Subscribe News Feed Subscribe Comments

Tips nak Cover Malu..

Kalau kita tersilap wt something, jatuh ke contohnye, mmg byk sgt tips yg kite bleh ikut untuk mengelakkan dr digelakkan oleh org laen, tips ni mmg bagus sgt2, dan confirm tak malu pasni..Huhu

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun,
sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling
hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru
bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal
anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali
supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah
anda dirasuk atau sedang berlawan dengan
makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah
sampah yang ada sambil marah-marah dengan
suara yang kuat, pasti orang menyangka anda
seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....


5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-
kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang
di blakang anda....


6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat
pengsan sehingga ada orang membantu
anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan
takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah
masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la
kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda)
untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda
sorang je yang dapat malu.

p/s: Kalo jatuh cinta nak wt cmne plak..huhu

Allah Benci Orang Menguap?


Jika kita seorang Muslim dan mengakui bahawasanya kita mencintai Allah, sudah semestinya kita perlu mencintai segala sesuatu yg dicintai oleh Allah, serta membenci dan menjauhi segala sesuatu yg dibenci oleh Allah.Salah satu perkara yg dibenci oleh Allah adalah menguap.Seperti yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda,

“Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan benci terhadap menguap.Maka apabila bersin, hendaklah ia memuji Allah(dengan mengucapkan Alhamdullillah).Dan ia merupakan bagi setiap Muslim yg mendengarnya untuk mendoakannya.Adapun menguap, maka ia berasal dari syaitan.Hendaklah setiap Muslim berusaha untuk menahannya semampu mungkin, dan apabila mengeluarkan suara ‘ha’ , maka saat itu syaitan mentertawakannya.” (HR Bukhari)

Allah membenci menguap kerana ia merupakan aktiviti yg mendorong seseorang itu makan berlebihan, dan akhirnya membawa kepada kemalasan untuk beribadah.Menguap adalah perbuatan yg dibenci oleh Allah lebih2 lg ketika sedang meninaikan solat. Contohilah para Nabi kerana mereka tidak pernah menguap.

Tahanlah Semampu
Jika seseorang itu ingin menguap, maka hendaklah dia menahannya semammpu mungkin, atau menutup mulut dengan mnggunakan tangan. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah s.a.w pernah bersabda,

“Menguap adalah dari syaitan, jika salah seorang antara kalian menguap, hendaklah ia menahannya sebaik mungkin.”
(HR Muslim)

Ketika seseorang itu ingin menguap, sebaiknya tutuplah mulutnya dengan tangan kiri, kerana menguap itu adalah perbuatan yg buruk.

Allah suka Orang yang Bersin

Dari Abu Huarairah ra bahawasanya Rasulullah s.a.w pernah bersabda.

“Sesungguhnya Allah menyukai bersin”
(HR Bukhari)

Bersin merupakan sesuatu yg disukai kerana boleh membuat tubuh menjadi sihat, rajin beribadah dan menghilangkan keinginan untuk makan berlebihan.
Ketika Bersin hendaklah merendahkan suara, menutup mulut dan wajah, tidak memalingkan kepala dan mengucapkan Alhamdulillah walaupun ketika solat.

p/s: Dalam sehari bpe kali aku menguap ye, lgi2 tgk bola ni, tdo tak cukup plak 2, len kali kne elakkan..huhu

10 Makanan Beracun yg Kita Suke Makan..

Manusia memang suka makan. Tu mmg btul. Bile makan mesti nak yg sdap2 je kn. Ade plak 2 makan makanan yg sihat utk tubuh badan je.Bagus la. Badan hanya dapat brtahan selama 2 mggu je klu tak makan.Tapi klu makanan yg kita slalu makan makan 2 beracun, nak ke kita makan.Mstila tak nak kan. Bawah ni ade list makanan yg kita selalu makan dann satu yg kita taktau, ialah ianya beracunnn..Btul ke..tgk la sendri..HuHu


Ubi Kayu

Ubi kayu banyak dijumpai di Caribbean dan Amerika Selatan.Boleh disediakan manis atau pahit. Bau dan rase bergantung kepada jumlah cyanogenic glucosidal yg terdapat di dalamnya yang dibuktikan sgt beracun. Jika salah disediakan, boleh mnyebababkan kematian.Ia beracun kerana paras cyanide yg boleh meningkat tinggi. Boleh menyebabkan kelumpuhan badan.

Ikan Buntal

Vertebra kedua paling beracun di dunia. Popular di Korea dan Jepun untuk dijadikan makanan hidangan. Bahagian ikan ini seperti hati sangat2 beracun dan boleh menyebabkan kematian. Racun dalam ikan dikenali sebagai tetrodotoxin dan boleh menyebabkan kebas, tekanan darah tinggi dan kekejangan otot. Dikelanali sebagai Fugu apabila dihidangkan di jepun.

Cendawan


Terdapat lebih 5000 jenis cendawan yang telah dijumpai dan 100 antaranya telah disahkan beracun. Dalam kebanyakan kes, cendawan boleh menyebabkan gastrointestinal(radang usus).Oleh sebab cendawan termasuk dalam kategori fungi dan terdiri dalam banyak spesies, ia sngt sukar untuk dikenal pasti yang mana adalah beracun. Dipercayai, cendawan yg dijumpai dalam kawasan pedalaman adalah berkemungkinan beracun. Salah satu jenis racun cendawan yg merbahaya adalah Alpha-amanitin, yg boleh menyebabkan kerosakan hati. Salah satu cendawan beracun yg bayank dijumpai ialah Toadstools.

Gajus

Apabila membeli kacang gajus yg masih mentah di kedai, kita dapat lihat yg kacangnya sebenarnya telah distimkan dan bukan mentah sepenuhnya. Ini adalah kerana kacang gajus yg masih mentah mengandungi Urushiol, bahan kimia yang sama terdapat dalam poison ivy. Bila urushiol diambil dalam jumlah yg banyak, ia bolah menyebabkan kematian. Keracunan gajus memang jarang berlaku, tetapi org yg terdedah kepadanya ketika dalam proses memasarkannya kadang2 berisiko untuk mendapt kesan sampingan.

Cili

Cili memang selalu digunakan di dalam masakan. Tidak kiralah yg sangat pedas ataupun biasa, setiap cili yang pernah kamu makan mengandungi bhan kimia bernama Capsaicin. Capsaicin inilah yg membuatkan cili pedas dan hangat. Memang jika makan satu cili tak memberi apa2 kesan, tetapi jika diambil dalam jumlah yg banyak, ia boleh mengundang kematian. Bahan kimia ini sangat kuat kesannya sehingga digunakan sebagai peluntur cat dan pepper spray. Cili yg terlalu pedas seperti Habaneros, capsaicinnya boleh dirasa oleh kulit pabila dipotong dengan menyebabkan kepedihan.

Ubi Kentang

Kita mmg pernah mendengar sesuatu tentang ubi kentang tidak kiralah tentang wabak ubi kentang yang membawa penyakit mahupun kebuluran, tp satu perkara yg menarik ialah ubi kentang adalah beracun.Batang, daun, termasuklah ubi kentang tu sendiri adalah beracun.Jika kamu pernah lihat, kamu akan sedar yg ubi kentang boleh berubah menjadi warna kehijauan. Ini adalah kerana paras racun glycoalkolid yg ada di dlmnya. Pernah terdapat kematian disebabkan keracunan ubi kentang. Ia adalah jarang tetapi kebnyakannya berlaku disebabkan minum air yg direndam daunnya dan makan ubi kentang yg telah bertukar kehijauan. Ia boleh menyebabkan bdan lemah dan koma.

Badam

Buah badam sememangnya popular dalam dapur di seluruh dunia.Seperti gajus, buah badam sangat beracun jika tidak membiar dan mendedahkannya kepada suhu yg tinggi.Umumnya buah badam yg pahit perlu untuk diproses terlebih dahulu untuk menghilangkan racun. Ianya mengandungi cyanide dan di kebanyakan Negara, dilarang menjual badam sebelum dibuang racunnya.

Ceri

Ceri merupakan buah yg mempunyai kepelbagaian. Ia boleh dimakan mentah2, dimasak dan boleh dijadikan masam atau manis. Walaupun Ceri nampak kemerahan dan tiada masalah untuk dimakan, ia sebenarnya beracun. Jika kamu pernah memakan chery tanpa membuang bijinya, kamu sebenarnya memperkenalkan hydrogen cyanide ke dalam bdan. Jika bijinya dikunyah ia akan menghasilkan hydrogen cyanide.Ia boleh menyebabkan pening kepala,kekeliruan, gelisah dan muntah2. Dos yg bnyak membawa kepada kesusahan bernafas, tekanan darah tinggi, dan kerosakan buah pinggang.

Epal

Epal adalah buah yg sangat popular di mana jua. Seperti senarai yg lain, epal mengandungi cyanide tetapi bukan dalam paras yg tinggi. Cyanide tidak dijumpai dalam buah epal itu sendiri tetapi di dalam bijinya. Makan satu epal termasuklah bijinya sekali sememngnya tidak akan membunuh tetapi tidak digalakkan Jika banyak biji epal dimakan dan dikunyah, ia boleh mnyebabkan kompilasi.

Tomato

Walaupun tomato sangat popular di kebanyakan negara, ia telah disahkan yg tomato adalah beracun.Buahnya sendiri tidak mengandungi racun tetapi daun dan batangnya yg mengandungi bahan kimia Glycoalkaloid. Paras Glycoalkaloid dikatakan tinggi pada buah tomato yg tumbuh meliar tetapi yg ditanam untuk komersial masih juga terdapat bahan kimia ini. Ia boleh memberi masalah kpd perut. Glycoalkaloid sangat merbahaya dan mempunyai kesan yg kuat sehingga digunakan untuk mengawal serangga perosak/

Sumber Toptenz.Net


Hahahaa.Best gak ye bace bende ni.Tak tau la pulak epal 2 beracun.Bahaye ni.Lain kali kne bhati2 klu bab2 makan ni.Ni tak, main makan je.

You Have a Text Mesagge!!


Briiitt2!! Britt2!! Handphone berbunyi dan bergetar menandakan mesej masuk. Poket seluar diseluk dan Handphne dikeluarkan. Mesej dibaca. Kepala yg masih lg pening bertambah bingung pabila melihat mesej yg langsung tak difahami itu. Apela yg mamat ni tulis! Tak faham langsung aku. Dah la banyak short form, bercampur aduk plak 2 huruf besar n huruf kecik. Adoiii. Zaman sekarang ni, jika kita tengok, org anta sms ni memang macam2 gaya. Sebenarnya melalui sms ni, kita dah boleh menilai seseorang 2 macam mane. Aku memang da puas la sangat2 sms gn org ni. Memang macam2 gaya dan perangai. Siap boleh dikategorikan lg.

Ayat Bercampur
Org macam ni tak ramai tapi memang ade. Suke sangat2 kalau taip mesej tu bercampur aduk huruf besar,huruf kecik dan nombor. Orang macam ni bagi aku la seorang yang periang n hepy go lucky. Sikap kebudak-budakan tu ade lg dan masih tak matang. Tapi kn, hidup org cmni memang bercelaru sangat2, macam takde undang2 langsung.

Short Form
Orang jenis ni memang banyak pada zaman sekarang ni. Terlau banyak gune short form sampai susah nak difahami ape sebenarnya yg ditulis. Kalau sikit2 short form tu takpe la kan, ni tak sume nak pakai short form je. Agak2 la kan. Org macam ni kan bagi aku memang suke menyusahkan org laen. Diorang ni memang langsung tak pikir perasaan si pembaca msej 2. Lg satu diorang ni perasan bagus.

Ayat Penuh
Aku ade sorang kawan ni yg memang bila tulis mesej tu ayat die tersusun sangat2. Mane taknye, bile anta mesej je, sumenye tulis penuh n langsung takde short form. Aku tak cakap la salah kan, tapi zaman sekarang ni kalau tulis ayat penuh memang kelakar la tengok. Macam budak2 pn ade. For me, org jenis ni memang mementingkan kesempurnaan..ermm senang cakap, agak skema orangnye.

Lambat Reply
Setiap kali reply mesej mesti makan mase paling cepat pun 10 minit. Aku pun tak faham kenape la susah sangat nak balas mesej kan. Selalu je buat org geram. Org macam ni bagi aku la, bukan tak boleh buat kawan tapi tergolong dalam org yg moody dan acuh tak acuh. Mane taknye, kawan bukan main lame lg tunggu mesej tp die buat dek je macam takde pape.

Cepat Reply
Org yg jenis terlalu cepat reply mesej ni plak bukan tak bagus. Tapi nampak sangat2 sikap gelojoh n terburu-buru 2. Bile dapat mesej je, terus reply tak sampai pn 20 saat. Langsung tak amik mase utk berfikir. Orang gini kan jenis yg mudah buat keputusan tanpa berfikir panjang.Bahaye tu.

Huruf Besar
Org yg suke menaip mesej guna huruf besar or capital letter ni pelik sikit. Org jenis macam ni memang susah nak diduga emosinya. Suke tak suke same je.


Ni la antara gaya dan perangai org mase anta mesej.Rasenye lg banyak kot.Tp ni je la yg aku rase ade pade org yg mesej gn aku. Dalam byk2 ni, memang aku sendiri pn ade termasuk skali. So, korang rase mane 1 yg korang pnye..

p/s: mesej ni mmg best, lagi2 gn org tersayang kn..huhu

Referee WorldCup 2010 Hampehhhh!


Referee cam sial! Pergi matila referee! Raferee bodo! Itulah antara kata2 yg terhambur keluar dari mulut kawan2 aku apabila gol yg dihasilkan oleh F.Lampard(ENG) tidak disahkan oleh pengadil.Aku memang tak bolah salahkan diorang sebab itulah hakikatnya yg sebenar.Bola melepasi garisan gol sebelum terpantul keluar.Itulah yg dilihat oleh mata kepalaku sendiri.Kalau aku pun, memang marah la sangat2. Macam mane la boleh tak gol plak.Geram rasenye kt pengadil 2, rase nak cekik pun ade.Ape taknye, aku siap pakai jersey england malam tu pegi tengok bola kat kedai mamak.Akhirnya england kalah 4-1 kat jerman. Very2 Frustratingg!!


Sistem pengadilan yang berat sebelah, tak konsisten,lepas pandang,ikut perasaan.Itulah yg dapat aku lihat pada WOrldCup tahun ni.Sangat2 mengecewakan.Pada subkhidin, mintax maaf banyak2 la ye.Xde niat langsung pn.Ini bukan je berlaku kat referee yang bertugas atas padang,tapi penjaga garisan pun same 2x5.Mane taknye, bile tak offside dikatakan offside tp bile offside xde la plak angkat bendera tu. Ni berlaku time Argentina lwn Mxico semalam.Gol pertama by Carlos Tevez memang jelas sangat2 offside tp dibenarkan la plak.Nak buat mcm mane, pengadil kn, die je la yang betul. Tak boleh buat ape la.Aku mmg suke sangat2 la Arg dapat score gol sbb ni 2nd team aku support lepas england.Tapi gol murah mcm 2,gol kontroversi, baek x payah, buat malu je, jatuh je maruah. Tapi gol last tevez memang cantik sangat2. tu la gol sebenarnye yg kite cari, bukan gol offside.Malam 2, Arg menang 3-1, memang hepi sangat2. GoGO!! mesii!

Bile tengok balik result, foul Mexico to Arg kalau tak silap 28:13, memang kelakar la.Nampak sangat2 pengadil malam 2 menyebelahi Arg.Tengok la bpe banyak freekick die bagi kat Arg. Kesian kat Mexico kan.Pengadil menjadi org yg ke-12 atas kemenangan Arg.Bukan Arg je, malah team2 lain yg menang pun same.Sumenya atas bantuan pengadil yg perasan bagus tu.Yang paling aku geram sangat2 bile Hary Kewell(AUS) dapt kad merah mase lawan Italy aritu. Pengadil ni memang gila la sangat2 aku cakap.Agak2 la kan. Name je pengadil tp lgsg x adil.Huh!

Apepun, itulah kenyataannye.Pengadil WorldCup tahun ni memang menyampah macam sampah.Opss.SOri byk2, Subkhidin ye.huhu. Harap time Spain lawan Portugal nanti xde la lagi eksiden2 ataupn gol2 kontroversi disebabkan kecuaian pengadil.Caiyok2!!

p/s : Aku rase tahun ni macam Argentina je jadi Juara..hahaaha

CHOCOLATE INDULGENCE SATUUU!!

Assalamualaikum….Da lame x bkak blog ni, ble aritu kne perli gn kwn psal hujan brula aku igt yg aku pnh ade blog jgak dlu rupe2nye. Hahaaa klakar la plak, ble bkak blik blog ni, die tlis da 6 bln x bkak, lme gak 2, kciannye kt blog ak ni, x berisi..huhu. .nk tlis pe pn x thuu… tp xpe la, tlis la ape yg ptut kn.Biar nmpak update sket....

Coklat indulgence….Spe yg pnh pg secret recipe(SR) mmg for sure akan knl kek niiii…kek yg mnjadi kegemaran ramaiiii org yg dtg ke SR..termasuk ak..mmg sdap sgt2, klu x caye 2, cbe la rase sndrii..Gn lapisan putih dan hitam chocolate berkrim..ditambah lg dgn kelembutan nye..pergghh..mmg mnjilat jari, rase mcm ade ice cream kt dlm 2..ehh..promosi la plak nmpknye aku nii, ermm, nk wt cmne kn, da keje kt situ, kne la ckp jgak kn psal kek nii…So ape lg dtg la kt SR KB Mall ye, gerenti akan dilayan dgn pnuh mesra oleh ak..huhuuu..mcm2 kek ade..tp coklat indulgence paling besttt..

ishk2..ak ni, asyik2 coklat indulgence, nth pape kn..nk wt cmnee, da 2 mmg tajuk die kn..so knela ckp psal kek nii. Mmg byk peristiwa suke duke ak dgn kek ni sbnarnyee..nk ckp la nii.. mse2 mule2 keje kt scret rcipe nii, ade la srg customer 2 nk kek coklat banana, tp cmne la ak bleh slap bg indulgence plak..nk wt cmne dua2 kek 2 mmg hmpir sme tp x srupa, ak pn tme 2 x knl kek lg..bru keje la ktakan . pstu dtgla customer 2 complain sbb slap bg kek, len mntx len yg dapt kn..spe x mrh.soriii.x sengajee, mmg slap ak pn..x psal2 kne mrh gn bos..n x psal2 gak la ak kne bli blik cklat indulgen 2.padan mkee..tp bende ni mmg ade hikmah die..2 la first time ak mkn coklat indulgence..n kek ni jd kek faveret akk…

lg, satu ari 2..SR mmg cbuk sgt2, byk la org mkn..ak pn mmg x mng tgn la kn..coklat indulgen pn mmg da nk abis tme 2, tggl bpe krat jee..ari 2 aku mmg bhajat sgt nk bli n mkn kek nii..tp org asyik duk bli kn, x smpat la ak jwbnye, jd ari 2 aku tpu customer yg mkn kt c2 la, ckp indulgence da abis..jgn wt mcm ak..x baikk.huhuhu..tp cmne la kek 2 abis gak akhirnye, mmg pdn mke la gn ak nii, pndai sgt tpu, akhirnye x dpt gak..tp cte ni hepi ending la sbb kwn ak yg keje kt situ gak rupenye bli kek niii, n aku bleh la merase cklat indulgence die dgn gmbiraaa….skee sgt2..
Mmg klakar kn bnyinye tp mmg 2 la yg wt aku ske sgt2 kt kek nii…nk rase dtg la scret recipe ye, tp xde diskaun la..huhuu..

p/s : Aku tkut mkn kek sbnrnyee…sbb tkutt gemukkkkkkkkk…ZARIFF

Hujan..



Hari ini hujan turun jua setelah lama menyepi di sebalik sinaran cahaya matahari. Titisan air yg turun renyai-renyai menjadikan suasana yang sepi, berlagu perlahan-lahan oleh derapan air hujan yang langsung tidak malu untuk berhenti. Tanah yang dahulunya kelihatan gersang, segar kembali disapa oleh kelembutan dan kesejukan air hujan. Pokok2 bagai hidup semula disuntik oleh kemesraan ciptaan bernama air. Hujan seolah-olah memberi kekuatan kepada setiap penghuni alam untuk terus berjalan dan meneruskan kehidupan. Bagi insan yang bernama manusia, hujan memberi seribu satu jawapan kepada semua persoalan. Namun, hujan juga diertikan bagai sesuatu yang menimbulkan kekacauan dan kegundahan. Tatkala hujan, tiada apa yang bermain di fikiran selain kebasahan yang merimaskan. Rancangan yang berkaitan terpaksa dibatalkan hanya kerana satu sebab, hujan. Memang satu lumrah kehidupan yang sentiasa penuh dengan ketidakseimbangan. Satu kenyataan yang memang langsung tidak dapat dinafikan oleh pemikiran. Hujan disukai tetapi pada suatu ketika dibenci oleh hati-hati yang masih tidak mengerti akan keindahan dan keunikan ciptaan Ilahi.

Aku. Apa sebenarnya hujan bagiku. Ia sesuatu yang nyaman dan mendamaikan. Penyejuk kepada segala kekusutan yang bersimpulan. Hatiku bagai dibuai-buai oleh sesuatu perasaan yang tidak dapat dibayangkan tatkala hujan bersiulan. Hujan mengingatkanku akan suatu kenangan silam yang memang tidak dapat aku padamkan dari ingatan. Otakku masih segar akan coretan yg memang mengeletek perasaan.

Saat itu, aku masih bergelar pelajar sekolah rendah. Memang sudah menjadi rutin harianku menunggang basikal ke sekolah. Pada suatu pagi, hujan turun lebat sekali, seakan-akan menafikan pemergianku ke sekolah. Walaupun disapa ayah untuk sama-sama menaiki kereta bersama adik ke sekolah, namun hatiku tetap berdegil untuk menunggu hujan serik dan seterusnya pergi ke sekolah dengan basikal kesayanganku itu. Maklumlah, dah menjadi kebiasaanku ditambah lagi dengan rancanganku untuk berjalan-jalan bersama rakan2 selepas tamatnya sesi persekolahan. Apabila ku lihat hujan yg lebat beransur-ansur reda, aku apalagi, terus memecut basikal ke sekolah yang boleh la dikatakan dekat dengan rumahku itu. Namun, nasib agaknya tak menyebelahi aku kerana hujan yg bagaikan sudah letih itu tiba-tiba sahaja menjadi buas.

Aku terus menjadi kelam kabut mencari tempat untuk meneduhkan diri. Pada masa itu, aku langsung tidak berfikir apa-apa, kosong, hanya memecut basikalku selaju yg mungkin untuk sampai ke destinasi. Hari itu, nasibku begitu malang sekali, hujan yang tiba2 saja lebat itu, mengaburkan pandangan mataku sehingga menyebabkan basikalku terbabas ke dalam parit berdekatan dengan sekolah. Semua pakaian aku, buku2, habis basah kehitaman dek air longkang. Aduh, memang malu sangat2 time 2. Aku siap menangis lagi, maklumlah, budak kecik lagi. Mujurla masa 2, ada pakcik yang tolong aku. Hari 2, seperti biasa, aku tetap pergi ke kelas, setelah menyalin pakaian yg dibawa oleh ayahku yg terpaksa dtg secara tiba2. Dia bukannya simpati kt aku, siap perli aku lagi. Kesian kt aku masa 2. Nasib baikla xde ape yg cedera, kecuali basikalku yg terpaksa dibaiki setelah bermandi air longkang bersama tuannya yg tersyang..huhu.



Begitulah, kisah malang aku semasa hujan. Tak pasal2 kena mandi air longkang free. Bila time hujan je, mesti aku ingat dua benda, satu pasal accident ngn basikal ni la, n satu lg pasal benda yg memang sedih sgt2. Nntla, klu hujan lg, ak cite k. So, jgn plak cakap yg aku ni benci kt hujan. Dendam ckit2 2 ade la..huhu. Aku ni sebenarnya suka jgk la kt hujan, tp tgk keaadan la..da~

p/s : Klu band hujan 2memang aku suka dengar lagu diorag…hu3

 
Aku dan Kau Berbeza... | TNB