Subscribe News Feed Subscribe Comments

10 Makanan Beracun yg Kita Suke Makan..

Manusia memang suka makan. Tu mmg btul. Bile makan mesti nak yg sdap2 je kn. Ade plak 2 makan makanan yg sihat utk tubuh badan je.Bagus la. Badan hanya dapat brtahan selama 2 mggu je klu tak makan.Tapi klu makanan yg kita slalu makan makan 2 beracun, nak ke kita makan.Mstila tak nak kan. Bawah ni ade list makanan yg kita selalu makan dann satu yg kita taktau, ialah ianya beracunnn..Btul ke..tgk la sendri..HuHu


Ubi Kayu

Ubi kayu banyak dijumpai di Caribbean dan Amerika Selatan.Boleh disediakan manis atau pahit. Bau dan rase bergantung kepada jumlah cyanogenic glucosidal yg terdapat di dalamnya yang dibuktikan sgt beracun. Jika salah disediakan, boleh mnyebababkan kematian.Ia beracun kerana paras cyanide yg boleh meningkat tinggi. Boleh menyebabkan kelumpuhan badan.

Ikan Buntal

Vertebra kedua paling beracun di dunia. Popular di Korea dan Jepun untuk dijadikan makanan hidangan. Bahagian ikan ini seperti hati sangat2 beracun dan boleh menyebabkan kematian. Racun dalam ikan dikenali sebagai tetrodotoxin dan boleh menyebabkan kebas, tekanan darah tinggi dan kekejangan otot. Dikelanali sebagai Fugu apabila dihidangkan di jepun.

Cendawan


Terdapat lebih 5000 jenis cendawan yang telah dijumpai dan 100 antaranya telah disahkan beracun. Dalam kebanyakan kes, cendawan boleh menyebabkan gastrointestinal(radang usus).Oleh sebab cendawan termasuk dalam kategori fungi dan terdiri dalam banyak spesies, ia sngt sukar untuk dikenal pasti yang mana adalah beracun. Dipercayai, cendawan yg dijumpai dalam kawasan pedalaman adalah berkemungkinan beracun. Salah satu jenis racun cendawan yg merbahaya adalah Alpha-amanitin, yg boleh menyebabkan kerosakan hati. Salah satu cendawan beracun yg bayank dijumpai ialah Toadstools.

Gajus

Apabila membeli kacang gajus yg masih mentah di kedai, kita dapat lihat yg kacangnya sebenarnya telah distimkan dan bukan mentah sepenuhnya. Ini adalah kerana kacang gajus yg masih mentah mengandungi Urushiol, bahan kimia yang sama terdapat dalam poison ivy. Bila urushiol diambil dalam jumlah yg banyak, ia bolah menyebabkan kematian. Keracunan gajus memang jarang berlaku, tetapi org yg terdedah kepadanya ketika dalam proses memasarkannya kadang2 berisiko untuk mendapt kesan sampingan.

Cili

Cili memang selalu digunakan di dalam masakan. Tidak kiralah yg sangat pedas ataupun biasa, setiap cili yang pernah kamu makan mengandungi bhan kimia bernama Capsaicin. Capsaicin inilah yg membuatkan cili pedas dan hangat. Memang jika makan satu cili tak memberi apa2 kesan, tetapi jika diambil dalam jumlah yg banyak, ia boleh mengundang kematian. Bahan kimia ini sangat kuat kesannya sehingga digunakan sebagai peluntur cat dan pepper spray. Cili yg terlalu pedas seperti Habaneros, capsaicinnya boleh dirasa oleh kulit pabila dipotong dengan menyebabkan kepedihan.

Ubi Kentang

Kita mmg pernah mendengar sesuatu tentang ubi kentang tidak kiralah tentang wabak ubi kentang yang membawa penyakit mahupun kebuluran, tp satu perkara yg menarik ialah ubi kentang adalah beracun.Batang, daun, termasuklah ubi kentang tu sendiri adalah beracun.Jika kamu pernah lihat, kamu akan sedar yg ubi kentang boleh berubah menjadi warna kehijauan. Ini adalah kerana paras racun glycoalkolid yg ada di dlmnya. Pernah terdapat kematian disebabkan keracunan ubi kentang. Ia adalah jarang tetapi kebnyakannya berlaku disebabkan minum air yg direndam daunnya dan makan ubi kentang yg telah bertukar kehijauan. Ia boleh menyebabkan bdan lemah dan koma.

Badam

Buah badam sememangnya popular dalam dapur di seluruh dunia.Seperti gajus, buah badam sangat beracun jika tidak membiar dan mendedahkannya kepada suhu yg tinggi.Umumnya buah badam yg pahit perlu untuk diproses terlebih dahulu untuk menghilangkan racun. Ianya mengandungi cyanide dan di kebanyakan Negara, dilarang menjual badam sebelum dibuang racunnya.

Ceri

Ceri merupakan buah yg mempunyai kepelbagaian. Ia boleh dimakan mentah2, dimasak dan boleh dijadikan masam atau manis. Walaupun Ceri nampak kemerahan dan tiada masalah untuk dimakan, ia sebenarnya beracun. Jika kamu pernah memakan chery tanpa membuang bijinya, kamu sebenarnya memperkenalkan hydrogen cyanide ke dalam bdan. Jika bijinya dikunyah ia akan menghasilkan hydrogen cyanide.Ia boleh menyebabkan pening kepala,kekeliruan, gelisah dan muntah2. Dos yg bnyak membawa kepada kesusahan bernafas, tekanan darah tinggi, dan kerosakan buah pinggang.

Epal

Epal adalah buah yg sangat popular di mana jua. Seperti senarai yg lain, epal mengandungi cyanide tetapi bukan dalam paras yg tinggi. Cyanide tidak dijumpai dalam buah epal itu sendiri tetapi di dalam bijinya. Makan satu epal termasuklah bijinya sekali sememngnya tidak akan membunuh tetapi tidak digalakkan Jika banyak biji epal dimakan dan dikunyah, ia boleh mnyebabkan kompilasi.

Tomato

Walaupun tomato sangat popular di kebanyakan negara, ia telah disahkan yg tomato adalah beracun.Buahnya sendiri tidak mengandungi racun tetapi daun dan batangnya yg mengandungi bahan kimia Glycoalkaloid. Paras Glycoalkaloid dikatakan tinggi pada buah tomato yg tumbuh meliar tetapi yg ditanam untuk komersial masih juga terdapat bahan kimia ini. Ia boleh memberi masalah kpd perut. Glycoalkaloid sangat merbahaya dan mempunyai kesan yg kuat sehingga digunakan untuk mengawal serangga perosak/

Sumber Toptenz.Net


Hahahaa.Best gak ye bace bende ni.Tak tau la pulak epal 2 beracun.Bahaye ni.Lain kali kne bhati2 klu bab2 makan ni.Ni tak, main makan je.

3 comments:

Syed Abu Zulfadhli al-Qadrey said...

syukran bg maklumat:-)

shaf ai said...

scara overall...bnda tu beracun apabila berlebihan dan part2 trtentu je yg menpunyai kompisisi bahan beracun yg tggi sperti bijinya, batangnya n daunnya...so..berhati2ah dalam diet dan pemakanan...huhu

Anonymous said...

terima kasih bagi maklumat

Post a Comment

 
Aku dan Kau Berbeza... | TNB