Subscribe News Feed Subscribe Comments

Malaysia Boleh!!


Syabas diucapkan kpd skuad bola sepak Malaysia(Mas) kerana berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Piala Suzuki.Bangga menjadi rakyat Malaysia. Pada malam semalam, Malaysia berjaya membelasah Laos dgn keputusan selesa 5-1. Gol2 dihasilkn oleh Amri Yahyah, Amiruhadi, N.Shahrul Idlan Talaha dan satu gol sendiri oleh pasukan Laos. Kemaraan Malaysia itu juga dibantu oleh kemenangan 2-1 Indonesia ke atas Thailand. Terima Kasih la diucapkan kpd Bambang Pamungkas, bekas pemain Selangor yg menyumbat dua gol pada malam itu. Kedua-duanya melalui sepakan penalti. Ini bermakna Malaysia akan berdepan dgn juara kumpulan B yg masih tidak diketahui sama ada Filipina, Singapura ataupun Vietnam.

Pada sparuh masa pertama, aku tgk Malaysia agak goyah terutamanya pd bahagian pertahanan. Maklumlah, aku dgr, sume pemain pertahanan pd mlm itu adalah pemain baru. Maybe, tiada keserasian lagi.Apabila mendahului 1-0 melalui tandukan Amri Yahyah, aku dpt lihat rentak menyerang Malaysia terus hilang. Tidak sampai 3 minit, Loas telah berjaya menyamakan kedudukan melalui hantaran lintang. Selepas itu, posisi dilihat terus menjadi milik Laos. Pintu gol Malaysia terus bertubi-tubi diasak oleh pemain Laos. Byk clearance tidak berjaya dilakukan. Time tu mmg tak sedap duduk lah. Mana tak nye, peningkatan yg dilihat oleh pemain Laos mmg agak memberangsangkan. Walaupun Malaysia juga berjaya mendapatkan bola, tetapi kelihatan mereka agak sukar untuk melepasi benteng pertahanan tengah Laos. Malaysia byk menyerang di bahagian tepi kanan melalui crossing oleh Khyril Muhymen. Selepas itu permainan seimbang ditunjukkan oleh kedua-dua pihak. Malaysia akhirnya berjaya memperoleh gol kedua juga melalui Amri Yahyah hasil daripada sepakan lintang pada penghujung babak pertama. Time tu mmg lega lah cikit..huh!

Pada separuh masa kedua, aku tgk Malaysia bermula garang dengan asakan ke kubu lawan. Tidak seperti babak pertama, Malaysia dilihat menguasai permainan. Byk serangan dilakukan oleh N.Shahrul Idalan Talaha dan Safiq Rahim tetapi tidak membuahkan hasil. Laos juga tidak kurang hebatnya memberi saingan tetapi benteng pertahanan Malaysia nmpak semakin kukuh tidak seperti permulaan permainan. Byk pergerakan oleh pemain Laos Berjaya dihalang oleh Malaysia sehingga Laos sukar untuk menyerang. Separuh masa kedua juga dihangatkan lagi oleh hujan yg turun semakin lebat. Pergerakan bola menjadi semakin terbatas disebabkan air hujan.

Asakan yg ditunjukkan oleh Malaysia akhirnya membuahkan hasil apabila Amiruhadi menyumbat gol cantik hasil kesilapan pemain pertahanan Laos. Bola clearance melantun balik dan dibawa oleh Amiruhadi ke depan pntu gol seterusnya menyumbat gol ketiga Malaysia. Kedudukan Malaysia nampaknya semakin selesa tetapi mereka harus igt dalam bola sepak apa pun boleh terjadi kn. Permainan terus mendebarkan apabila mengetahui Thailand sedang mendahului Indonesia 1-0. Kemenangan Malaysia akan menjadi sia-sia apabila Thailand mencatat kemenangan. Selepas itu, Malaysia terus menambah koleksi gol melalui N.S Idlan Talaha juga akibat daripada kesilapan pemain pertahanan. Apabila permainan dilihat bakal berkesudahan 4-1, Malaysia terus menunjukkan taring apabila, mendapat gol kelima hasil kesilapan pemain Laos yg menyumbat gol sendiri. Akhirnya permainan berkesudahan Malaysia 5 Laos 1. Berita gembira juga dikhabarkan apabila mengetahui Indonesia menang keatas Thai 2-1. Ini bermakna Malaysia layak ke separuh akhir. Tahniah Malaysia.

Diharapkan Malaysia dapat memasuki peringkat akhir dan seterusnya menjadi juara Piala Suzuki. Walaupun byk komen negatif diberikan kepada skuad Mlaysia tetapi mereka tetap mnunjukkkan semangat yg berkobar-kobar dan membuktikan bahawa Malaysia Boleh!! Wah3, jadi pengulas sukan la plak aku hari ni kan..hahahaa

p/s : Aku sebenarnya tak suka jersi baru Malaysia tu, tak lawa langsung..huhu

0 comments:

Post a Comment

 
Aku dan Kau Berbeza... | TNB