Subscribe News Feed Subscribe Comments

Ada apa dengan buku..


Semalam aku sampai ke Kelantan dari Kuala Lumpur jam 7 malam. Aku ke Kl dengan menaiki kereta api dan balik ke Kelantan dengan menaiki bas. Walaupun sebelum ni aku pernah menaiki kereta api dan bas tetapi aku tidak pernah membuat perbandingan antara keduanya. Naik kereta api ni satu, makan masa yang lama dan tak ada ruang untuk aku solat(kena la solat duduk). Dah la makanan kat dalam mahal.(Sape suh makan sgt kan) Kalau naik bas pulak sebaliknya la kan walaupun semalam aku sampai lambat .Tapi yang penting aku akan mendahului bas dari kereta api. Emm..apalah yang aku merepek pagi-pagi ni kan. Tajuk entri aku hari ni berkenaan dengan buku. Aku pergi ke Kl pun hanya dengan satu tujuan iaitu ke Pesta Buku Antarabangsa dan seterusnya membeli buku dan apa-apa sahaja yang berkaitan dgn buku seperti novel dan majalah. Nak cakap aku ni peminat buku atau novel yang tegar, takdelah sgt kan. Tapi bila aku dah pegang buku ni, memang tak ingat benda lain la jawabnya.Dulu aku ni memang tak suka baca buku lagi-lagi buku yang tebal-tebal kan.Masa zaman sekolah dulu, bukan main lama lagi nak habiskan satu novel Komsas yang wajib dibaca tu.Tapi bila masuk ke alam universiti, mulalah berjinak-jinak dengan buku. Maklumlah dah besar dan matang kan. Lama-kelaman tu baru rasa baca buku ni best jugak ye.Buku yang dimaksudkan kat sini ialah buku seperti novel, buku islamik, travelog, biografi, buku pasal sejarah dan macam-macam lagi yang sewaktu dengannya. Buku pasal pelajaran macam biologi takde ke? Emm..buku pelajaran dan buku-buku yang diterangkan kat atas ni lain sikit..hehe.Maksud aku buku-buku ni boleh dibaca untuk santai-santai dan relaks bukan macam buku pelajaran yang perlukan keseriusan.

Bercakap pasal buku ataupun novel, aku lebih suka pada novel yang berunsurkan thriller, seram dan penyiasatan di samping novel yang diselitkan unsur-unsur islamik. Maaf la sebab novel cinta ataupun jiwang yang plot hampir sama semuanya kurang berkesan pada jiwa aku. Aku ingat lagi novel pertama yang aku baca ditulis oleh Ramlee Awang Mursyid(RAM) bertajuk ADAM kalau tak silap. Aku memang suka genre thriller yang diterapkan. Sehingga hari ni, novel RAM menjadi kegemaran aku dan novel RAM jugalah yang paling banyak kat rak buku aku. Bermula dengan RAM seterusnya Hlovate, Habiburrahman, Faisal Tehrani, Hilal Aysraf dan macam-macam lagi. Sekarang aku tengah membaca novel tulisan Bahruddin Bekri. Bagi aku, novel dia lebih bercerita tentang kehidupan sambil dimasukkan unsur-unsur humor yang memang kelakar. Bagi kaki-kaki novel, penulis-penulis kat atas memang tak asing lagi gn diorang dan bagi yang kurang membaca novel, jgn buat-buat kenal plak sebab korang memang tak kenal pn..huhu.

Bila sampai je kat bookfair, mata aku terus melilau ke sana-sini. Mana taknya, buku memang banyak sangat-sangat.(Dah namanya bookfair kan..huhu). Syarikat penerbitan yang membuat penjualan memang banyak la. Karangkraf, PTS, Galeri Ilmu, DBP dan macam-macam lagi la.Siap ada dewan sendiri plak tu.Tak habis kalau sehari berjalan. Dah la promosi dan diskaun pun banyak kan, borong buku la aku jawabnya hari tu.Dah la sebelum pergi tu, da ada list buku yang nak dibeli walaupun tak cukup bajet. Sedar tak sedar bila nak balik tu, plastik buku penuh kat tangan. Habis duit banyak-banyak pun tak kisah janji puas dapat buku yang dimahukan. Padahal buku-buku kat rumah pun tengah menunggu untuk dibaca kan..huhu. Takpelah, dah alang-alang datang dari jauh kan, lagi pn setahun sekali je bookfair besar camni.Dengar orang cakap, RAM akan datang untuk merasmikan novel barunya, Sutera Bidadari. Tapi masa tu, aku dah balik la.Sabar je la. Yang bestnya, bila naik komuter tu, ramai sangat orang macam tin sardin. Dengan buku yang banyak dan dihimpit berpuluh-puluhan orang, aduh..bayangkanlah sendiri. Boleh pengsan aku. Akhirnya sampai juga aku di rumah kawan aku dengan selamat bersama buku-buku yang tersayang..huhu

Bercakap pasal novel ni jugak kan, aku tengok novel-novel pada zaman sekarang ni tak sah kalau judul dia takde perkataan cinta kan. Karipap-karipap cinta lah, planet-planet cinta lah, Laskar cinta lah dan macam-macam lagi la yang ada cinta. Sikit-sikit cinta kan.Kalau tak cinta, sayang kan. Sesuatu yang berputar pada benda yang sama. Bosan betul.Nasib baik judul facebook cinta takde lagi..huhu. Adakah orang Melayu ni suka sangat pada cinta ni sehingga novel pun perlu ada cinta. Kalau tak, tak beli kan. Orang cakap judul novel yang ada cinta akan lebih laris jualannya. Betul ke.? Kalau aku ke kedai buku, novel yang ada judul cinta-cinta ni aku tak terdetik pun nak tengok dan belek-belek sebenarnya. Lainlah kalau novel tu bagus kan, macam Bumi Cinta ke. Novel Melayu sekarang sudah sisinonimkan dengan novel cinta. Walaupun isi tidak bercerita tentang cinta tetapi tajuk perlu ada cinta. Mungkin perkataan cinta ada tarikan yang tersendiri sehingga membuat orang mahu membelinya. Don’t judge a book by its cover? Betul ke? Zaman sekarang, orang membeli buku melihat pada cover dia. Itu first impression. Lepas tu tengok judul buku pulak. Kalau ada cinta, buku itu dibelek-belek dan begitulah sebaliknya. Then,tengok penulis pulak kan. Kalau penulis yang tersohor, novel tu terus dibeli tanpa banyak tanya kan.Apa-apa pun, majulah industri novel untuk Negara..huhu

0 comments:

Post a Comment

 
Aku dan Kau Berbeza... | TNB