Subscribe News Feed Subscribe Comments

Belajar daripada kesilapan?


Jarum jam menunjukkan lebih kurang pukul 1.40 ptg apabila aku tersentak dari tido. “Zarif..tolong ambik adik kat sekolah pukul 1.15 nanti ok”. Pesan mak masih tergiang-ngiang dalam kepala aku. Wahh! Nampaknya memang dah terlewat sangat-sangat la aku ni. Macam mana la aku boleh tertido pulak kan. Mungkin rancangan Melodi sangat bosan sehinga membuat aku terlelap.(Tak best la plak Zizan jadi pengacara ni) Setelah bersiap secepat mungkin, aku terus memecut kereta sehingga ke tahap pemandu F1. Maklumlah cuaca bukan main panas lagi, kesian plak kat adik aku tunggu lama-lama ni. Dalam sedar tak sedar aku memecut kereta, tiba-tiba aku perasan ada sekatan jalan ataupun roadblock yang dibuat oleh polis.Ni memang takda keje la ni, tak pun polis-polis ni dah habis duit kot.Nasib baik la diorang ni tak perasan aku bawak laju tadi. Bila lalu je kat depan polis, kereta aku disuruh berhenti kat tepi jalan. Aku pelik jugak kan, apa la salah aku plak ni. Nak tau. Rupa-rupanya, aku tak pakai tali pinggang keledar. .hahaha.Tak kelakar langsung pun. Serius aku langsung tak ingat nak pakai. Maka bermulalah adegan soal menyoal dengan polis ni. Macam-macam abang polis ni tanya aku. Terpaksalah aku membuat-buat muka simpati ditambah dengan dialog sedih yang dibuat-buat(pakai hentam je). Akhirnya aku terlepas dan terus memecut kereta sambil memakai apa yang sepatutnya. Aku sampai kat sekolah dalam pukul 2.30 ptg. Cari punya cari adik aku ni, rupa-rupanya, dia tengah main kejar-kejar dgn kawan-kawan dia. Seronok pulak tu. Ceh..buat penat je risau tadi. Dah la main polis entri. Aku dah la nyaris-nyaris nak kena saman boleh pulak die jadi polis.

Peristiwa yang diceritakan ini berlaku semalam. Kalau nak tahu, ini merupakan kali keempat aku ditahan oleh sebab yang sama. Tidak memakai tali pinggang keledar. Tiga kali oleh polis dan sekali oleh JPJ. Tiga kali di Kelantan dan sekali di Kuantan. Wah3..Hebat la jugak aku ni.(hebat la sangat kan). Nasib baik lah semua terlepas. Kalau tak, memang melayang la duit aku RM300.Cuba bayangkan tak pakai seatbelt pun dah kena saman RM300 kan. Kalau salah lain lagilah banyak kan. Nasib baik aku pandai cakap kan ditambah lagi dengan muka aku yang nampak baik ni.(Yela tu) Bila difikirkan balik, nak tergelak pun ada. Padahal bukan main terketar-ketar bila nak jawab polis tanya kan.(saya jnji tak buat lagi cik..hahaha) Polis-polis kat Malaysia ni boleh la dikatakan baik dan berperikemanusiaan. Bagus-bagus, ni yang aku suka sangat-sangat ni. Kalau nak saman, saman Dato-dato yang pakai kereta Mercedes ok, aku pakai kereta kancil je.hehe

Persolan timbul kat sini. Ade ke istilah belajar dari kesilapan sebenarnya. Kalau orang buat silap contohnya, ramai orang akan cakap, “ Relak la, takpe, kalau kau tak buat silap, bila lagi kan kau nak belajar. Sekurang-kurangnya benda ni buat kau lagi matang. Betul ke sebenarnya? Kalau aku la, bila aku dah buat silap, memang aku tak boleh lari dari mengulanginya. Tengok la sendiri peristiwa aku dengan tali pinggang keledar tu. Ni aku cakap pasal diri aku sendiri la. Tak tau la orang lain macam mana kan. Tapi bagi aku la, aku tengok majoriti orang ni, memang tak belajar daripada kesilapan. Mereka akan terus mengulanginya tak kiralah dua kali, tiga kali, mahupun seribu kali. Contohnya kat sini, kalau perompak dimasukkan penjara. Apabila mereka dibebaskan, mereka akan terdorang untuk terus merompak sebab itulah tabiat mereka. Lagi di sini, seseorang yang dulunya penuh dengan dosa dan bergelumang dengan maksiat, mahu berubah menjadi lebih baik dan mendekatkan diri dengan agama. Tapi kelama-lamaan, tabiat lama kembali dan menghimpit diri. Penyesalan dan perubahan yang dulu berlaku hanya sementara. Apabila ditimpa bala, ia akan insaf tetapi kelama-lamaan kembali ke tabiat lama. Begitulah proses pertukaran yang silih berganti. Begitu mudah.Itulah namanya manusia. Kesilapan yang dulu tidak digunakan untuk dijadikan pengajaran, malah terus melakukan kesilapan yang lebih besar.

Kata orang, orang yang melakukan silap dua kali boleh dikategorikan dalam orang yang bodoh. Mana taknya kan, dia buat silap tapi buat lagi. Tak ke bodoh tu namanya(terkena dgn btg hidung sendiri). Senang cakap kat sini, manusia memang tidak boleh lari dari melakukan kesilapan tapi kita boleh berusaha sedaya upaya untuk tidak mengulanginya kan.Memang susah tapi tidak mustahil kan kita boleh buat. Nothing is imposibble right..Chaiyok2!! Yang penting, kena tahan dgn polis buat kali ke lima sebab tak pakai seatbelt tidak akan berlaku dalam hidup aku lagi buat selama-lamanya.

0 comments:

Post a Comment

 
Aku dan Kau Berbeza... | TNB