Subscribe News Feed Subscribe Comments

Malaysia Boleh!!


Syabas diucapkan kpd skuad bola sepak Malaysia(Mas) kerana berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Piala Suzuki.Bangga menjadi rakyat Malaysia. Pada malam semalam, Malaysia berjaya membelasah Laos dgn keputusan selesa 5-1. Gol2 dihasilkn oleh Amri Yahyah, Amiruhadi, N.Shahrul Idlan Talaha dan satu gol sendiri oleh pasukan Laos. Kemaraan Malaysia itu juga dibantu oleh kemenangan 2-1 Indonesia ke atas Thailand. Terima Kasih la diucapkan kpd Bambang Pamungkas, bekas pemain Selangor yg menyumbat dua gol pada malam itu. Kedua-duanya melalui sepakan penalti. Ini bermakna Malaysia akan berdepan dgn juara kumpulan B yg masih tidak diketahui sama ada Filipina, Singapura ataupun Vietnam.

Pada sparuh masa pertama, aku tgk Malaysia agak goyah terutamanya pd bahagian pertahanan. Maklumlah, aku dgr, sume pemain pertahanan pd mlm itu adalah pemain baru. Maybe, tiada keserasian lagi.Apabila mendahului 1-0 melalui tandukan Amri Yahyah, aku dpt lihat rentak menyerang Malaysia terus hilang. Tidak sampai 3 minit, Loas telah berjaya menyamakan kedudukan melalui hantaran lintang. Selepas itu, posisi dilihat terus menjadi milik Laos. Pintu gol Malaysia terus bertubi-tubi diasak oleh pemain Laos. Byk clearance tidak berjaya dilakukan. Time tu mmg tak sedap duduk lah. Mana tak nye, peningkatan yg dilihat oleh pemain Laos mmg agak memberangsangkan. Walaupun Malaysia juga berjaya mendapatkan bola, tetapi kelihatan mereka agak sukar untuk melepasi benteng pertahanan tengah Laos. Malaysia byk menyerang di bahagian tepi kanan melalui crossing oleh Khyril Muhymen. Selepas itu permainan seimbang ditunjukkan oleh kedua-dua pihak. Malaysia akhirnya berjaya memperoleh gol kedua juga melalui Amri Yahyah hasil daripada sepakan lintang pada penghujung babak pertama. Time tu mmg lega lah cikit..huh!

Pada separuh masa kedua, aku tgk Malaysia bermula garang dengan asakan ke kubu lawan. Tidak seperti babak pertama, Malaysia dilihat menguasai permainan. Byk serangan dilakukan oleh N.Shahrul Idalan Talaha dan Safiq Rahim tetapi tidak membuahkan hasil. Laos juga tidak kurang hebatnya memberi saingan tetapi benteng pertahanan Malaysia nmpak semakin kukuh tidak seperti permulaan permainan. Byk pergerakan oleh pemain Laos Berjaya dihalang oleh Malaysia sehingga Laos sukar untuk menyerang. Separuh masa kedua juga dihangatkan lagi oleh hujan yg turun semakin lebat. Pergerakan bola menjadi semakin terbatas disebabkan air hujan.

Asakan yg ditunjukkan oleh Malaysia akhirnya membuahkan hasil apabila Amiruhadi menyumbat gol cantik hasil kesilapan pemain pertahanan Laos. Bola clearance melantun balik dan dibawa oleh Amiruhadi ke depan pntu gol seterusnya menyumbat gol ketiga Malaysia. Kedudukan Malaysia nampaknya semakin selesa tetapi mereka harus igt dalam bola sepak apa pun boleh terjadi kn. Permainan terus mendebarkan apabila mengetahui Thailand sedang mendahului Indonesia 1-0. Kemenangan Malaysia akan menjadi sia-sia apabila Thailand mencatat kemenangan. Selepas itu, Malaysia terus menambah koleksi gol melalui N.S Idlan Talaha juga akibat daripada kesilapan pemain pertahanan. Apabila permainan dilihat bakal berkesudahan 4-1, Malaysia terus menunjukkan taring apabila, mendapat gol kelima hasil kesilapan pemain Laos yg menyumbat gol sendiri. Akhirnya permainan berkesudahan Malaysia 5 Laos 1. Berita gembira juga dikhabarkan apabila mengetahui Indonesia menang keatas Thai 2-1. Ini bermakna Malaysia layak ke separuh akhir. Tahniah Malaysia.

Diharapkan Malaysia dapat memasuki peringkat akhir dan seterusnya menjadi juara Piala Suzuki. Walaupun byk komen negatif diberikan kepada skuad Mlaysia tetapi mereka tetap mnunjukkkan semangat yg berkobar-kobar dan membuktikan bahawa Malaysia Boleh!! Wah3, jadi pengulas sukan la plak aku hari ni kan..hahahaa

p/s : Aku sebenarnya tak suka jersi baru Malaysia tu, tak lawa langsung..huhu

Rahsia di sebalik bulan Muharram..


Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulallah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.Pada asasnya, Muharram membawa maksud “diharamkan” atau “dipantang” iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al Baqarah 91).Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan tersebut.

Peristiwa-peristiwa penting:

1. 1 Muharram – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
2. 10 Muharram – Dinamakan juga hari “Asyura” pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah dari menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharram juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
13. Hari pertama Allah menciptakan alam
14. Hari Pertama Alllah menurunkan rahmat
15. Hari pertama Allah menurnkan hujan
16. Allah menjadikan ‘Arasy
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz
18. Allah menjadikan alam
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril
20. Nabi Isa diangkat ke langit


Diantara amalan yang disunatkan dalam bulan Muharaam iaitu:


1. Berpuasa.
Maksud Hadis: barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan
Muharram pahalanya seumpama berpusasa 30 tahun.
Maksud Hadis:Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam
bulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah
tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.

2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.

3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X

4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X


14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram )


1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marah
fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi
tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor
gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi
pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak
fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu

10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat
nanti

11 Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan
selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat
kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di
baca Qulhuwallah sebelas kali.

12 Membaca
“has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”
fadhilat – Tidak mati pada tahun ini

13.Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14.Puasa
Niat – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu
kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Rayyan Fantasi



Rayyan Fantasi. Novel terbaru Ramlee Awang Mursyid(RAM) yg sudah disiapkan sepenuhnya. Pagi dua hari lepas aku bangun awal dan sempat jugak la tgk Selamat Pagi Malaysia(SPM) kt TV1. Macam mane la aku bleh bangun awal plak kn. Pelik tp benar. Selalunya mmg liat sgt nk bgn awal masa cti ni kn....huhu.Topic yg dibincangkan tentang marah tp sayang rasenya klu tak salah aku la. Best la jugak aku dgr kn. Dalam SPM tu jgak ade RAM tgh interview seseorang. Sebelum tu RAM sempat la jgak promote novel terbaru die bertajuk Rayyan Fantasi. Wah..dah ade novel baru rupanya abg RAM kita ni. Aku rase novel Cinta Sufi yg aku bace sebelum ni ,baru lg. Tak sampai setahun kot. Cepatnya da kuar novel baru kn. Tp bagus la kn. Jnji novel tu berkualiti dan kethrilleran tu tetap ade. Betul tak abg RAM yg dah semakin nsem rasenya aku tgk kt TV tu. Kne dapatkan segera ni. Mana bleh org lain bace sebelum aku..huhu. Abg RAM cakap 4 disember ni baru kuar kt pasaran. Tu kat KL kot.Kalau kt Kelantan lambat la lg jawabnya kn. Takpe2, sabar je, tak lari ke mana pn novel tu kan.

Cerita pasal RAM ni. Macam mana aku bleh suka baca novel die plak ni. Tiba-tiba je bleh sangkut kn. Aku pn dah lupe..huhu. Macam ni rasenya. Masa kt asasi dulu, aku pnh lepak gn kwn aku. Time tu die cerita la novel yg die bace kt aku. Tajuk die Ungu Karmila oleh RAM. Bkan main semangat lagi kwan aku tu bercerita dekat aku ni. Setiap watak dalam novel tu die bgitau secara terperinci. Aku pn khusyuk je la dngar kn. Tp gaya die cerita tu mmg menampakkan la yg novel tu betul2 best. Aku ni tau2 je la kn, bukan suka sgt bace novel ni, lagi-lagi novel cintan2 yg bagi aku, sume same je. Aku pn tak tau la kenape pmpn ni ske sgt baca novel. Siap nangis2 lak tu kn. Tp takpelah, da mmg minat diorang kn, aku nk buat mcm mne. Setiap org tu ade minat die masing2 kn. Btol tak akak Balqis.? Kalau tak novel cinta, novel islamik.Novel macam Tautan Hati oleh Fatimah Syarha tu, aku tgk mmg bagus sgt2. Mmg sesuai sgt2 dgn remaja dan patut dibaca.Ciri-ciri islamik tu mmg Nampak la. Baguslah. Yg penting kita dapat pengajaran dari novel yg kita baca tu kan.

Eh.. Kemana ntah aku melalut ni..huhu. Berbalik pd novel RAM td. Masa cuti panjang time asasi, aku mmg bosan sgt2 la kn.Tak tau nk buat ape kt rumah, jadi lepaklah kt shoping complex. Masa kt dalam kedai buku POPULAR, aku jln-jln la, saje tgk-tgk buku kn. Nak dijadikan cerita, aku terpandang la satu novel ni. Tajuk die mmg pelik sgt2. Tombiruo. Ape kebende tu. Hantu ke ape..huhu. Aku tgk nme pengarang die tak lain tak bukan abg RAM kta ni. Aku igtlah la balik novel yg pernah kwn aku bace dan cerita kt aku tu, penulis die name RAM jgak.Mesti novel ni best jgak ni. Akhirnya novel tu berjaya jugak membuat aku membelinya walaupun aku ni tak suka dan tak pernah baca novel. Yg peliknya, satu haria aku dah abis baca novel tu. Mmg best sgt2. Akhirnya baru aku tahu tombiruo tu sebenarnya apa..huhu.

Aku respek la RAM sebab berjaya menimbulkan unsur thriller dan suspen dalam novel tu sehingga membuatkan perasaan ingin tahu aku membuak-buak.Lepas novel tombiruo tu, aku beli la plak novel Tombiruo Terakhir. Igtkan novel tu sambungan tombiruo,rupa-rupanya bukan. Terpaksalah aku beli novel semangat hutan, novel no. dua die sebelum membaca novel tombiruo terakhir tu..huhu. Rupa-rupanya ada lg karya RAM yg lagi popular daripada trilogi Tombiruo yg aku baca tu..tak lain tak bukan Trilogi Bagaikan Puteri. Aku tgk byk reaksi positif org terhadap novel-novel tu. Yg aku tau, sekarang..sume novel2 tu aku dah bace. Respek sgt2 kt RAM. Walaupun berunsurkan thriller, ciri-ciri islamik tu tetap diselitkan.

Sejak dari hari tu, novel2 RAM menjadi antara karya kegemaran aku. Yang aku tau skg, aku perlu mendapatkan Rayyan Fantasi. Kalau da dapat, siap la awak sy kerjakan..huhu

Ingatlah, CCTV Allah Tetap Ada..


Bila masuk je dalam kdai 24 jam seven eleven(711), teringat pulak peristiwa yg berlaku masa aku beli barang kt 711 dekat gn tunas manja, indera mahkota 2, kuantan. Peristiwa tu mmg akan aku igt sampai bila2.Peristiwa itu lah buat aku tak menjejakkkan kaki ke 711 eleven tu lagi. Peristiwa tu bukan manis tapi pahit dan aku rase malang la bagi org macam aku ni. Tapi bila aku igt balik, nk tergelak pn ade walaupun ia satu peristiwa yg tak kelakar lgsg.

Kisah tu macam ni, aku masuk kedai 711 tu utk beli air tin dan gula2 strepsil. Aku igt sgt2 la. Aku pn pg kt kaunter dan bagi la duit kertas rm50. Lpas dapat duit balance tu, aku pn blah la sbb masa tu aku pn nk cepat kn. Bila da kuar tu, aku pg la beli oblong kejap . Tp yg aku terkejutnya, duit dalam poket aku ade rm5 je. Nasib baek la cukup nk bayar oblong tu kan, klau tak, tak tau la cmne aku nk buat. Aku hairan gak mana duit balance aku mase beli kt 711 td kn. Skng baru aku sedar, org 711 tu bagi balance kt aku rm5 je bukan rm45 yg sepatutnya.

Aku pn ape lg, pg la 711 tu balik, dan ckp kt org 711 tu yg dia silap bagi balance. Tp org tu cakap balance yg die bg da btul sebab aku bg rm10. Aku pn terkejutlah. Aku ckp aku bg rm50. Tp org 711 tu tak caye sebab bila die cek balik dalam mesin wang tu mmg die key in rm 10. Aku pn taktau nak buat cmne. Mmg kalah la aku klu bertekak dgn pkcik 711 tu. Nasib baek la kt atas kaunter pembayaran tu ade cctv. Biasala kt kedai cmni mmg dilengkapi cctv takut kne rompak kn. Aku pn gtau la kt org 711 tu suruh die tgk cctv.Pndai tak aku. Dia pn setujula tp cctv tu terpaksa dibuka esok sebab die ckp die takde password utk bkak cctv tu skang. Pasword tu ade kt bos die. Aku bagi no henpon aku kt org tu dan suruh die call klu ade pape.

Aku pn balik la dgn hati yg masih tak tenang sebab duit rm45 aku tu masih tak dapat. Nak makan oblong pun rase macam tak ade selera lgsg. Tgh aku sedap makan tu, tiba-tiba henpon aku pn berbunyi. Tgk no. mmg tak ade dalam contact aku, so aku assume org 711 tu call aku. Aku pn angkat la. Org 711 tu cakap aku bagi rm10 dan die cakap gak aku ni penipu. Terperanjatlah aku dibuatnya. Ingatkan die dah tgk cctv tu, rupa-rupanya tak tgk lg. Aku pn marah la kn. Tetiba je ckp aku penipu sdangkan cctv tak tgk lg. Aku cakap la yg aku mmg bg rm50. Die tetap tak percaya dan suruh aku buat laporan polis. Die cakap kalau nk bkak cctv tu mmg kne buat laporan polis sbb tu mmg polisi kedai tu. Aku pn tension la sbb melibatkan polis la plak kn. Aku pn setujulah nak buat laporan polis sbb mmg tak puas hati sgt2. Aku marah la die habis-habisan dalam henfon tu. Lepas tu die cakap plak, klu tgk kt cctv tu yg aku salah dan mmg bagi rm10, pihak 711 bleh amik tindakan kt aku sbb menipu. Aku cakap la kt die yg aku lgsg tak kisah sbb aku tahu aku di pihak yg betul kn. Aku cakap la blik kt die yg aku boleh saman kedai tu kalau dalam cctv tu mmg aku betul2 bagi rm50. Org tu terdiam dan die letak telefon. Haha.. Pdan la gn mke tu. Spe suh gertak aku sgt kan.

Lepas solat maghrib, org 711 tu call aku blik dan suruh aku dtg ke 711 dan amik blik duit aku. Die cakap bos 711 tu suruh bagi duit kt aku tanpa tgk cctv. Nasib baek la kn. Kalau tak, tak pasal-pasal la aku kne pg repot polis. Dah la balai polis jauh kn. Aku rase 711 tu takut kot nk tgk cctv sbb aku gertak nak saman kdai diorang. Lpas tu aku pn pergi la kedai 711 tu dan amik duit balance aku yg sepatutnya. Org 711 tu diam dan bagi je duit tu kt aku. Aku pn baliklah dgn gembira. Sempat la jgak aku cakap kt org 711 tu , kalau kerja, mata jgn letak kt lutut k..hahaa


Peristiwa kt 711 ni buat aku selalu berjaga-jaga kalau nk membayar duit la. Maklumlah, belajar dari kesilapan kn. Silap aku gak sebab terlalu terburu-buru dan nak cepat kn. Lain kali kena berhati-hati dan alert sikit ape yg aku buat. Ni tak, org bagi balance tak betul pn, aku tak perasan kan. Maklumlah, manusia la katakan. Tapi org tu jgak tak patut lepas pndang masa aku bagi duit tu. Masa ni lah kita nak lihat, macam mana komitmen dlm bekerja tu sendiri. Sikap sambil lewa tak sepatutnya ditunjukkn oleh pekerja itu hingga memberi masalah kepada pelanggan. Nasib baek la ade cctv tu kan walaupn tak sempat nak tgk. Tapi apa yg penting di sini, kita perlulah jujur dalam melakukan sesuatu perkara.Walaupun kita mencuri dan tak dirakam oleh CCTV. Jangan sesekali ingat yang kita ni dah selamat. Mungkin kt dunia ni boleh lg kita melepaskan diri, tp kt akhirat tu jgn harap la kita nak lepas. Ingatlah, CCTV Allah tetap ada walaupun di mana kita berada..

Syaitan Takut Orang Tak Solat?


Syaitan pn takut ke org tak solat? Pelik betul kn.Tp itulah terjadi pada kisah kt bawah. Bila bca cte ni rase bagus la plak syaitan ni. At least, dia alert ape yg berlaku kt sekeliling dan mengambil tindakan yg sepatutnya.


Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh.
Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan.
Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat,
maka syaitan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang boleh menjadi sahabatku..!"
Begitu juga ketika waktu Zuhur orang ini tidak mengerjakan solat,
syaitan tersenyum lebar sambil membatin, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"
Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asik dengan kegiatannya, syaitan mulai terdiam......
Kemudian ketika datang waktunya maghrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka syaitan nampak mulai gelisah,
senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahwa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu.
Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya', maka syaitan itu sangat panik.
Ia rupanya tidak boleh menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan,
"Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !"
Dengan keheranan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?".
"Aku takut !", jawab syaitan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada "Adam", telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya (Sujud pada Allah). Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !", kata syaitan sambil beredar pergi.


Syaitan sendiri pn takut lihat Allah murka. Kta plak cmne. Selalu buat benda yg tak disukai oleh Allah dan tinggalkan ape yg disukai oleh Allah. Macam takde pape plak kn. Kt cni, kita perlu contohi syaitan itu sendiri yg takut berkawan dengan org yg buat Allah marah sebab takut kena tempias kemurkaan Allah tu. So, fikir-fkirkanlah.

Ikhlaslah dalam Bersedekah..

Tengahari tadi, seperti biasa, aku pergi menunaikan solat Jumaat di masjid. Khutbah arini berkenaan dgn dakwah. Best la jgakk dengar walaupn sound die tak berapa bagus. Tenang je hati bila dengar. Dan seperti biasa juga, bekas utk org mensedekahkan duit akan bergerak dari org ke org. Bila bekas tu sampai depan aku, maka duit seringgit pun bertukat tempat. Bukan la aku nak bangga sebab bagi sedekah tp duit seringgit tu mmg dah ade dalam poket aku secara tak sengaja..huhu. So, bagi jela. Biasanya, bila time solat jumaat ni, aku selalu gak bagi derma klu ingat, klu tak ingat tu tak la.

Bila bekas isi duit tu bergerak kepada org sebelah aku, aku tgk dia keluarkan duit rm10. Wah..Malu aku dibuatnya bila tgk duit kertas warna merah tu. Mana taknya, tak pernah2 aku derma rm10. Tp sedekah ni org cakap kena ikhlas kn. So, tak kirala berapa ringgit jnji tu dibuat dengan ikhlas dan x menunjuk-nunjuk. Org ikhlas yg sedekah rm1 lg bagus dari org yg sedekah rm100 tp tak ikhlas dan menunjuk-nunjuk. Betul la kn. Semua atas dunia ni kenalah buat ikhlas kerana Allah s.w.t tak kiralah beribadah, belajar dan semua perkara yg dilakukan dalam kehidupan seharian.

Berbalik pada org yg sedekah rm10 tadi, dia buat sesuatu yg betul2 mengejutkan aku. Nak tahu apa. Dia buka bekas isi duit td, dan amik duit dalam tu.Rupa-rupanya dia bkn nk sedekah rm10 tp sikit je. Aku tak tau la berapa die bagi sdekah tu. Dah tak ade duit kecik kan, tp nk sdekah jugak. Jd balance duit amik la dalam bekas tu. Biar betul pakcik ni. Terkejut jgak la aku. Dia ni tak malu ke apa org tgk. Nak sedekah tu siap ambik balance lg. Tak pernah2 dibuat org kn.

Bila aku fikir balik, betul ke apa yg pakcik ni buat sebenarnya. At least, dia ade la jgak keazaman nak bagi sedekah kn. Kalau aku ada duit besar, mmg dah tak sedekah la jwbnya..huhu.tp pkcik ni, walaupun ada duit besar, dia bagi sedekah gak walaupun dgn cara yg agak pelik. Nak cakap menunjuk-nunjuk, dia cuma amik duit balance dalam bekas tu. Mmg la semua org tgk tp kalau aku, mmg lgsg tak bangga la buat cmtu. Tapi yg aku pasti pakcik ni mmg satu dalam seribu la yg buat cmtu..huhu.

Ada satu cerita lagi, pasal sedekah gak la. Ada srg budak ni, bila bekas isi duit ni lalu depan dia, dia cme tgk dan senyum je kt bekas tu. Ayah dia tengok pn pelik. Bila ayah dia tanya nape die senyum, die cakap.. Senyum itukan sedekah..hahahaa.Pndai btul bdak nii.

It Just a Dream?




Mimpi. Sesuatu yang sangat sukar untuk ditafsirkan dengan akal. Jelmaan realiti yang sentiasa hadir tatkala otak yang waras dibuai-buai oleh kegusaran dan kekusutan yang tidak berkesudahan. Ada kalanya ia mampu untuk diterjemahkan dan ada ketika ia langsung tidak mampu untuk dimengerti sehingga menjadi satu igauan ngeri. Kewujudannya bagai memberi seribu satu erti dan nyata terlalu rumit untuk dibongkari. Ia dapat memanipulasi diri ke satu dimensi yang tidak pasti. Dunia yang boleh diungkapkan sebagai indah pada suatu ketika tetapi boleh berubah sekelip mata menjadi satu igauan yang memakan diri sendiri. Namun, semua itu hanyalah mimpi. Mainan tidur yang tidak akan berhenti selagi realiti membelenggu diri dari hari ke hari.


Begitulah antara persepsi aku tentang mimpi.Setiap hari, aku memang tidak boleh melarikan diri daripada mimpi walaupun membasuh kaki. Kadangkala ia ngeri dan kadangkala ia mendamaikan hati. Aku pun masih tidak dapat mengerti akan erti sebenar mimpi yg sentiasa dialami.

mimpi 1
Aku pernah bermimpi dikejar ular yg byk sgt2.Aku rase inilah mimpi yg paling pelik pernah aku alami.Dalam mimpi tu aku berada dalam sebuah rumah yg kosong.Rumah tu dikelilingi byk sgt ular.Puas aku tutup pintu, buat macam2 tp ular 2 bleh masuk gak dalam umah.Aku pn ape lg..ketuk la ular 2 satu2 dgn pnyapu.Akhirnya sume ular 2 pergi.Aku pn keluar la dr umah tu tp tetiba datang ular yg besar kejar aku.Aku pn ape lagi lari la.Bila time ular 2 nk patuk aku..aku pn terjaga..Huh, mmg seram la mimpi ni. Aku pn xtau la ape maknenye ular2 ni sume..

mimpi 2
Aku juga pernah bermimpi berada dalam sebuah rumah. Dalam rumah tu ade meja.Atas meja tu ada byk makanan sgt2.Sumenya nmpk sdap2.Macam org kaya la plak kn.Dalam rumah 2 ade aku sorang je.Tapi bila time aku nak makan makanan tu..aku terus terjaga.Mmg tension sgt2 la.tak sempat nak makan satu pn tau.Mimpi ni selau gak aku alami.At least,bg la aku makan dulu kan..huhu

mimpi 3
Aku pernah alami satu mimpi ni, masa tu aku berada di tmpt tinggi sangat- aku sdg meniti *ntah panggil apa, tp sempit sngat ruang utk brjalan..tp aku bleh je berjlan dgn senang.ble smpai je ntah camner.. badan rasa brat bangat.. then satu tarikan dr bawah menyebabkan ak terjatuh.. *lama gak amik masa nk jatuh.. time tuh ingat ke InnaliLlah je.. x smpt sntuh lantai dan terkejut dr mimpi.. huh nasib baik.. syukurlah..seram gak mimpi ni..


Itulah antara mimpi2 pelik yg pernah aku alami.Ade org ckp mimpi ni ade makna die yg tersendiri.Tu aku xtau la cmne.Kn bagus klu aku x bermimpi..tp x best gak kn..huhu, nt kne tnye org pakar dalam bab2 mimpi nii.

p/s : Mimpi.Fantasi atau reali?
 
Aku dan Kau Berbeza... | TNB