Subscribe News Feed Subscribe Comments

Jangan Terlalu Selesa..



Hari tu, sebelum sem baru memulakan sesinya, aku dan kwn aku sempat la pg tgk wayang di satu kompleks beli-belah di kuantan. Klu tak silap aku, tajuk filem tu Rapunzel. Aku ke sana dengan menaiki kereta kancil yg baru dibawa sem ni selepas berjaya memujuk parents aku. Filem animasi tu bg aku mmg menghiburkan dan berjaya membuat aku ketawa. Selepas habis menonton wayang dan berjalan-jalan melihat bermacam ragam org, kami pn bercadang hendak ke satu lagi kompleks beli-belah yg berdekatan. Maklumlah masa yg terluang mestilah digunakan dgn sebaik mungkin sebelum masa sibuk melanda. Bila dalam kereta, time nk start enjin, tetiba je enjin tak hidup. Aku cuba beberapa kali namun kereta tetap tidak menunjukkan tanda-tanda utk hidup. Aku pn ape lg cuak la kan, maklumlah sebelum ni kereta ni tak pernah pn bual hal. Aku ni bawak kereta tahu la, tp bab2 kereta ni mntak maaf la sgt2. Aku pn tanpa berfikir pnjg telefon la ayah aku. Ayah aku pn sruh la telefon pkcik aku yg tggl sekitar kuantan ni. Sambil menunggu pkcik aku dtg, masa terpaksa dibuangkan dgn berjalan-jalan di kompleks tersebut. Selepas tu, pkcik aku pn dtg. Rupa-rupanya bateri kereta aku da habis. Setelah beberapa cara digunakan, kereta aku pn dapat dihidupkan balik. Terima kasih byk2 la aku ucapkan pd pkcik aku. Da macam mekanik aku tgk. Kalau takde pkcik aku, mmg tak tahu la aku nk buat ape. Tamat cerita aku dgn kereta yg berakhir dgn happy ending..huhu

Ape yg aku nk ckp kt sni sebenarnya hidup kita sekarang ni boleh dikatakan terlalu selesa. Apabila kita lahir ke dunia, semua sudah lengkap di depan mata. Dengan television yg bermacam-macam saluran, komputer yg dilengkapi internet, handphone yg ade penuh dgn bermacam-macam perisian, kereta yg menyenangkan perhubungan dan byk lg la. Kalau aku ckp kt cni mmg tak habis la kan. Hidup kita sekarang sudah tidak perlu bersusah-payah. Kalau nak semua ada kan.Cuba bygkan org zaman dahulu, bekerja bagai nk rak utk sesuap nasi. Mmg tidak dapat dinafikan semua kemudahan tersebut byk manfaatnya. Tapi semua ini menjadikan kita malas. Apabila timbul masalah, mulalah terhuyung-hayang. Kelam kabut kan. Macam mana aku nak buat ni? Itulah inilah. Semua bermain dalam fikiran. Boleh jadi gila sekejap kn. Kenapa semua ini berlaku? Kerana kita tidak terbiasa utk bersuyah-payah. Mmg betul kn. Siapa nk bersusah pyh jika semua ada di depan mata. Betul ke? Fikirlah sendiri..

Dalam situasi lain, apa yg akan berlaku kalau pada suatu pagi kita bangun tidur lewat dan mendapati air paip tidak mengalir dan elektrik tetiba saja tiada. Baju masih tidak bergosok dan sebelah kasut kita hilang entah ke mana. Roti yg dimasukkan ke dalam mulut tetiba saja terpaksa dikeluarkan kerana sudah smpai tarikh luput. Maka keluarlah kita dengan perut kosong yg berbunyi-bunyi.Kereta kita pula tidak dapt dihidupkan dan terpksa menaiki bas dgn berhimpit-himpit.Akhirnya kita sampai lewat ke tempat kerja disebabkan mnunggu bas yg lama.Masuk ke pejabat, dimarahi pula dgn bos. Kertas keja yg akan dibentangkan pula tertinggal kt rumah. Pendek kata, pada hari itu semua yang terjadi terkeluar daripada kebiasaan. Semua serba tidak kena.

Dan semua itu juga berlaku kerana kita sudah selalu membiasakan yg biasa sehingga masalah timbul apabila semua itu menjadi luarbiasa. Kemodenan dan keselesesaan hidup zaman sekarang menjadikan kita alpa dan lupa bahawa semua kesenangan yg kita ada hari ini sebenarnya bertitik tolak drp susah payah dan cebisan keringat yg terpaksa ditumpahkan. Semua akan merungut apabila ditimpa ujian kesusahan dari Allah, tp mereka tidak tahu bahawa sesungguhnya ujian kesenangan itu merupakan ujian yg paling besar..

0 comments:

Post a Comment

 
Aku dan Kau Berbeza... | TNB