Subscribe News Feed Subscribe Comments

Alhamdulillah..Aku Masih Hidup..


Suasana sejuk menyelubungi aku tatkala aku bangkit untuk menunaikan solat subuh pagi td. Maklumlah hujan turun tidak berhenti-henti. Adakalanya kemalasan turut melanda tapi kaki ini ku gagahi jua untuk menunaikan ape yg menjadi kewajipan. Usai solat, badan terus direbahkan ke katil dan mimpi disambung. Bunyi alarm mengejutkan aku menandakan masa utuk ke kuliah. Bila kuliah berkumandang, kemengantukan terus melanda diri. Sedar tidak sedar, aku kalah juga dan terus rebah dalam beberapa minit. Akhirnya, subjek BioChem terus membingungkan aku dengan bermacam-macam yg perlu dihafal. Petang pula, aku menghabiskan masa di depan laptop di bilik memandangkan tiada kuliah. Walaupun berjanji dengan diri untuk membuat ulangkaji tp badan yg letih dan mata yg kuyu menyebabkan aku terlena shinggalah masuk waktu asar.

Bila tgk ape yg aku buat dalm sehari ni, byk juga masa yg aku guna untuk tido. Dalam lima kali rasenya. Aku tdo bangun, tdo dan bangun lagi. Apa sebenarnya yg aku nak ckp kt cni ialah aku tdo dan masih boleh bangun dan meneruskan kehidupan seharian. Cuba bayangkan yg kita tido dan terus tak bangun2. Dengan diri kita yg penuh dosa, nak ke kita jadi mcm tu. Mstilah tak nak kn. Kita mestilah selalu bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memberikan kita satu lagi peluang untuk hidup. Peluang yg diberi itu mestilah digunakan sebaik-baiknya untuk terus menjadi yg terbaik di mata Allah. Sesungguhnya nikmat hidup itu mmg besar dan indah.

Nikmat Allah di dunia ni mmg tak terkira. Semua org tahu. Dengan lautan yg terbentang luas, langit biru yg memayungi dan kehijauan pokok-pokok , semua ini mmg nikmat yg tidak dapat manusia bayangkan. JIka kita ambil semua pokok di atas dunia ni dijadikan kertas dan laut yg luas sebagai dakwat untuk menulis nikmat-nikmat Allah, nescaya tdak akan dapat dihitung nikmat2 Allah. Cuba kita lihat balik, adakah kita mggunakan nikmat2 Allah dgn baik.? Nikmat Islam dan Nikmat Iman merupakan nikmat yg paling besar dikurniakan Allah kpd kita. Tapi jika kita tgk zaman sekarang, Islam hanya pada nama. Dalam kad pengenalan, bangga tertera perkataan Islam tetapi orgnya lgsg tak mengamalkan Islam dalam erti kata sebenar. Tak malukah kita? Islam dipandang serong kerana kita yg mempermain-mainknnya. Maruah islam terus tercalar dengan adenya org yg mngaku dirinya Islam tetapi menjatuhkan Islam. Islam hanya adat dan diwarisi dari ibu bapa. Cuba kita lihat org Islam yg memeluk Islam. Kefahaman mereka tentang Islam lg bagus drp kita. Baca Al-Quran pn lg merdu drp kita. Tak malukah kita?

Hal ini lg teruk, apabila seseorang itu di depan mengaku Islam tp di belakang tanpa segan silu mengutuk dan menjatuhkan Islam. Mereka ini boleh digolongkan dlm kalangan org munafik yg hanya pndai berpura-pura. Sesungguhnya tmpat mereka hanya satu iaitu neraka paling dalam. Ya, Allah, Jauhkan la kami daripada menjadi golongan seperti ini. Bila-bila masa, di mana jua, Allah boleh menarik nyawa kita. Kun faya kun. Bila Allah nak, semua boleh berlaku walaupun mustahil. Cuba bygkn kalau Allah tarik nyawa kita semasa kita sedang melakukan maksiat. Nauzubillah..moga dijauhkan drp perkara tersebut. Kita manusia. Mmg selalu melakukan kesilapan. Semua org tidak sempurna. Sebaik-baik manusia pn mmg tidak akan terlepas drp melakukan kesalahan. Cume ape yg perlu kita lakukan ialah selalu bertaubat meminta pertolongan Allah. Sesungguhnya Allah maha mengasihi dan menyayangi setiap hamba-hambanya.Org yg melakukan kesilapan dan berturut melakukan kesilapan yg sama bleh la dikatakan bodoh. Mana tidaknya, dia tidak belajar daripada kesilapan yg lalu. Semua org mahu masuk ke Syurga Allah, tetapi cuba kita lihat amalan kita, cukupkah dan layakkah kita untuk-Nya. Bila kita tdo, adakah kita dapat jamin yg kita akan bangun pagi esok? Jgn sesekali kata Ya..

0 comments:

Post a Comment

 
Aku dan Kau Berbeza... | TNB