Subscribe News Feed Subscribe Comments

Niatlah dengan penuh keikhlasan..


Hari Ahad lepas, aku pergilah ke EastCoast Mall(ECM) seorang diri. Hajat aku hanyalah satu, untuk membeli mp3 sony yg sudah disurvey sebelum ni. Minggu ni aku dengan tidak sengajanya terlibat dgn kursus induksi yg bg aku sgt memenatkan tetapi seronok. Apabila tamatnya kursus induksi tersebut, aku terus ke ECM untuk membeli mp3 tersebut walaupun dgn badan yg masih penat. Aku ni sebenarnya jenis yg tak sabar-sabar. Bila ada benda je yg aku nk, msti terus beli. Bila smpai je kt Sony Centre, penjual kt situ tu ckp mp3 yg aku nak dah habis stok. Malang betul nasib aku kn. Maka terpaksalah aku ke satu lagi shoping kompleks yg berdekatan untuk cari mp3 tersebut. Sampai je kt shoping complex tersebut, aku terus cari tempat yg ade jual mp3 yg aku nak tu. Mmg ade satu kedai yg juak barangan Sony, tp yg sedihnya, mp3 yg aku nak tu takde jugak. Akhirnya, aku terpaksa membeli mp4 Sony yg mahal sikit harganya.

Bila aku nak balik,, terserempak la dgn kwn lama aku time sekolah menengah dulu.Tak tahulah plak dia dah duduk kt Pahang.Terperanjat sgtlah aku. Rasanya dah 5 tahun tak berjumpa. Loss contact la katakan. Aku ni mmg rapat sgt2 dgn kwn aku ni. Ape yg aku buat msti die nak buat jugak kn. Kitorang ni slalu bersaing la. Seingat aku, pernah dulu, aku dan die, challenge masing2, siapa yg kahwin dulu, die tu mng. Mmg kelakar la time tu. Tapi bila aku tgk die sekarang, same macam dulu, tak berubah lgsg. Rupa-rupanya die sdah tidak belajar dan dah bekerja. Die ckp yg die sdah tidak berminat untuk belajar dan mahu berkerja cepat. Aku tak boleh salahkan die sbb lain org lain pemikiran kn, tp aku rase rugi sgt2. Dulu die mmg student yg pndai la bg aku. Aku pn kalah dgn die kn dalam pelajaran ni. Ingat lagi die ckp kt aku yg die nak jadi engineer, tp sekarang, semuanya tinggal kenangan.

Apa yg aku nak ckp kt cni ialah manusia ni tidak sama dan selalu saja berubah. Pada tahun baru ini, ramai yg bersemangat memasang niat untuk menjadi lebih baek, bekerja lebih rajin, menjadi pelajar cemerlang, buat itulah inilah. Tapi apabila masa berlalu, niat itu terus dilupakan begitu sahaja. Semua tujuan hidup dan hala tuju kita rerus terpesong daripada matlamat asal disebabkan tiada keazaman dan kekentalan dalam mencapai niat tersebut. Jika niat kita mahu berjaya, kenapa pula kita mudah saja berkata tidak, apabila rebah sekali. Kita smemangnya boleh bgn dan terus mencapai niat tersebut .

Cita-cita untuk menjadi pelajar terbaik, seorang profesional sama ada peguam, doktor, engineer mahupun ahli farmasi, perlukan kesungguhan, azam dan iltizam sebagai pendinding agar kecekalan hati tak tergoyah dan tergugat dgn gangguan luar ataupun diri kita sendiri. Kalau tak, kita hanyalah mengejar mimpi yg tak pasti. Sesuatu yg mustahil untuk dimiliki jika kita tidak mahu untuk mendaki dan terus mendaki ke puncak yg tertinggi.Seseorang yg berjaya mencapai impiannya belajar dlm dalam bidang perubatan di menara gading mungkin mempunyai niat asal untuk membantu keluarga bila tamat pengajian. Namun,oleh sebab terlupakan matlamat asalnya, dia mula ponteng kuliah, tidak membuat tugasan, malah tidak menduduki peperiksaan itu sendiri.

Begitu juga seseorang yg mahu mnjadi pelakon dan dia akhirnya berjaya menjadi pelakon yg tersohor. Tetapi niat asalnya terus hilang bila dia mengongkong dirinya dengan kehidupan yang gawat, penuh gossip dan skandal hingga masyarakat sudah lupa dia asalnya seorang pelakon yg disegani suatu ketika dahulu. Dalam situasi lain, ada doktor yang sudah tak lagi memulihkan pesakit, malah mencari jalan agar pesakitnya terus menerus bergantung pd ubat preskripsinya supaya poket pesakit dapat diperah selama yg mungkin.

Betapa ramai di antara kita yang berubah niat sehingga cita-cita tidak dapat dicapai?. Ataupun berapa ramai yg berubah niat asal setelah dapat mencapai apa yang dicita-citakan? Akibat berubah niat, maka cita-cita, azam, matlamat yang murni dan yang suci mula hilang daripada ingatan. Bila itu terjadi, maka cita-cita yg tergenggam itu terlerai jatuh ke bumi.

Adalah kita nak ini berlaku pada diri kita? Apakah tujuan hidup kita sebenarnya? Adakah kita masih teguh dengan niat kita? Mengapa pula kita senang saja untuk berubah niat? Ataupun adakah kita hanya sekadar memasang impian semata-mata? Fikirkanlah..

1 comments:

sYaFuaD said...

Bunga2 Cinta ayat.. mcm baca novel pulak.. huhuhu..

Post a Comment

 
Aku dan Kau Berbeza... | TNB