Subscribe News Feed Subscribe Comments

Kenapa Bercakap Sesuatu yg Kita Tak Tahu?


Hari minggu lalu, aku smpat juga la pergi ke rumah pkcik aku kt Balok, Pahang. Maklumlah semester bru ni aku bwak kereta kn, kenalah pg melawat pkcik aku. Kalau tak, ape plak diorang ckp kn. Masa aku first datang Pahang ni, pkcik akulah juga menyambut dan menghantar aku, jd nak taknak kenalah pg gak kn rumah pkcik aku ni. Rumah pkcik dgn hostel aku boleh la dikatakan jauh. Dah lama jugak la aku tak pg umah pkcik aku ni, jd aku hanya berpandukan fikiran aku yg igt2 lupa. Oleh sebab itu, aku mengambil masa yg agak lama utk smpai ke tmpat yg dituju. Pening kepala dibuatnya mencari rumah pkcik aku ni. Dengan jln yg bersimpang siur ditambah lg dgn signboard yg kurang, mmg tak jmpe la jawabnya. Senang ckp, aku sebenarnya dah sesat. Aku singgah la kt stesen minyak dan bertanya pada pekerja kt situ. Bila dah faham apa yg diterangkan, aku pn ikut lah pandu arah pekerja tu. Tp yg peliknya, aku bertambah sesat dan sampai kt tangki air. Aku pn tak tau betul atau tak ape yg pekerja stesen tu bgitau kt aku. Bila nak patah balik tu, aku tnya la plak kt seorang budak lelaki yg sedang bawak motosikal. Aku tgk dia tak pakai helmet, jd aku assume dia bdak kmpung kt sni. Malangnya, dia gak membuatkan aku terus tersesat dan smpai kt mana ntah. Aku rase, aku dah ikut betul2 ape yg diarahkan, tp aku hnya terus menghabiskan minyak kereta aku. Akhirnya, dalam hampir dua jam, aku smpai gak rumah pkcik aku tu. Tu pun sbab aku akhirnya terpaksa menelefon pkcik aku. Malu betul.

Mengapa aku sesat jalan sebenarnya? Aku tersesat akibat menggunakan maklumat yang salah yang disampaikan oleh org yang tidak tahu. Diorang memberi pandu arah seolah-olah tahu apa yang diperkatakan.Aku sebenarnya bukan nak salahkan diorang ni, tp masa diorang menerangkan kt aku arah jln, mmg bersungguh-sungguh la aku tgk, macam semua diorang tahu kn.

Tidak tahu tetapi bercakap seolah-olah orang yang berpengetahuan yang tahu semua perkara. Sifat ni mmg dah ada dalam diri kita sejak kita kecil. Masa kita kecik2 dlu, kita mesti selalu mendengar cerita hantu dari kwn2 kan. Aku sendiri pn tak terkecuali. Bila aku igt balik,mmg bersungguh-sungguh la kwn aku tu cerita smpai aku sendiri pn rase seram kan. Nada suara dan gaya dia bercerita begitu menyakinkan macam dia sendiri pernah berjumpa dgn hantu. Padahal, dia mmg tak pernah berjumpa dgn hantu dan hanya mendengar cerita dr org lain ataupun sekadar mereka-reka.

Tujuan kita sebenarnya berbuat demikian hanya untuk menarik perhatian dan menunjuk-nunjuk pengetahuan kita yg sebenarnya cetek. Bila org bertanya sesuatu, akan timbul dalam hati kita perasaan utk menjawab walaupun kita lgsg tidak tahu. Akhirnya, kita terpaksa berbohong demi ingin menunjukkan yg kita ni pndai dr kawan kita Aku rasa, aku sendiri pn ade sikap macam ni. Perangai begini terbawa-bawa hingga lah kita menjadi dewasa.Pada kita, benda ni tak salah, sebab ia telah menjadi kebiasaan.Entah apa ajalah yg keluar dari mulut kita ni kan. Itulah inilah. Padahal, sume tu diluar pengetahuan kita.

Bila bercakap mengenai agama pula, kita tidak boleh lari drp membuat sesuatu yg tidak betul. Bila org tnya, kita ckp itu salah ini betul walaupun kita tak pasti. Hal agama sebenarnya tidak patut dipermain-mainkan. Masalahnya muncul kerana sikap kita sendiri juga. Apabila mendengar cerita seseorang, kita lebih suka berdiam diri dan mengangguk utk mengambil hati si pencerita. Apabila kita hnya menjadi pendengar yg setia, maka kwn kita akan menjadi lebih yakin dgn ceritanya. Lepas satu, satu lagi cerita direka-reka sehingga kita sendiri percaya.

Sebenarnya, kitalah yang sepatutnya alert dan bersedia untuk menolak apa jua yg diceritakan org yg tak tahu tetapi mengaku tahu. Dan tidak terlepas, diri kita sendiri yg selalu mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Adakah salah, kalau kita mengaku tidak tahu apabila kita mmg tidak tahu.

1 comments:

Unknown said...

artikel ni bagus sangat, dan bermanfaat terimakasih laa

Post a Comment

 
Aku dan Kau Berbeza... | TNB