Subscribe News Feed Subscribe Comments

Memandu Kereta vs SMS..


TrittTrittt!! TrittTritt!! Telefon bimbit berbunyi menandakan mesej masuk. Namun, kereta kancil terus dipandu laju tanpa mempedulikan mesej yang menunggu untuk dibaca . Tiba saja di lampu isyarat merah, kereta diberhentikan. Handfon diambil dan mesej terus dibaca. Rupa-rupanya mesej tu dari kawan aku yang mengajak aku keluar. Kawan aku sorang ni memang dah lama tak jumpa, sejak sekolah menengah lagi. Masa cuti panjang ni la, nak lepak-lepak dengan kawan lama kan, bila lagi. Maklumlah tempat belajar lain-lain. Cuti pun lain-lain. Boleh la nak melepaskan kerinduan kan( yela tu). Kali ni je cuti sama. Sebabnya kerajaan nak selaraskan semua cuti kat ipta. Adoi, nak bagi cuti pun lama-lama kan. Habis hilang semua momentum nak belajar.Cuti. Siapa tak suka cuti kan. Tapi cuti sampai 4 bulan, siapa la yang suka. Kalau orang yang tak tau nak buat apa tu, memang boleh mati disebabkan kebosanan yang terlampau.

PonnPonn!! PonnPonn!! Bunyi hon kereta belakang menusuk telinga aku. Rupa-rupanya lampu isyarat dah bertukar hijau. Aku bermesej dengan kawan aku sampai lupa yang aku tengah bawak kereta.Keluar bab cuti pulak tu..huhu. Tengok kereta kat depan, semua dah tak ada. Memang patut la kena hon. Bila aku gerak je kereta, lampu isyarat berkelip-kelip menandakan warna merah akan mengambil alih. Aku terus pecut kereta. Tengok-tengok, kereta belakang tak lepas lampu isyarat tadi. Padan muka. Siapa suruh hon aku sangat kan. Jahat la pulak aku ni. Tak apa la, dah nasib dia kan.Mesti tengah marah sangat-sangat tu.Minta maaf banyak-banyak ya bang. Tak sengaja.

Bila kereta tengah bergerak, handfon terus berbunyi. Aku apa lagi, sambil bawa kereta sambil bermesej dengan kawan aku tu. Sebelah tangan pegang stereng dan sebelah lagi pegang handfon. Wah, dua dalam satu, hebat tu(hebat la sangat kan). Tiba- tiba, datang kereta Toyota Hillux masuk sebelah kanan aku. Laju pulak tu. Apa lagi, brek mengejut la aku jawabnya. Serius, aku tak perasan langsung kereta tu masuk tadi. Nyaris-nyaris aku nak langgar kereta tu. Berapa inci lagi tu. Bahaya betul. Lepas tu, aku terus off handfon. Sebab benda ni la, aku hampir nak makan kereta orang tadi. Itu la, siapa suruh buat jahat kat pakcik tadi, kan dah kena.

Peristiwa tu berlaku 2 hari lepas. Sampai sekarang, bila bawak je kereta, aku akan offkan handfon aku. Da insaf dah. Trauma hari tu tak hilang-hilang lagi ni. Aku nak cakap sikit kat sini la.Majoriti orang ni memang suka bermesej atau menggunakan handfon ketika memandu kereta termasuklah aku sendiri. Mana tak nya, bila ada je mesej masuk, perasaan curiosity tu membuak-buak kan. Siapa la mesej aku ni? Apa dia nak? Tu la, ni la. Walaupun tak nak baca mesej tu, tapi secara automatiknya kita akan membuka dan membaca mesej tersebut walaupun tengah memandu kereta. Tak ada pun perasaan macam ni : Ehh, ada mesej, takpelah, aku tengah bawak kereta ni, nanti sampai aku baca la ok. Sama lah kalau ada orang call, kita akan terus angkat kan. Call ni takpelah, dia ade handsfree, ok la sikit kan. Tapi bahaya dia sama je rasanya. Guna handfon masa memandu kereta ni bahaya sebenarnya. Mana taknya, fokus tu bleh hilang. Eleh, SMS tak sampai pun seminit, tu pun bleh hilang fokus ke. Yang tak sampai seminit tu lah yang boleh buat kita accident. Ingat! Bila bawa kereta tu, every second count ok. Jangan perasan kita dah expert bawak kereta, kita boleh berSMS dan buat sesuka hati. Risikonya tetap ada.

Di Malaysia, kita jarang dengar orang accident sebab berSMS tapi kalau kat US tu, ramai yang dah meninggal dunia dan sebabnya hanya satu, berSMS ketika memandu. Aku ada baca yang ada kajian menunjukkan penggunaan handfon ketika memandu sama saja seperti kita mabuk sebab benda ni memberi gangguan pada konsentrasi. Masa tengah, drive otak kita kena focus dan tumpuan kita akan terganggu bila berSMS di handfon. Kita akan kurang peka dengan persekitaran sebab asyik duk tengok kat handfon tu. Kalau tak tahan nak SMS sangat tu, elok berhentikan lah kereta kat tepi kejap ok. Aku baca ada orang yang SMS sambil bawak motorsikal. Wah, aku takleh bayangkan, macam mana la tu. Mat rempit pun tak boleh buat tu. Tapi berani buat berani tanggung la. No texting while driving ok. Handfon boleh la topup, tapi nyawa boleh ke nak top up?

Selamat Hari Ibu, Mak, Umi, Mama, Bonda...


Selamat Hari Ibu kepada ibuku Roselina Abu Bakar( I Luv U so Much)dan juga ibu-ibu di seluruh dunia. Siapalah kita sekarang ini kan tanpa didikan dan ajaran daripada seorang insan bergelar ibu.Kasih sayang seorang ibu memang tiada penghujungnya.Sempena hari ibu ni, aku nak berkongsi satu kisah berkenaan pengorbanan seorang ibu.Bacalah lah k.

Pada zaman dahulu, di sebuah perkampungan yang kecil, tinggallah seorang perempuan bernama Solehah dan anaknya ,Amru yang baru berusia 5 tahun. Suaminya telah meninggal dunia ketika di medan perang. Maka tinggallah Solehah dan anaknya sehelai sepinggan meneruskan kehidupan di sebuah rumah kecil peninggalan suaminya. Kerja solehah sebagai penenun kain menjadikan hidup mereka serba sedikit senang. Dia dan anaknya masih boleh mengisi perut dan menjalani kehidupan walaupun tidak semewah orang lain. Sekurang-kurang mereka tidak perlu mengemis untuk mendapatkan sesuap nasi. Jika ramai orang yang mengupah solehah untuk menenun kain, maka berisi lah perut mereka hari itu , tetapi jika tiada pelanggan, maka mereka terpaksa makan makanan simpanan sebelum ini yang sedikit untuk mengalas perut.Begitulah kerja Solehah yang tidak menentu setiap hari.

Pada suatu hari, tidak ada seorang pun yang datang ke rumah Solehah untuk mengupahnya menenun kain. Nasib baiklah, dia telah menyimpan sedikit roti untuk anaknya.

“Amru sayang, Umi minta maaf sebab hari ini hanya ada sedikit roti untuk amru makan, tapi Umi janji, esok kita makan nasi ya,” Solehah berkata kepada sambil menghulurkan beberapa keping roti untuk Amru.

“Umi, kalau Amru makan roti ni, Umi nak makan apa?” Amru menyoal ibunya yang masih tidak berhenti membelai rambutnya itu.

“Umi tak penting pun Amru. Amru makan kenyang-kenyang ya. Umi tengok Amru kenyang pun Umi rasa dah kenyang. Amru jangan risaukan Umi.” Solehah menjawab soalan Amru yang kelihatan masih setahun jagung itu. Bagi Solehah, dia tidak kisah untuk berlapar. Melihat anaknya ceria dan tersenyum setiap hari, itu sudah cukup membuat hatinya gembira.

“Umi, Amru janji, bila Amru besar nanti, Amru nak bekerja rajin-rajin. Amru nak bagi Umi makan enak-enak.” kata Amru pandai menjaga hati ibunya. Kemudian, dia menyuap sedikit roti ke mulut ibunya itu. Solehah hanya tersenyum dengan gelagat anak kecilnya itu.

Sejak kecil, Amru dididik dan dijaga oleh Solehah sepenuh kasih sayang. Dia diberi didikan agama yang sempurna dan diasuh bagai menatang minyak yang penuh, seekor nyamuk pun tidak dibiarkan hinggap di badan Amru. Baginya, Amru merupakan satu-satunya harta peninggalannya. Setelah beberapa tahun berlalu, Amru telah membesar menjadi seorang pemuda yang segak dan tampan. Solehah pula semakin lama, semakin tua tetapi keringatnya terus jatuh ke bumi mencari nafkah buat keluarganya.Perubahan mendadak ditunjukkan pada sikap Amru. Dia sering keluar untuk bersukaria bersama kawan-kawannya. Dia juga semakin degil dan selalu melawan cakap ibunya. Walaupun disuruh oleh ibunya untuk mencari kerja, tetapi nasihat ibunya yang tua itu langsung tidak diendahkan.Malah Amru sering menengking dan berkasar sehingga membuat ibunya itu terguris.

Solehah tidak tahu mengapa Amru bersikap sedemikian terhadapnya. Dia tidak pernah mengajar anaknya untuk berkasar. Setiap hari, dia berdoa agar tuhan sentiasa melindungi Amru daripada sebarang perkara yang tidak baik. Amru pula, langsung tidak berubah, selalu keluar berfoya-foya dengan kawan-kawannya. Dia akan ke pekan untuk menghabiskan wang yang diberi oleh ibunya untuk melakukan perkara yang tidak senonoh. Duit itu banyak dihabiskannya untuk berjudi.Disebabkan berjudi itu juga, dia selalu dipukul kerana tidak dapat membayar wang yang sepatutnya. Begitulah rutin harian Amru. Dia tidak serik untuk berjudi walaupun tahu akibatnya. Apabila balik ke rumah, badan Amru akan cedera dan luka di sana-sini akibat dipukul. Solehah jugalah orang yang akan merawatnya. Dia menyapu ubat di badan Amru sambil menitiskan air mata melihat anaknya itu. Semahunya, dia tidak ingin perkara itu berlaku pada anak kesayangannya itu.

“Sakitkah anakku? Umi sapu perlahan-lahan ya.Kamu sudah besar Amru. Umi, sudah beberapa kali pesan jangan berkawan dengan orang yang tidak elok akhlaknya. Kamu juga yang susah nanti,” ujar solehah memberi nasihat kepada anaknya itu.Begitulah kata-kata yang sama keluar dari mulut solehah tiap kali merawat Amru. Amru hanya membisu seribu bahasa. Kesakitan yang dialami menutup mulutnya.

Namun Amru tetap tidak berubah. Perangainya masih sama seperti dahulu. Kerap kali keluar ke pekan bersama kawan-kawanya untuk berjudi. Tiap kali dia berjudi tiap kali itu jugalah dia kalah. Nasib langsung tidak menyebelahinya. Dan tiap kali dia kalah tiap kali itu jugalah badannya akan menerima padahnya. Begitulah nasib Amru setiap hari. Nasib baiklah dia mempunyai seorang ibu penyayang yang masih mengambil berat akannya.

Setiap hari seperti biasa amru akan meminta wang daripada ibunya sebelum keluar.

Umi!! Amru nak wang lagi!! Cepatlah Umi, kawan-kawan amru tunggu Amru tu!! Tengking Amru kepada ibunya yang telah tua itu.

“Semua wang Umi sudah habis Amru. Wang semalam ialah wang terakhir dari simpanan Umi. Umi sudah tiada wang untuk diberi kepada Amru.” Jawab solehah pilu. Semua wangnya telah diberi kepada Amru tanpa sempat pun dia membeli sedikit makanan.

“Umi tipu!!! Umi masih ada wang tapi Umi tidak mahu beri pada Amru kan??!!” Tengking amru. Jawapan ibunya itu membuatkannya marah. Kemudian dia terus menggeledah seluruh isi rumah untuk mencari wang. Namun usahanya itu tidak berhasil kerana sekeping wang pun tidak berjaya dijumpai.

“Perempuan tua tak guna!!” Jerit Amru. Dia kemudian menolak ibunya sehingga rebah dan keluar dari rumah dengan perasan yang hampa. Amru benar-benar tertekan kerana jika tiada wang maka tiadalah keseronokan dalam hidupnya.

Di pertengahan jalan, Amru diberhentikan oleh seorang pemuda yang langsung tidak dikenalinya. Pemuda itu kelihatan kaya dengan pakaiannya yang mahal. Amru tidak sedar bahawa pemuda itu sebenarnya adalah syaitan yang menyamar sebagai manusia. Syaitan itu hanya ingin memerangkap amru.Bagi syaitan itu, Amru adalah orang yang sangat mudah diperdaya dengan harta dan wang.

“Apa sebenarnya yang kamu mahu ?” tanya Amru kepada pemuda segak yang berdiri di hadapannya.

“Aku hanya mahu menolong kamu. Bukankah kamu kesempitan wang sekarang? Aku mahu memberi kamu wang yang banyak.” Jawab syaitan itu memperdaya Amru.

“Memberi aku wang yang banyak?!” Amru terperanjat dan gembira.

“Ya. Wang yang banyak. Tapi dengan satu syarat.” Ujar syaitan bijak bermain dengan kata.

“Apakah syarat tersebut. Cakaplah apa yang tuan mahu? Segera juga aku penuhinya.

Syaratnya, bawa hati ibu kamu kepada aku dan wang yang banyak akan menjadi milik kamu.

Tanpa banyak berfikir, Amru terus berlari ke rumahnya. Tanpa belas kasihan amru membunuh menanam,dan mengambil hati ibunya.Ibu yang selama ini menjaga dan membesarkannya dengan penuh kasih sayang. Ibu yang sanggup berlapar demi anaknya. Ibu yang sanggup bekerja demi mencari sesuap nasi untuk anaknya.Ibu yang selalu merawatnya semasa sakit. Malah, ketika Amru pulang, ibunya sedang menyiapkan masakan kegemaran Amru tanpa terasa sedikit pun akan perbuatan Amru sebelum ini.
Amru sangat gembira kerana dengan hati ibunya itu, dia akan mendapat wang yang banyak. Dia terus berlari untuk mendapatkan pemuda yang berjanji dengannya tadi sambil membawa hati ibunya itu. Semasa berlari keseronokan membayangkan dia akan mendapat wang yang banyak, tanpa disedari Amru tersepak batu lalu terjelopok ke tanah.Dia mengerang kesakitan.

“Sakitkah anakku?” dengan izin Allah,tiba-tiba sahaja hati milik ibunya itu bercakap apabila melihat anak kesayangannya sakit akibat jatuh tersungkur.Dengan penuh kasih sayang hati itu terus bertanya. Soalan tersebut ditanya berulang-ulang kali sehingga membuatkan Amru terperanjat. Tanpa mempedulikan kata-kata hati itu, Amru terus mengambil dan membawanya kepada pemuda yang menyamar sebagai syaitan. Syaitan berasa amat gembira sekali kerana misinya berjaya. Sebagai balasan Amru diberikan wang yang banyak sebagaimana yang telah dijanjikan.

Dengan wang yang banyak itu, Amru meneruskan kehidupannya dengan berjudi. Akhirnya sekelip mata sahaja wang banyak yang diberikan oleh syaitan tadi habis digunakan. Seperti biasa Amru akan dipukul. Apabila balik ke rumah, tiada lagi kedengaran suara bimbang ibunya. Tiada lagi ibunya untuk merawat segala luka-luka di badannya. Tiada lagi ibunya untuk memasak makanan kegemarannya. Tiada lagi ibunya untuk membelai-belai menidurkannya. Akibat sikap Amru yang suka berjudi, rumahnya dijual. Akhirnya Amru menjadi pengemis dan mati di tepi jalan akibat kelaparan.

Begitulah kisah menyayat hati seorang ibu dan anaknya. Kisah kasih sayang ibu kepada anaknya yang tidak berbelah bagi. Kisah pengorbanan seorang ibu. Betapa sayangnya seorang ibu kepada anaknya itu sehingga hati masih mampu berkata-kata, risau melihat anaknya sakit. Kita pula bagaimana? Sayangkah kita pada ibu kita? Pernahkah kita membuat ibu kita menangis? Pernahkah kita bayangkan kanak-kanak yatim piatu yang tidak mempunyai ibu? Bagaimanakah nasib mereka? Kita ni sememangnya bertuah kerana mempunyai ibu. Jadi hargailah ibu anda sebaik-baiknya.

Kisah aku dan hantu gigi..


Malam tadi aku terjaga secara tiba-tiba. Jam masa tu menujukkan pukul 2.20 a.m. Adoi, macam mana la boleh mimpi pelik pulak kan. Jangan fikir bukan-bukan. Bukan mimpi basah k. Tu la tido tak basuh kaki sangat kan.(Selalu bukan basuh pn kan..huhu) Nak tau mimpi ape. Mimpi pasal hantu gigi.(jgn gelak k) Bukannya seram pun, kelakar ada lah. Siap joget-joget lagi hantu tu. Macam budak-budak la pulak kan mimpi pasal hantu gigi ni. Nak buat macam mana kan, da nak mimpi pasal bende tu. Nasib baik la tak mimpi pasal hantu kak limah kan, tak pun hantu karipap.(lagi la tak takut) Bila hantu tu nak mesin gigi aku, aku terus je tersedar. Terbangun je dari tido, sesuatu yang tidak diingini berlaku. Benda ni buat aku tak boleh tido sampai lah ke pagi.

Nak tau ape. Jeng3!!. Sakit gigi datang menyerang pada malam bulan mengambang. Patut pun aku mimpi pasal hantu gigi, rupa-rupanya, sakit gigi nak datang.Datang tak dijemput pulak tu. Sekurang-kurangnya bagi la salam dulu kan. Aish. Pastu,aku buat la bende yang sepatutnya. Berkumur la, berus gigi la, taruk ubat la, tu lah, ni lah. Tapi sakit ni memang kebal sangat-sangat. Tak mahu hilang jugak. Tension betul. Sakit woo..nak tido pun tak boleh. Kenape la sakit gigi ni bukan macam sakit perut ye. Kalau sakit perut, masuk jamban, buang ape yang sepatutnya, terus hilang kan. Ni tak, da buat macam-macam, tapi lagi sakit ada la. Tak boleh duduk diam aku semalam. Nasib baik la ada match bola kan, tapi gigi punya pasal, selera bola aku pun hilang ditelan kesakitan yang boleh menggugat keimanan.

Sebenarnya, gigi geraham aku yang satu ni memang dah berlubang pun. Tu pun disebabkan peristiwa malang yang dikatakan tak berbau tu. Nak cerita ke. Cerita je lah sikit.Cecite cecite. Sebelum ni aku ada la makan kat warung kat hostel aku. Kalau tak silap, malam tu aku makan nasi ayam kicap yang sedap.(perlu ke?) Makan punya makan, Krakk!! Tetiba je ada satu bunyi yang tidak disenangi. Masa tu tak rasa ape-ape lagi. Bila kunyah balik, tengok-tengok, aku tergigit batu yang jahat dan tidak berperikebatuan. Sampai berlubang gigi aku dibuatnya. Sakit sangat-sangat. Walaupun sakit, nasi malam tu berjaya dihabiskan dengan perasaan yang sedih memikirkan gigi aku yang malang ni. Kenapalah malang tak berbau kan. Kalau berbau wangi ke tetiba, boleh la aku detect awal-awal kan.(Salahkan pada bende yang tak sepatutnya).

Keesokan harinya, aku terus pergi klinik gigi UIA, tempat aku belajar. Maklumlah percuma kan. Aku pun tak tau la kenapa orang suka sangat benda percuma ni. Kalau sumua nak free macam mana la nak maju kan. Berbalik pada klinik gigi tadi, disebabkan doktor gigi yang banyak songeh, aku pun balik lah dengan gigi yang masih berlubang. Ada ke patut dia cakap buat appointment dulu la, tunggu tiga minggu lagi la, buat kat klinik luar la, awak comel la.Betul la ape yang doktor cakap tu kot. Mana la aku tahu bende-bende ni, maklumlah, pergi klinik gigi pun bukan selalu. Last pun masa aku kecik dulu. Sampai sekarang aku tak pergi klinik gigi lagi. Bukan ape, rasa macam da tak sakit kan gigi tu. Makan pun macam tak ada pape. Lubang kat gigi tu pun macam tertutup dengan sendiri..huhu. Sehinggalah semalam, bila sakit gigi kembali menghantui orang yang baik hati ini. Pagi tadi aku terjaga pukul 6.30. Dalam gigi yang sakit tu, boleh jugak aku tertido ye. Bagus la. Yang paling penting gigi aku da tak sakit.Happy!!

Sekarang untuk sudut pengisian. Ermm..sekarang baru aku perasan, yang aku tak pernah sakit gigi. Kali terakhir sakit gigi pun masa umur 6,7 tahun dulu.Lainlah kalau gigi tu baru nak tumbuh kan. Memang sakit la. Aku rasa majoriti orang pun macam ni.Jarang sakit gigi. Disebabkan perkara itu jarang berlaku, maka soal menjaga gigi macam kurang dan tidak diendahkan sangat. Betul. Kita selalu memberus gigi. Tapi perkara tu dah macam satu kewajipan kan. Memang la, siapa nak mulut berbau kan. Cuba bayangkan kalau kita bangun pagi mulut tak berbau dan plak-plak kat gigi tak ada. Adakah kita kisah untuk memberus gigi? Lagi satu, adakah memberus gigi itu sudah cukup untuk kita menjaga gigi? Contohnya macam aku ni. Aku ni dalam kategori tak pandai jaga gigi walaupun aku gosok gigi tiap hari sebab aku makan tak ingat dunia sehingga gigi boleh rosak. Nak cakap kat sini, nikmat yang Allah bagi tu tak kiralah gigi ke, apa ke, kita kenalah jaga baik-baik. Bila dah sakit barulah sedar betapa indahnya nikmat gigi tu kan. Masa elok dulu tak ambik kisah pun nak menjaganya kan. Itu lah manusia. Walaupun ujian tu datang lambat kita kenalah selalu bersedia kan macam gigi kita ni. Walaupun tak selalu sakit gigi, kita kenalah pandai menjaganya.Dulu, bila kawan tanya kat aku. Sakit apa yang paling sakit? Aku jawab sakit leher.Betul la kan. Tapi bila ditanya balik soalan yang sama lagi, for sure aku akan jawab.. sakit gigi !!!

Ciptaan tamadun lampau yang canggih..


Aku ada baca satu artikel yang mengisahkan betapa majunya tamadun terdahulu. Dengan banyak ciptaan-ciptaan yang canggih, benda ni sebenarnya unbelievevable. Betul ke ni. Macam tak caye je..huhu. Tapi bila aku buat research pasal robot Ma daifeng, ada betul la jugak kan.Aku kongsi artikel ni dengan korang.Mungkin ramai yang dah baca, tapi aku baru baca. Ketinggalan betul aku ni.huhu. Aku ni memang suka sangat-sangat baca pasal sejarah ni, sebab tu nampak macam teruja je..pape je la..

Penemuan saintis dan ahli arkeologi sejak beberapa tahun kebelakangan ini seolah-olah menafikan tanggapan umum yang dunia silam adalah dunia mundur, tidak bertamadun serta belum terdedah kepada teknologi.Malah, saintis kini semakin kebingungan memikirkan penemuan artifak purba menjurus kepada kenyataan yang keadaan dunia kuno sebenarnya sudah begitu maju dari segi sains dan teknologi malah mungkin lebih futuristik daripada zaman sekarang!Kenyataan itu memang sukar dipercayai tambahan pula kita dimaklumkan yang era perkembangan sains dan teknologi hanya bermula sekitar 200 lalu malah teknologi komputer berasaskan elektronik saja hanya bermula sekitar 1940.

Akan tetapi, artefak purba serta catatan kuno yang ditemui saintis menceritakan sebaliknya – masyarakat zaman purba sudah memiliki teknologi hebat serta maju dalam pelbagai bidang terutama sains.Bagaimanapun, atas sebab tertentu yang masih menjadi misteri, zaman purba yang serba canggih dan futuristik itu akhirnya lenyap sehingga dunia kembali menjadi mundur, tidak bertamadun dan jauh daripada perkembangan teknologi.Sehinggalah kira-kira 200 tahun lalu, manusia kembali meneroka rahsia sains dan dunia sekali lagi melangkah ke arah perkembangan teknologi. Berikut adalah antara penemuan teknologi silam yang menunjukkan seolah-olah dunia purba lebih maju atau menyamai kemajuan teknologi ketika ini:

Penemuan bateri dari Baghdad, Iraq
Pada 1930, ahli arkeologi Austria, Dr Wilhem Konig yang menjalankan kerja mencarigali di daerah Khujut Rabula, dekat Baghdad; menemui suatu objek aneh tertanam di tapak itu. Objek itu terdiri daripada silinder tembaga, batang besi serta aspal yang disusun dalam sebuah bekas tanah liat seperti tempayan kecil setinggi 14 sentimeter (sm) dan berdiameter lapan sm.

Penyelidikan lanjutan mendapati objek aneh itu ternyata berfungsi seperti bateri malah bateri kuno itu dianggarkan berusia 2,000 hingga 5,000 tahun lalu! Penemuan menggemparkan itu secara tidak langsung mencabar sejarah berikutan bateri dikatakan pertama kali dicipta pada 1800 oleh Count Alessandro Volta.Penemuan itu juga secara tidak langsung menunjukkan masyarakat purba yang wujud 5,000 tahun lalu sudah menemui tenaga elektrik sekali gus ‘menafikan’ Michael Faraday sebagai individu pertama menemui induksi elektromagnetik dan hukum elektrolisis pada 1831.Uji kaji mendapati bateri kuno itu mampu menghasilkan tenaga elektrik antara 1.5 volt hingga dua volt.

Kalkulator kuno.
Pada 1901, penyelam di perairan pulau Antikythera, Greece menemui artifak berusia lebih 2,000 tahun dari sebuah runtuhan dasar laut. Artifak menyerupai jam itu dikaji penyelidik, Derek J De Solla Price dan didapati ia berfungsi sebagai ‘kalkulator’ yang menghitung pergerakan bintang dan planet.

Reaktor nuklear berusia dua juta tahun.
Pada 1972, sebuah reaktor uranium yang sudah wujud sejak dua juta tahun lalu ditemui di Oklo di Republik Gabon, Afrika.Kajian reka bentuk dan struktur lombong purba itu mendapati ia dapat mengekang radioaktif daripada tersebar malah teknologi reaktor dan kaedah digunakan pada zaman purba itu jauh lebih canggih daripada kaedah reaktor nuklear digunakan pada zaman kini.Penemuan itu menimbulkan persoalan sama ada manusia pada dua juta tahun lalu sudah menguasai teknologi atom dan menggunakan sumber nuklear sama ada sebagai sumber tenaga untuk kegunaan harian atau peperangan.

Kanta optik
Di lokasi sama dengan penemuan bateri kuno di Baghdad, Iraq; turut ditemui kanta optik purba yang dihasilkan kira-kira 2,200 tahun lalu.Kanta purba sebesar kira-kira dua ibu jari itu dijumpai dengan bahagian kacanya sedikit retak. Sebelum penemuan menggemparkan itu, kanta dikatakan pertama kali dihasilkan di Eropah pada abad ke-16. Bagaimanapun penemuan kanta kuno itu menunjukkan masyarakat purba sudah lama mengetahui kaedah menghasilkan kanta serta mengaplikasikannya dalam kehidupan.

Jantung buatan
Di dada kiri mumia anak lelaki dalam sebuah piramid Mesir, penyelidik menemui jantung buatan. Sejarah ilmu perubatan pada masa kini memperlihatkan jantung buatan hanya dihasilkan beberapa puluh tahun lalu tetapi penemuan itu memungkinkan jantung buatan sudah dihasil dan dipasang pada 5,000 tahun lalu.

Robot

Pada zaman pemerintahan Kaisar Mu (976 hingga 922 SM) di China, pencipta berbakat, Ma Daifeng menghasilkan aplikasi robotik yang dibina tetapi berasaskan mekanisme mekanikal. Robot yang dibina dapat bernyanyi dan menari seperti manusia, membawa peralatan kepada tuannya selain mempunyai organ tubuh seperti tulang, otot, sendi, kulit dan rambut.Turut dicipta Ma Daifeng pada zaman berkenaan adalah alat merekod jarak perjalanan selain aplikasi untuk industri kilang yang mampu bekerja tanpa kawalan manusia.
 
Aku dan Kau Berbeza... | TNB