Subscribe News Feed Subscribe Comments

Minat boleh dipupuk?


Semalam aku sempat menghabiskan satu novel sejarah bertajuk Salahuddin Al-Ayubi. Novel ni bagi aku mmg sgt best. Aku hanya ambil masa 2 jam shj untuk menghabiskannya. Kalaulah novel lain, contohnya novel genre thriller mahupun seram, mmg susah sgt aku nak habis membacanya. Aku pn tak tau la kenapa. Aku rasa minat aku sebenarnya lebih menjurus kepada sesuatu yg berkisar tentang sejarah. Tidak kiralah sejarah Islam mahupun Barat, semua bagi aku sgt seronok untuk dibaca. Bila ada je buku pasal sejarah, aku akan teruja untuk mnghabiskannya. Aku igt lagi masa cti sekolah sebelum masuk ke tingkatan 4, aku beli sendiri terlebih dahulu buku teks sejarah tngktn 4 utk dibaca di rumah. Mmg pelik kn. Tapi itulah aku. Suka sgt2 baca sesuatu fakta sejarah. Mgkin ramai org tak suke akan sejarah. Sejarah tu membosannkan la, memeningkan kepala la. Tapi tak bagi aku. Hati aku tenang je bila baca psal sejarah. Bila tgk movie plak, cerita yg berkaitan dgn sejarah, zaman-zaman dahulu menjadi pilihan utama aku.Best sgt2.

Sekarang, aku belajar di uia dengan mengambil jurusan farmasi. Nape aku tak amik jurusan yg berkaitan dgn sejarah plak kn. Ambik undang-undang ke. Baru padan kn. Cakap minat sejarah. Aku pn tak tau la mcm mne nak ckp. Secara jujurnya, aku tak minat pn bidang farmasi. Masa nak isi borang universiti dulu, aku mmg dalam dilemma jgak la kn nk pilih jurusan yg mne satu. Akhirnya aku pilih jurusan yg berkaitan dgn perubatan. Ape salahnya mencuba kn. Kata org minat tu boleh dipupuk kn. Kalau da lama2, dapat la kn menyesuaikan diri. Ramai org cakap, kita tak akan berjaya kalau kita buat apa yg kita tak minat. Betul ke sebenarnya? Aku tak setujulah sgt2 dgn pendapat ni. Mmg betul, buat sesuatu yg kita mnat bleh buat kita happy, life pn takde tension2 kn. Tapi, sedarkah kita bahawa kita akan terus berada di dunia kita jika tdak mengambil tahu perkara lain. Seseorang yg mengambil jurusan perubatan tetapi perlu mengambil subjek math di asasi.Lalu bermacam lah suara yg keluar, aku ambik medic, tp npe kne amik math lak. Tak ade kaitan lsg..huh! Tak ade kaitan lgsg? btul ke? Fikirkanlah sendiri..

Dalam hidup, kerapkali kita berada di persimpangan dilemma utk membuat pilihan..Bagi aku la, jenis-jenis pilihan ni ada dua. Pertama sekali, memilih antara yg baik dan yg buruk.Contohnya, bila kita terjumpa dgn wang yg byk, kita boleh memilih untuk mengambilnya ataupun memulangkan kpd org yg sepatutnya. Pilihan itu berada di tangan kita samaada ingin melakukan kejahatan mahupun kebaikan.Pilihan begini mudah dilakukan kerana tentu sekali yang baik mengatasi yang buruk.Dalam kehidupan seharian, kita mudah shj untuk memilih samaada utk menipu ataupun tidak, samaada utk menolong ataupun sekadar melihat, samaada, untuk menjadi insan yg baik di mata Allah ataupun sebalik. Semuanya terserah kepada kita. Bila kita memilh, pastikan pilihan itu adalah yg terbaik.

Namun, pilihan jenis kedua pula rasanya sgt susah sedikit. Memilih sesuatu yang kita tidak mahu. Seseorang yg sudah memiliki buah hati tetapi terpaksa berkahwin dgn pilihan keluarga. Situasi seperti ini kerap shj berlaku dlm masyarakat kita. Pilihan yg kita tak suka, tapi kelama-lamaan akan disukai oleh kita dan seterusnya bahagia ke anak cucu.Pilihan keluarga sesungguhnya adalah yg terbaik. Seperti yg telah dicakapkan sebelum ni, sesuatu yg kita tak suka atau tak minat, akan mnjadi sebaliknya bila kita dah terbiasa mengalaminya dari hari ke hari. Dalam kehidupan, kita selalu berdepan dengan situasi terpaksa memilih apa yang kita tidak hendak.

Bagaimana pun, walaupun apa pun pilihan, kita mestilah menyukai apa yang kita telah pilih dan bukan membencinya. Ini adalah kerana, pilihan yang kita buat akan mempengaruhi minda dan emosi kita. Jika kita membenci apa yang kita pilih, kita terpaksa mengharunginya hari demi hari dan seterusnya menggangu kehidupan kita. Senang cakap sukalah apa yg kita pilih kerana kerana itu adalah yg tebaik utk kita.

Al-Quran ada menyentuh mengenai hal ini. “…boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Al-Baqarah 216)

1 comments:

Unknown said...

nice entri ..

Post a Comment

 
Aku dan Kau Berbeza... | TNB