Subscribe News Feed Subscribe Comments

Rayyan Fantasi



Rayyan Fantasi. Novel terbaru Ramlee Awang Mursyid(RAM) yg sudah disiapkan sepenuhnya. Pagi dua hari lepas aku bangun awal dan sempat jugak la tgk Selamat Pagi Malaysia(SPM) kt TV1. Macam mane la aku bleh bangun awal plak kn. Pelik tp benar. Selalunya mmg liat sgt nk bgn awal masa cti ni kn....huhu.Topic yg dibincangkan tentang marah tp sayang rasenya klu tak salah aku la. Best la jugak aku dgr kn. Dalam SPM tu jgak ade RAM tgh interview seseorang. Sebelum tu RAM sempat la jgak promote novel terbaru die bertajuk Rayyan Fantasi. Wah..dah ade novel baru rupanya abg RAM kita ni. Aku rase novel Cinta Sufi yg aku bace sebelum ni ,baru lg. Tak sampai setahun kot. Cepatnya da kuar novel baru kn. Tp bagus la kn. Jnji novel tu berkualiti dan kethrilleran tu tetap ade. Betul tak abg RAM yg dah semakin nsem rasenya aku tgk kt TV tu. Kne dapatkan segera ni. Mana bleh org lain bace sebelum aku..huhu. Abg RAM cakap 4 disember ni baru kuar kt pasaran. Tu kat KL kot.Kalau kt Kelantan lambat la lg jawabnya kn. Takpe2, sabar je, tak lari ke mana pn novel tu kan.

Cerita pasal RAM ni. Macam mana aku bleh suka baca novel die plak ni. Tiba-tiba je bleh sangkut kn. Aku pn dah lupe..huhu. Macam ni rasenya. Masa kt asasi dulu, aku pnh lepak gn kwn aku. Time tu die cerita la novel yg die bace kt aku. Tajuk die Ungu Karmila oleh RAM. Bkan main semangat lagi kwan aku tu bercerita dekat aku ni. Setiap watak dalam novel tu die bgitau secara terperinci. Aku pn khusyuk je la dngar kn. Tp gaya die cerita tu mmg menampakkan la yg novel tu betul2 best. Aku ni tau2 je la kn, bukan suka sgt bace novel ni, lagi-lagi novel cintan2 yg bagi aku, sume same je. Aku pn tak tau la kenape pmpn ni ske sgt baca novel. Siap nangis2 lak tu kn. Tp takpelah, da mmg minat diorang kn, aku nk buat mcm mne. Setiap org tu ade minat die masing2 kn. Btol tak akak Balqis.? Kalau tak novel cinta, novel islamik.Novel macam Tautan Hati oleh Fatimah Syarha tu, aku tgk mmg bagus sgt2. Mmg sesuai sgt2 dgn remaja dan patut dibaca.Ciri-ciri islamik tu mmg Nampak la. Baguslah. Yg penting kita dapat pengajaran dari novel yg kita baca tu kan.

Eh.. Kemana ntah aku melalut ni..huhu. Berbalik pd novel RAM td. Masa cuti panjang time asasi, aku mmg bosan sgt2 la kn.Tak tau nk buat ape kt rumah, jadi lepaklah kt shoping complex. Masa kt dalam kedai buku POPULAR, aku jln-jln la, saje tgk-tgk buku kn. Nak dijadikan cerita, aku terpandang la satu novel ni. Tajuk die mmg pelik sgt2. Tombiruo. Ape kebende tu. Hantu ke ape..huhu. Aku tgk nme pengarang die tak lain tak bukan abg RAM kta ni. Aku igtlah la balik novel yg pernah kwn aku bace dan cerita kt aku tu, penulis die name RAM jgak.Mesti novel ni best jgak ni. Akhirnya novel tu berjaya jugak membuat aku membelinya walaupun aku ni tak suka dan tak pernah baca novel. Yg peliknya, satu haria aku dah abis baca novel tu. Mmg best sgt2. Akhirnya baru aku tahu tombiruo tu sebenarnya apa..huhu.

Aku respek la RAM sebab berjaya menimbulkan unsur thriller dan suspen dalam novel tu sehingga membuatkan perasaan ingin tahu aku membuak-buak.Lepas novel tombiruo tu, aku beli la plak novel Tombiruo Terakhir. Igtkan novel tu sambungan tombiruo,rupa-rupanya bukan. Terpaksalah aku beli novel semangat hutan, novel no. dua die sebelum membaca novel tombiruo terakhir tu..huhu. Rupa-rupanya ada lg karya RAM yg lagi popular daripada trilogi Tombiruo yg aku baca tu..tak lain tak bukan Trilogi Bagaikan Puteri. Aku tgk byk reaksi positif org terhadap novel-novel tu. Yg aku tau, sekarang..sume novel2 tu aku dah bace. Respek sgt2 kt RAM. Walaupun berunsurkan thriller, ciri-ciri islamik tu tetap diselitkan.

Sejak dari hari tu, novel2 RAM menjadi antara karya kegemaran aku. Yang aku tau skg, aku perlu mendapatkan Rayyan Fantasi. Kalau da dapat, siap la awak sy kerjakan..huhu

0 comments:

Post a Comment

 
Aku dan Kau Berbeza... | TNB