Subscribe News Feed Subscribe Comments

Ikhlaslah dalam Bersedekah..

Tengahari tadi, seperti biasa, aku pergi menunaikan solat Jumaat di masjid. Khutbah arini berkenaan dgn dakwah. Best la jgakk dengar walaupn sound die tak berapa bagus. Tenang je hati bila dengar. Dan seperti biasa juga, bekas utk org mensedekahkan duit akan bergerak dari org ke org. Bila bekas tu sampai depan aku, maka duit seringgit pun bertukat tempat. Bukan la aku nak bangga sebab bagi sedekah tp duit seringgit tu mmg dah ade dalam poket aku secara tak sengaja..huhu. So, bagi jela. Biasanya, bila time solat jumaat ni, aku selalu gak bagi derma klu ingat, klu tak ingat tu tak la.

Bila bekas isi duit tu bergerak kepada org sebelah aku, aku tgk dia keluarkan duit rm10. Wah..Malu aku dibuatnya bila tgk duit kertas warna merah tu. Mana taknya, tak pernah2 aku derma rm10. Tp sedekah ni org cakap kena ikhlas kn. So, tak kirala berapa ringgit jnji tu dibuat dengan ikhlas dan x menunjuk-nunjuk. Org ikhlas yg sedekah rm1 lg bagus dari org yg sedekah rm100 tp tak ikhlas dan menunjuk-nunjuk. Betul la kn. Semua atas dunia ni kenalah buat ikhlas kerana Allah s.w.t tak kiralah beribadah, belajar dan semua perkara yg dilakukan dalam kehidupan seharian.

Berbalik pada org yg sedekah rm10 tadi, dia buat sesuatu yg betul2 mengejutkan aku. Nak tahu apa. Dia buka bekas isi duit td, dan amik duit dalam tu.Rupa-rupanya dia bkn nk sedekah rm10 tp sikit je. Aku tak tau la berapa die bagi sdekah tu. Dah tak ade duit kecik kan, tp nk sdekah jugak. Jd balance duit amik la dalam bekas tu. Biar betul pakcik ni. Terkejut jgak la aku. Dia ni tak malu ke apa org tgk. Nak sedekah tu siap ambik balance lg. Tak pernah2 dibuat org kn.

Bila aku fikir balik, betul ke apa yg pakcik ni buat sebenarnya. At least, dia ade la jgak keazaman nak bagi sedekah kn. Kalau aku ada duit besar, mmg dah tak sedekah la jwbnya..huhu.tp pkcik ni, walaupun ada duit besar, dia bagi sedekah gak walaupun dgn cara yg agak pelik. Nak cakap menunjuk-nunjuk, dia cuma amik duit balance dalam bekas tu. Mmg la semua org tgk tp kalau aku, mmg lgsg tak bangga la buat cmtu. Tapi yg aku pasti pakcik ni mmg satu dalam seribu la yg buat cmtu..huhu.

Ada satu cerita lagi, pasal sedekah gak la. Ada srg budak ni, bila bekas isi duit ni lalu depan dia, dia cme tgk dan senyum je kt bekas tu. Ayah dia tengok pn pelik. Bila ayah dia tanya nape die senyum, die cakap.. Senyum itukan sedekah..hahahaa.Pndai btul bdak nii.

0 comments:

Post a Comment

 
Aku dan Kau Berbeza... | TNB