Subscribe News Feed Subscribe Comments

Setiap org adalah Khalifah...


Proses revolusi sdg hangat berlaku di mesir sekarang. Dengan perintah berkurung yg diisytiharkan di seluruh negara mesir ,rusuhan yg mengorbankan byk nyawa, pertempuran antara tentera dan penunjuk perasaan, memperlihatkan betapa seriusnya rakyat mesir untuk menjatuhkan sistem pemerintahan korupsi dan penindasan oleh Mubarak. Revolusi ini dipengaruhi oleh rusuhan di Tunisia yg secara tidak lgsg berjaya menjatuhkan presidennya. Aku tak tau macam mna lah nasib rakyat-rakyat Malaysia yg berada di mesir terutamanya para pelajar yg berada di sana. Aku doakan semoga diorang tu selamat dan dapat meneruskan hidup walaupun kekalutan yg berlaku. Aku bersyukur sgt2 kerana masih dpt belajar dgn selamat di Malaysia yg boleh dikatakan aman walaupun byk juga pergolakan politik yg berlaku.

Seluruh dunia sebenarnya menyokong tindakan rakyat mesir menjatuhkan Mubarak. Mana tidaknya, dialah yg menjadi duri dalam daging, menutup sempadan ke Gaza. Mesir mengkhianati Islam apabila tanpa peri kemanusiaan menutup pintu masuk untuk membawa masuk pelbagai barang ke Gaza bagi keperluan penduduk Gaza. Disebabkan Gaza dikepung dan disekat dari dimasuki oleh sukarelawan islam dari semua arah, laluan yang boleh diharapkan oleh penduduk Gaza hanyalah menerusi pintu sempadan di Mesir.Namun, di bwah pemerintahan Mubarak, penduduk Gaza terus ditindas.

Berjayakah Hosni Mubarak dijatuhkan sebenarny?Harap2 begitulah. Sedih sgt2 tgk situasi yg berlaku sekarang. Ramai org yg tidak bersalah terkorban . Semoga revolusi ni cepat la habis dan sistem korupsi pemerintahan Mubarak selama 30 tahun dapat dijatuhkan seterusnya keadaan kembali tenang seperti biasa. Aku sempat juga tgk berita td, di rusia, lebih kurang 500 org berhimpun menyeru agar perdana menteri Vladimir Putin yg sikapnya menyerupai Mubarak meletak jwatan. Bila ada pnyelewengan dalam pemerintahan, rakyat akan bangkit untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mereka. Itu sudah pasti.

Rusuhan, perhimpunan dan perarakan. Kenapa semua ini berlaku? Senang saja. Semua ini berlaku kerana pemerintah tidak mementingkan hak rakyat dan terus menindas.Bukankah tugas pemimpin untuk membela hak rakyat? Untuk mengembalikan hak drp yg batil? Untuk memakmurkan bumi ini? Dimanakah tanggungjawab yg telah diamanahkan? Tidakkah mereka lupa yg mereka akan dipersoalkan di akhirat nt tentang apa yg telah mereka lakukan selama menjadi khalifah di atas muka bumi ini? Setiap org adalah pemimpin. Tidak kiralah pemimpin kepada org laen mahupun diri sendiri. Ingatlah, sebelum memimpin org laen pimpinlah diri sendiri.

0 comments:

Post a Comment

 
Aku dan Kau Berbeza... | TNB