Subscribe News Feed Subscribe Comments

Perjalanan yang seronok...


Akhirnya sampai juga aku di rumah setelah menempuh perjalanan yg memenatkan selama lebih kurang enam jam. Perjalanan dari kuantan ke kota bharu mmg menguji kesabaran aku. Dah la jauh kn. Ditambah lg dgn jalan yg berlubang-lubang dan berliku-liku, hujan yg nk, tak nk je turun, asap lori yg menusuk hidung, dan macam-macam lg la. Tp yg paling penting, kemengantukan yg amat sgt terus melanda walaupun aku tidur bleh la dikatakan awal jugak semalam. Nasib baiklah aku tak berseorangan kn. Ditemani seorang kwn, ada la jugak benda yg nk dibualkan, walaupun dia akhirnya rebah bersama mimpi-mimpi yg indah.Akhirnya tinggallah aku berseorangan dengan melayan lagu-lagu yg berkumandang dari henset disebabkan kereta aku tak dilengkapi radio.Jalan dari Kuantan ke Kelantan mmg aku tak tau lgsg sebenarnya. Maklumlah, pengalaman memandu jauh masih mentah. Nasib baiklah ada dua org lagi kawan aku yg membwa kereta, maka ,keje aku hanyalah mnjadi follower setia mereka yg selalu je lesap dari pandangan aku dengan kelajuan yg menggila.

Memandu kereta dengan perjalanan yg jauh semalam mmg mencabar sebenarnya. Walaupun sebelum ni aku pnh memandu kereta utk dtg ke kuantan tp aku rase perjalanan semalam lg mengundahkan perasaan. Mana taknya, sesi lintas-melintas kereta yg menakutkan tak habis-habis. Maklumlah kereta yg slow ni kena la lintas ditambah lg dgn lori2 besar yg bergerak macam tak cukup makan je. Tapi aku sebenarnya seronok. Sepanjang perjalanan, macam-macam keindahan ciptaan tuhan aku dapat tgk.Maklumlah, perjalanan aku tu byk melalui kwasan hutan-hutan. Dengan kehijauan pokok-pokok, kejernihan air sungai dan tasik, ditambah lg dgn burung-burung yg berkicauan mmg mendamaikan hati.Hilang terus perasaan nk tdo aku kn. Ade ke burung berkicauan sebenarnya? Emm,takpelah, letak la jugak, macam best je bunyi kn..huhu. Kalau naik bas ni, mne smpt tgk semua2 ni, maklumlah tidur je keje kn. Sempat la juga tengok di kanan-kiri, hutan yg diterokai untuk membina kwasan perumahan, pusat pelancongan, resort-resort, kilang-kilang.

Selepas 4 jam berada di dalam kereta, penat tu mmg terasa walaupun tidak berlari ataupun bermain bola sepak. Perjalanan diteruskan, setelah singgah sebentar di masjid untuk solat dan mengisi perut. Kawan aku disebelah plak, kalau sebentar td dengan mimpinya, tp skng terus hanyut dgn movie-manianya. Aku plak terus memandu dengan sibuk sekali. Akhirnya, dalam pkul 5.30, aku pn sampai di rumah yg tercinta slepas puas meredah Pahang dan Terengganu. Yg paling penting, malam tu aku sempat tgk Bola Sepak Piala Sumbangsih. Kelantan menang lawan Selangor dgn keputusan 2-0. Cayalah Kelantan!! Tak sia-sia penat aku bawak kereta pagi td..Ada kaitan kee..huhu

0 comments:

Post a Comment

 
Aku dan Kau Berbeza... | TNB