar bekerja tetapi kamu sentiasa inginkan waktu untuk berehat.

G - Kamu memiliki cara yang tersendiri untuk memerhati dan menilai individu

K - Kamu gemar mencuba sesuatu perkara yang baru.

U- Kamu sentiasa berperasaan bahawa kamu harus setanding dengan individu disekelilingmu walaupun ia diluar kemampuan diri mu yang sebenar.
Z- Kamu sentiasa bergaduh dengan seseorang!

H- Kamu tidak mempunyai kepakaran dalam mengadilli sesuatu perkara

A - Agak pendiam sekira terdapat sesuatu perkara bermain-main dalam fikiran mu.

R- Kamu gemar bersosial dan berhibur.

I- Kamu murah dengan senyuman dan sentiasa membuat orang lain tersenyum.

F- Semua orang menyayangi kamu.

Erm, byk la jgak yg serupa ngan aku ni. Tp kelakar la plak. Ade ke, aku ni suka gaduh ngan org. Mne de. Gaduh ckit2 2 ade la, but bkn ade pape pn. N satu lagi, aku ni mengjengkelkan ke? Hu3, aku sndri pn x tau, mgkn ade, mgkn xde. Kne la tnya kwan aku..huhu. Lagi satu, aku ni sosial la plak die bg. Hahaaa, x prnah dibuat dlm hdup aku. But yg penting sume org syg kt aku..huhuhu. (Bende ni sekadar utk ske2, klu xbtul 2, jgn la nangis lak)

OH ya, satu lg aku nk ckp, nama aku dlm bahasa jepun ialah GENPAKU HACHIROBEI. HaHaaaaa, pelikkan bunyinya. Aku pn xtau la nape cm2. Kelakar pn ade. Klu Korang nk tau nama korang dalam bahasa jepun tekan disini. Tp klau bunyinya buruk, jangan salahkan aku lak....huhuhu..Da~

Malang Tidak Berbau??

Bagai jatuh ditimpa tangga.Itulah peribahasa yang aku rasa paling sesuai dan cocok untuk diberikan kepada ak. Malah,bukan tangga ak rasa tp bagai peti sejuk yang menghempap aku.Aku pun tak tau kenapala nasib aku begitu malang sangat2 pada minggu lepas, lebih malang drp org yang paling malang di dunia kot..huhu
Berikut merupakan senarai malang aku yang dikatakan tidak berbau itu..

Selsema

Keselsemaan yang aku alami merupakan satu penyeksaan.Ini bukanlah satu rungutan, tapi luahan seorang insan yang sgt tak tahan dengan ketidakselesaan.Aku pn tahu, ini merupakan satu ujian, tapi masih tak dapat menahan ketidakkesabaran yang sentiasa mendatang.Mana tidaknya, bila time selsema menyerang, aku bagai tak sihat satu badan. Selsema ni buat aku langsung tak boleh duduk diam. Cubalah korang bayangkan, tiap-tiap hari pn takde mood, sebab kena berhadapan dengan selsema yang ntah pape ni.Lagi satu, terpaksalah menyusahkan diri untuk memakan ubat yang ntah berkesan ntah tidak.Klu tak, tak sembuhla jawabnya kan. Bila time makan plak, tak kenyang-kenyang.Sebab apa? Sebab selera makan aku yang buas 2 tetiba je hilang. Ditambah lagi dengan keberairan hidungku ini yang tak pernah serik untuk berhenti.Nak buat kerja pun tak senang. Sakit ati tau. Asyik naik turun, naik turun je hidung aku ni. Ape yg naik turun 2? Cecair pekat dalam hidung aku ni la. Ble time solat je, benda ni asyik menggangu aku. Tak kusyuk aku dibuatnya. Ble pegi clas pulak, tisu wajib berada dalam genggaman. Buat aku langsung tak selesa. Dah 2, asyik bersin je keje aku. Aku pn tak tau la pesal, selsema aku ni tak sembuh2. Napela sistem imunisasi aku ni lemah sangat hah? Diorang ni tak buat keje ke? Ntah pape la aku ni, menyalahkan benda yang tak sepatutnya plak. Hari yg paling2 tension ialah ble tekak aku plak yang sakit. Asyik batuk je x tak henti-henti. Dah la nak makan pn sakit tau. Masalah btul. Masa terus berlalu dan selsema aku akhirnya menunjukkkan tanda-tanda dapt ditewaskan. Huh..lega betul aku tau. Klu tak, siapla selsema ni aku kerjakan. Aku ni, bru selsema sikit dah macam2...huhu. Dapat selsema H1N1 2 kan bru ko tau macam mne peritnya hidup. 10 kali ganda lebih teruk dari selsema ko tu laa...


Handphone Kehilangan

Aku sendiri pn tak tau la kenapa HP aku ni tetiba je ble hilang.Seingat aku, HP aku tak pernah pn melarikan diri walaupun sekali drpd tuannya yg baik hati ini. Kejadian yang pilu ni berlaku pada hari selasa klu aku tak silap la. Bila, HP tu hilang dari pandangan, apa lagi, kelam kabut la aku mencari-cari ke sana sini. Habis aku punya bilik dikerjakan. Bwah katil, dalam locker, celah-celah buku dan bawah karpet pn tak terkecuali. Semuanya menjadi sasaran. Geledah punya geledah, tak jugak jumpa2. Maklumlah, benda yg hilang 2 pn, bukannnya besar tp kecik je. Masa 2, sumua orang menjadi tempat pertanyaan. Tetapi semua jawapan tidak menggembirakan. Aku tension betul time 2. Nak menangis pun ada. Tp mane boleh la kan, tak macho la. Malu kat orang. Walaupun HP 2, takde la mahal, tp aku sayang sgt2 kt HP 2 tau. Mana tidaknya, HP 2, hadiah mak aku yang bagi tau masa dapat result PMR dulu. Masa first time dpt HP 2, korang tak tau, gembira melompat-lompat aku tau. Mana tidaknya, dah lama aku menginginkan sebuah gadjet bernama HP. Nak mesej ngan kawan-kawan la katakan. Pdahal saje je nak bergaya. Aku sebenarnya ada satu lagi HP yang bolehla dikatakan mahal dan sophistikated. Nak baik la bukan yang ni hilang. Klu tak menangis tak berlagu la aku jawabnya. Bila difikirkan balik, kt mane sebenarnya aku letak HP aku ni. Fikir punya fikir, tak la jugak ingat2. Maklumla, memori aku ni bukannya banyak sangat.Kne pakai external kot bru bleh ingat. Aku ada la jugak cuba call HP aku 2, mne la tau, ade org yg baik ati terjumpa ke. Tp panggilan aku x terangkat-angkat, masuk voicemail je.Cuak jugak aku, kalau2 org yang jumpa HP aku 2 dah buang die punya simcard. Tak nak la aku fikir benda yg bukan2, kan jadik btul2 bru tau. Aku reda je la. nak wt cmne kn, benda da berlaku. Aku pn x bleh wt pape, kne berusaha je la. Pada hari kedua aku kehilangan HP, semasa berjalan-jalan ngan my frens, tetiba ada la sorang sister ni tegur aku. Die cakap HP aku tertinggal kt CC dan ada ngan die. Fuh, gembira btul aku. Jumpa jugak HP kesayangan ak ni. Nape la aku ble lupa ltak kat situ pulak. Ntah pape la aku ni, len kali kne la berhati-hati, sebab aku ni memang gopoh dan kalut orgnya. Silap2, lepas ni, hilang makwe la pulak...huhu

Duit Kehabisan

Ni, satu lagi perkara yang boleh la dikatakan paling malang berlaku pada aku. Klu korang nak tau, aku ni memang boros sgt2. Klu tengok benda yang best je, semua aku nak beli. Macam budak kecik la plak, tp aku rasa aku ni perangai memang mcm budak kecik pn..huhu. Bab2 menguruskan wang ni memang langsung aku tak pandai. Beli macam-macam. Aku ingat duit 2 semakin hari semakin bertambah ke. Berkurang ade la. Tp dalam pemikiran aku, aku tak pernah fikir pn duit 2 berkurang. Mana tidaknya, ble time duit habis je, ape lagi, cucuk kt mesin atm la keje aku. Dalam bank ada bnyak lg, so, pasal duit ni tak payah nak risau-risau. Pemikiran yang langsung tak matang bagi seorang pelajar yang sudah meningkat dewasa. Memang btul pn, aku langsung tak risau akan kehabisan wang. Pada suatu hari 2, macam biasa la, ble time duit habis je, mesin atm la yg jadi mangsa aku. Tp hari 2, nasib tak menyebelahi aku, kad atm aku 2 ntah macam mne ble rosak plak. Mesin atm 2 tak bleh nak detect. Aku ingat mesin atm 2 je yg ade problem, tp semua mesin atm aku try, x ble2 jugak. Dalam kad muamalat plak da xde kot.Frust btul aku time 2. Da la duit tinggal seringgit je, lapar plak 2. Bersarapan la aku ngan roti yg memang langsung tak mengenyangkan perut aku ni. Bru aku rasa cmne time bila xde duit ni . Susah sgtt2. Tu la, bila ade duit banyak, boros, sume nak beli je. Malam 2, bru aku jmpe jalan penyelesaian. Aku srh la ayah aku masukkan duit dalam bank muamalat, kan senang. Knapa la aku x fikir awal2. Ble aku call ayah aku 2, dia cakap lewat sikit bru bleh msukkan sbb ayah aku 2 mmg sibuk sikit. Aku reda je la. Nak wat camne kn. Nampaknya aku knala mengalas perut dengan roti je buat sementara waktu. Keesokkan harinya, barula bank muamalat aku berisi dgn duit, setelah diinformkan oleh ayah aku. Fuh, time 2 memang lega sgt2. Sehari aku tidak menjamah nasi tau sbb kad atm punya pasal. Lepas ni kne la aku buat kad atm yang bru. Tp bila aku fikir balik, bgus jgak ye, benda ni berlaku aku. Bagi sedar ckit. Asyik boros je keje. Aku igt aku ni kaya sgt ke. Nasib baik la satu je kad atm aku yg rosak, klu tak knela menebalkan diri ini untuk meminjam duit ngan kwan aku..huhu




Ermm, korang jangan la gelak plak. Kesian kat aku tau. Sebenarnya byk lagi benda malang yang berlaku kt aku minggu lepas but takkan nk cakp sume kot, malula aku kn. Walaupun sume benda 2 akhirnya ade penyelesaian, tp tension aku dibuatnya tau. Tp aku sebenarnya kena sedar bahawa apa yang aku lalui tak kira susah ataupn senang semuanya dugaan drpd tuhan yang maha adil lg saksama. Aku tahu bahawa tuhan takkkan sesekali mnguji hambanya dengan ujian yang tak mampu mereka tanggung melainkan yg mampu semuanya. Moral of the story, jgn sesekali merungut, ble ditimpa dengan ujian dan dugaan sebab semua ade hikmah yang kta tak tahu disebaliknya. Tengokla la aku ni, sebab HP hilang, dpt gak kenal ngan sorang sister yang cute ni..huhu. Ntah pape la aku ni.. Da~

Aku dan Cinta..

Di suatu pagi yang sepi, aku berjalan-jalan membawa diri tanpa arah tujuan,sekadar mengisi kekosongan hati yang entah bila akan dimiliki.Aku masih mencari-cari seorang insan sejati yang dpat menjentik sanubari yang degil ini. Tatkala angin bertiup nyaman dan sinaran matahari silih berganti dicemburui awan, terlihatlah aku akan sesuatu di sudut penjuru. Walaupun jelas kelihatan oleh mata hitamku, namun aku masih keliru dan tidak mengerti, apakah sebenarnya sesuatu itu yang mampu membuat langkahku terhenti dan kaku buat sejarak waktu.Aku memberanikan sifat maluku, menyapa identiti si tidak dikenali itu berulang kali. Teguran ikhlasku, tanpa diduga berjawab jua, walaupun membisu begitu lama.CINTA. Itulah secebis ungkapan yang ringkas sebagai jawapan. Namanya cinta. Jantungku berdegup kencang disaat cinta menuturkan kata-kata.Kejernihan dan keindahan cinta membuatkan aku luntur seketika.Pintuku yang selama ini terkatup erat,terbuka jua.Tewas di tangan cinta yang datang secara tiba-tiba.

Sejak pertemuan kali pertamaku dengan cinta, hatiku terpanah oleh kesopanan dan kelembutan tutur kata yang lahir dari hati yang murni lagi suci.Kehadiran cinta telah menjadikan hidupku lebih indah dan bermakna tanpa sedikit pun cacat cela.Tanpa aku sedari, cinta telah banyak mengajarku erti sebenar kehidupan yang selama ini bagiku tiada apa-apa. Keayuan cinta yang bersulamkan keikhlasan, tidak mampu untuk aku tafsirkan dengan pemikiran.Terlalu indah untuk dibayangkan.Aku tidak memahami.Bagaimanakah cinta mampu melembutkan hatiku yang keras umpama batu itu. Bagiku, cinta hanya satu dalam seribu. Terlalu jauh untuk dibandingkan.Cinta terlalu berbeza dengan apa yang pernah aku jumpa. Cinta telah berjaya mengubati hatiku yang sepi dan lara.Walaupun berulangkali melukai hati cinta,namun segalanya bagai tiada apa.Hatiku yang sentisa resah, cintalah yang sentiasa mendamaikannya. Cinta telah membawa aku ke satu dimensi yang berbeza. Cinta telah memberi harapan kepadaku untuk terus menjadi insane sentiasa terhehadapan.

Setelah begitu lama mengenali cinta, aku akhirnya terputus hubungan dengan cinta. Cinta hilang begitu saja secara tiba-tiba. Aku tidak tahu mengapa. Mungkin lupa ataupun aku telah menyakiti hati cinta secara tidak sengaja. Aku tidak berjaya mengesan cinta yang pergi entah kemana. Walaupun gigih berusaha namun cinta langsung tidak menunjukkan muka. Aku tidak berputus asa, tetapi balasannya tetap sama dan serupa. Aku masih tidak mengerti, mengapa cinta sanggup memperlakukan aku dengan sebegini rupa. Setelah semua hati ini telah ku persembahkan kepada cinta, namun aku jua yang akhirnya kecewa. Jiwa aku merintih-rintih sepi, mengenangkan nasib diri.Aku bagai mengejar mimpi yang tak pasti. Masa terus berlalu namun cinta masih tidak memperlihatkan dirinya padaku. Cinta!!! Dimanakah engkau sebenarnya?? Aku begitu rindu pada wajah dan telatahmu yang sentiasa mengisi kalbuku yang pilu. Walaupun diri ini tidak tahu dimana kau berada, namun aku masih berharap kita dapat bersua kembali seperti biasa… CINTA, adakah kau wujud sebenarnya?? Zariif..






Hahahahahaaaa, begitulah kisah aku dan cinta yang memang tiada penghujungnya. Entah pape la yang aku tulis ni. Cerita ini hanya rekaan semata-mata. Tiada kaitan langsung dengan aku tau. Aku tulis suka-suka je sebab aku ni memang langsung tak tau ape itu cinta pn..huhuhu.So jangan tanya aku tau. Aku ni lelaki. So, memangla sentiasa mendambakan kasih seorang insan bernama wanita. Macam semua orang la..huhuhu. Kalu tak, korang memang bukan manusia la tu...

Bercakap pasal cinta ni, aku nak cakap sikit walaupun tak tau apa-apa. Jika kita lihat sekarang, cinta itu sering disalah erti dan diselewengkan dari erti sebenarnya. Cinta yang fitrahnya indah dan suci telah menjadi mangsa nafsu dan perasaan yang memang sentiasa membuak-buak dalam jiwa seseorang. Jika kita susuri makna cinta itu sendiri, kita akan sedar bahawa ianya sesuatu anugerah istimewa yang dapat membawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Cinta itu sentiasa dikatakan buta. So, apabila cinta itu berjalan , ia memang x mengenal langsung destinasinya. Sesungguhnya pemilik segala rasa cinta hanyalah Alllah yang Esa…
Tamat…

Hari ini dan Semalam..

Hari ini sabtu dan semalam jumaat.Berbeza pada nama.Bg aku, kedua-dua hari ini langsung tiada jurang yang memisahkan, sama dan serupa. Semalam? Apa agaknya yang aku buat semalam?

19/06/09(Jumaat):

SUBUH
Trittttt!!!!!Trittttt!!!!!Trittttt!!!!!Jam menunjukkan pukul 5.30 a.m. Bunyi alarm langsung tidak berkesan untuk membangunkan aku yang terus lena dibuai mimpi indah yang ntah pape tp masih mampu membuatkan mata terkatup rapat dan mulut merembeskan sisa air basi yang meloyakan.Alangkah bagusnya kalau aku ingat balik apa yang aku mimpi malam tu. Sebelum ni, kalau nak diingatkan balik, semua mimpi aku memang langsung tak logik dan x masuk akal,sama la tu.Eh!! Apa la yang aku melalut ni, dah namanya mimpi, memang la x logik,ntah pape la kan aku ni.Dah, berbalik pada cerita aku, jam 6.oo a.m, roh aku yang terbang entah ke mana tadi, kembali ke jasad, dan aku tersedar.Bunyi alarm aku matikan dengan mata yang masih lagi kuyu dan mimpi memanggil-manggil aku untuk terus menghabiskan perjalanan aku di dimensi yang berbeza.Aku akhirnya rebah jua, tewas pada asukan minda yang terus meratah pemikiran aku yang berkacau bilau, ditambah lagi dengan keempukan bantal dan kedinginan pagi yang terus meresap ke dalam tulang sumsumku. Kok!!! Kok!! Kok!! Bunyi ketukan pada locker aku yang berulang-ulang terus dpat menewaskan mimpi aku yang memang mempunyai kuasa yang sangat hebat. Memang tidak lain dan tidak bukan, ketukan itu dari kawan aku yang memang busy body. Kalau tak yang sorang tu, sorang yang lagi satu.Tiap-tiap hari memang macam ni. Mengalahkan mak aku pulak.Seolah-olah mereka ni dah diberi upah untuk membangunkan aku. Jam 6.20, aku tersedar sepenuhnya walaupun mata masih lagi mamai mencari-cari jam.Aku menggagahkan diri untuk bangun. Kelihatan katil kawan-kawanku kosong , memang xde tempat lain la diorang ni, kat surau la jawabnya. Aku memang liat sgat untuk turun subuh ke surau baru-baru ni, ntah la kenapa. Mungkin disebabkan oleh perasaan malas yang bercampur baur dengan pemikiran tidak matang aku yang selalu menyalahkan ketinggian bilik aku(Tingkat 3) tanpa sebab yang mapan. Aku solat di bilik seperti biasa. Andai sejadah ada mata untuk melihat, pasti dia meluat melihat aku yang asyik menggunakannya walaupun mempunyai sepasang kaki yang masih kuat untuk ke surau. Selepas habis menunaikan tanggungjawab aku, seperti biasa, katil menjadi mangsa..


KELAS FIM

Jam menunjukkan pukul 7.30 a.m, aku tersedar kali kedua tanpa alarm yang sentiasa setia mengejutkan aku.Melihatkan waktu bergerak semakin pantas, aku, bagaikan terkena kejutan elektrik 1000 volt,terus bergegas ke bilik air yang memang sentiasa bertakung dan melecehkan pergerakan aku.Selepas mandi dan bersiap-siap se-ensemnya, aku terus bergegas ke kelas FIM tanpa mengendahkan kawan-kawan aku yang lain. AX202, tempat yang tidak kan lupus dalam memori aku buat selama-lamanya.Minggu sebelumnya, aku tersilap mengatur langkahku ke SMAWP, walaupun kebenarannnya hanya berlaku pada hari rabu.Dalam perjalanan ke AX202, aku terserempak dengan kawan sekelas yang baru sahaja selesai menghantar tutorial kimia yang 2 soalannya masih belum berjawab oleh aku. Aku tidak berfikir panjang dan terus ke kelas. Hari itu ustazah mengajar seperti biasa. Ada masanya aku memberi sepenuh perhatian dan ada masanya otak aku terawang-awang ke dunia khayalan yang tidak berkesudahan. Maklumlah, walaupun ustazah mengajar dengan penuh semangat dan keyakinan, namun semua itu terlalu sukar untuk ditafsirkan disebabkan kebosanan mencecah tahap yang melampau.Aku hanya melihat dengan mata kepala tanpa sedikitpun menggunakan hatiku yang mungkin telah keras seperti batu. Dah la, bila time ustazah tu tanya soalan, terkedu lidah aku dibuatnya.nasib baik la boleh dijawab walaupun terpaksa diperli oleh ustazah disebabkan suaraku yang terlalu perlahan walaupun merdu.Apabila diumumkan kelas telah kehabisan, hatiku berasa lega sekali.

KELAS BIO LAB

Selepas tamatnya kelas FIM, aku bergegas ke CS untuk menghantar tutorial kimia yang masih tidak lengkap. Bersamaku,rakan seperjuangan yang juga senasib dengan aku.Tapi aku tidaklah seteruk beliau yang masih banyak soalan untuk disiapkan. Tidak lain dan tidak bukan, inisiatif yang terbaik ialah meniru ( Syhhhh!). Selepas habis membuang kerisauanku sejauhnya, aku terus ke kelas Bio Lab dengan kelewatan sebanyak 5 minit, bolehla dimaafkan.Penerangan baru bermula aku melangkah masuk.Kelam kabutla mencari tempat untuk duduk.Penerangan panjang lebar oleh lecturer dihayati oleh aku sebaik-baiknya walaupun telah melebamkan mata aku untuk membacanya malam sebelumnya. Experiment(Exp) hari tu memang sangat menarik dan sangat ntah pape. Memang kejap gila la. Mulanya kami kena ketuk kaki dengan tukul comel yang telah disediakan. Exp ni memang sangat seronok, siap boleh main-main lagi.Aku juga tidak melepaskan peluang untuk merasai deria tindak balas kaki aku yang sememangnya kuat berjalan. Yang kelakarnya, kaki seorang kawan aku ni, langsung tidak memberikan sebarang respon walaupun telah berulang kali diketuk oleh kami termasuk lah lecterur. Aku sendiri terpinga-pinga, tak tau sebabnya.Ada masalah la tu. Exp seterusnya tentang kesusahan menelan air liur but kali kedua. Cubala buat, susah tau. Air yang disediakan untuk experiment tersebut terpaksa diminum oleh aku disebabkan kedahagaan yang amt sangat.Exp lain. macam biasa la, senang sangat-sangat. Malas lah aku nak huraikan satu-persatu, nanti panjang la pulak kan. Clas Bio LAb hari tu habis 30 minit awal kot kalau tak silap.Masa yang banyak lebih tu dimanfaatkan oleh aku untuk menyiapkan 1st Bio Lab yang masih belum siap. Bukan tak siap,tapi sebab dapat Madam yang cerewat, kenala aku betul-betulkan balik ape yang salah.

PETANG DAN MALAM

Selepas puas meredah lautan manusia di masjid Kolej Islam, aku akhirnya tersampai juga ke bilik selepas memanjat tangga dengan keletihan dan kepayahan. Bila dingatkan balik, bila khutbah dibacakan, aku hanya segar 5 minit, selepas itu kepalaku tersentak-sentak menahan kemengantukan yang wajib menyerang dikala khutbah berkumandang. Petang itu, aku tidak berbuat apa-apa. Hanya berdating dengan laptop aku, menyiapkan tugasan FIM yang begitu senang tapi susah bagiku. Nasib baik la satu tu dah siap, tinggal satu lagi la. Tidak lama kemudian, kawan sekelasku yang merangkap ketua, datang untuk sama-sama menyiapkan kerja yang susah tapi senang baginya itu. Keadaannya menjadikan kesusahanku berkurang.Petang itu juga, aku, bersama teman seangkatan yang senasiib pergi ke STAD untuk mendaftar kelas tilawah yang terlewatkan oleh kami mengesannya. Kesungguhan kami petang itu, akhirnya tidak dibalas dengan kegembiraan, sebaliknya kekecewaan apabila diberitahu pendaftaran itu bermula pada hariisnin. Dah la letih, penat pulak tu. Balikla kitorang ke bilik dengan kefrustsan yang mendidih-didih dan senyuman yang dibuat-buat.Aku tak tau la, kenapa susah sangat nak daftar kelas tilawah ni. Tak daftar kan baru tau. Selepas solat asar, aku seperti biasa terus menghamparkan tubuh yang semakin berisi ini ke katil dan terus me-matjeninkan diri ke dunia ciptaan sendiri. Walaupun, kelihatan di tingkap, budak-budak 1st year menyihatkan badan mereka dengan bersukan, namun tidak terdetik langsung pun di hatiku untuk melakukannya. Jam 6.30, masa ini, badanku secara automatik akan berada di Cafe bersama teman-temanku untuk mengisi perut. Petang itu, tidak kelihatan ramai budak 1st year macam biasa. Mungkin masing-masing masih homesick pada rumah mereka yang tercinta. Pada malam itu, aku seperti biasa, tidak melakukan apa-apa yang patut dilakukan. Sempatla juga menelaah Math untuk persediaan kuiz pada minggu depan. Buat Math ni tak macam biology, memang best sangat-sangat, tak tau la kenapa. Mungkin sebab Math ni subjek kegemaran aku kot sejak sekolah rendah lagi. Selepas membuatkan otak aku berputar ligat menyelesaikan masalah Math, aku macam biasa la, memang tak boleh lari dari laptop kesayangan aku yang anti-virusnya akan tamat tempoh beberapa hari lagi. Mulalah aku search macam-macam, tapi yang penting chating memang tak boleh lari. Malam tu, mengadap laptop la aku sampai pukul berapa ntah. Next, aku ke bilik kawan aku yang memang sibuk dengan bisnes flightnya untuk menconfirmkan kesetujuan aku menempah tiket. Nasib baikla harganya tiket tu murah. Boleh la merasa naik Flight walaupun pernah 2 kali terbang sebelum ni. Lepas tu, diorang ni layan pulak cerita hantu, kenala join skali walaupun aku ni memang takut kat hantu. Cuak aku dibuatnya. Memang tak boleh control macho la masa tu. Takut siot. Lepas tu aku balik bilik dan tido macam biasa, walaupun imej hantu masih terngiang-ngiang dalam kepala otak aku. The end untuk ari jumaat..

20/06/09 (Sabtu)

Aku dah penat sangat tulis bende ni, nanti la aku cite balik, tp lebih kurang ari jumaat je...



 
Aku dan Kau Berbeza... | TNB